15 Jul 2015

DISEBALIK

Gambar masa masih kerja 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kekadang bila sesiapa yang kita jumpa kita senyum kita bernada ceria. Tetapi orang tak tahu apa yang terkandung di dalam lubuk hati. Begitulah disebalik sifat suka senyum tak pasti ada ke orang terfikir apa yang kita tanggung dan apa yang kita hadapi.


Sebenarnya kini Zumal rasa semakin sukar dalam menjalani perjalanan hidup. Kalau korang nak tahu pain scale Zumal pada hari nie terletak di nombor 10.

Semalam bergenang air mata bila ibu saudara Zumal mempertikaikan kenapa Zumal tak balik raya di Johor. Bukan tak nak tapi tak mampu.

Sebelum nie Zumal pernah cerita pasal sakit kaki kan. Dah lama. Berbulan dah. Now, macam dah tak nak baik. Memang orang nampak kita boleh buat itu ini. Pergi berniaga, pergi bazaar jalan sana sini dengan gagah. Tapi lakonan je tu. Memang sukar sangat nak jalan. Terhencut-hencut. Depan orang buat ok sebab malu bila kita dalam keadaan macam tu. Bila buat gagah, makin pedih rasanya. Tahun nie dalam hati nak ubah diri, banyakkan ibadah terutama terawih tapi sebenarnya hanya beberapa hari je Zumal dapat berjemaah di masjid.

Hari nie, dapat 1 lagi hadiah. Zumal kena buasir. Dah la sebelum nie duduk serba tak kena. Lurus kaki sakit, bengkok lagi sakit. Jalan jangan cerita la, Allah saja yang tahu. Tapi bila dah dapat buasir, duduk pun sakit. Ohhh seksa sangat. 

Mungkin dugaan sakit nie boleh menghapuskan dosa-dosa lalu. Moga macam tu la... Zumal harap Zumal masih ada kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan tahun depan...

4 comments:

  1. Allah...sedihnya DZ! #mohontabah sesangat....moga DZ dipermudahkan dalam sebarang urusan. Amin.

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..sabarlah zumal..orang hanya nenilai dari mata kasar..yang tanggungnya kita sendiri..

    ReplyDelete
  3. dugaan di bulan puasa ni zumal
    sabar ye insyallah akan ade hikmahnye nanti

    ReplyDelete
  4. Sha doakan semoga Zumal sentiasa sihat dan kuat dalam menghadapi dugaan Allah...
    Stay Stong Zumal...

    ReplyDelete