1 Jul 2015

#Cabaran20Hari PENGALAMAN PAHIT ZUMAL DI BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie dah masuk cabaran ke 5 bagi #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA.

Hari nie Zumal nak menceritakan tentang kisah yang tak mungkin Zumal lupa. Tapi tarikhnya lupa juga sebab Zumal memang ada masalah untuk mengingat. Seingat Zumal time tu adalah hari ketiga Ramadhan. Masa tu Zumal masih bergelar pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di utara iaitu Universiti Utara Malaysia.
Kalau tak silap masa tu Zumal di semester tiga. Hari tu Zumal perlu hantar assignment kepada seorang pensyarah berstatus Datin. Bulan puasa tak baik mengata kan, tapi Datin nie memang seorang yang pelik, hampir 90% pelajar dia tak pernah lulus. Pelik tak?

Zumal masa tu kat rumah, kebetulan pagi tu arwah tok wan tak sihat dan dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Zumal cadang nak pergi hospital tengok tok wan lepas hantar assignment. Pagi tu Zumal merempit ke UUM. Cuaca ok tak panas sangat. Dalam 45 minit Zumal sampai. Zumal cari kawan-kawan, assignment group jadi kami pergi hantar pun in group juga. 

Masa sampai sekitar bilik Datin, Zumal lihat rakan-rakan sekuliah yang dah sampai dulu tu muka dorang masam je. Rupanya assignment kena reject oleh Datin. Tentu sedih. Sampai giliran kami, sungguh tak dijangka assignment kami pun direject. Nak tau dah berapa kali kami hantar? Tiga kali k. Semua tak betul pada Datin. Oh Datin. 

Kalau korang nak tahu masa tu lagi 3 atau 4 hari nak final exam k. Kami membahagi tugasan. Lepas dah bahagi tugasan Zumal pun ingin bergerak balik. Sebelum tu bagi laporan kat seseorang, 'Abang baru nak gerak, nanti jumpa kat hospital'. Zumal tak tunggu dia reply tapi terus gerak balik untuk pergi hospital. 

Zumal rasa Zumal hanya merempit tahap biasa-biasa ja. Zumal singgah isi minyak di sebuah stesen minyak kecil depan pintu masuk UUM tu dan terus menunggang dengan kelajuan sederhana. 

Setelah 1km meninggalkan pagar UUM, jalan di situ adalah seperti menuruni bukit. UUM nie kawasan agak berbukit-bukau, dan berhutan. Maybe berhantu. Macam-macam kisah hantu yang Zumal dengar dari senior2.

Dalam perjalanan tu Zumal ternampak dihadapan ada paip besar bocor dan airnya terpancur ke jalan. Zumal dengan niat nak lalu dibahagian air memancut tu, nak bagi rasa sejuk macam kena hujan. Tapi... Melepasi kawasan air tu, rupanya ada sebuah lori kecil tersadai di depan. Zumal lihat melalui cermin pandang belakang banyak kereta jadi tak ada peluang untuk Zumal menyimpang dari lori tersebut. Keadaan menuruni bukit, brek pula tak berfungsi dengan baik...

Keadaan gelap. Dah mati ke nie? Tetiba hand phone vibrate dalam poket. Zumal terjaga. Zumal terbaring di jalan raya. Keadaan visor helmet pecah. Cermin mata menikam muka dan sipi2 nak kena mata. Baju sukan Zumal yang berwarna putih kini penuh tompokan darah merah. Zumal cuba bangun duduk. Boleh. Orang ramai mula mengerumuni Zumal. Setelah duduk, Zumal keluarkan hand phone 3310 dan baca mesej. 'Abang, hati2 k'. Zumal tersenyum baca mesej tu, dan balas Zumal dah terlibat dalam kemalangan. Orang yang tolong angkat Zumal terketawa tengok Zumal balas mesej tu. 

Zumal dibawa ke pusat perubatan UUM. Masa tu Zumal nampak motor Zumal hancur di bahagian depan. Sampai di pusat perubatan. Zumal kena injection, kemudian dibawa x-ray. Selepas selesai semua pemilik lori tu datang. Dia kata lori tu rosak dan ditinggalkan tepi jalan oleh pekerja dia. Lori tu milik syarikat penyelenggaan jalan raya di situ. Dia minta maaf pada Zumal. Zumal blur je masa tu. Dia janji akan tanggung kos baiki motor. Dalam hati Zumal hanya ingat nak balik. Sakit masih terasa. 

Zumal dibawa pulang oleh mereka. Sampai di rumah, pagar kunci. Dorang angkat Zumal dan tinggalkan Zumal di kerusi malas di luar rumah. Tok ada di hospital teman tok wan. Dorang tolong hubungi ahli keluarga lain yang Zumal kemalangan. 

Hari dah nak petang pak lang dan mak lang datang. Dorang buka kunci. Masukkan Zumal dalam rumah. Dekat waktu berbuka,adik angkat Zumal yang Zumal sms tadi tu bawak juadah berbuka puasa untuk Zumal. Mak Lang call cakap Zumal tak perlu pergi hospital nanti tok wan terkejut. Sebab tok wan ada masalah jantung. Seminggu baru tok wan keluar wad. 

Kalau korang nak tahu, Zumal tertinggal beg Zumal di pusat perubatan UUM, 4 hari nak exam. Apa yang Zumal baca sebelum nie semua dah lupa. Pak lang hantar Zumal ke UUM sehari sebelum exam. Alhamdulillah beg ada kawan tolong ambil. Tapi tak sempat baca dah. Keadaan tak mengizinkan. Assignment tadi tak terbuat. Jadi untuk paper tu Zumal gagal. Macam biasa 90 % pelajar Datin gagal. 
Sudah jatuh ditimpa tangga kan. Itulah kisah dalam #Cabaran20Hari Zumal.

23 comments:

  1. xtrbyg bila eksiden tu.. mmg blh tahan bahaya jalan um tu..

    adik yui ada kat sana skg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang malang tu tak berbau, Zumal biasa berulang balik ke rumah walaupun jam 3.00 pagi tapi ok je. Dulu uum tu selalu tak ada air jadi Zumal akan balik rumah jer

      Delete
  2. walau kita berhati-hati tapi kalau dh takdir nk malang xupaya nk elak..syukur alhamdulillah lukanya xparah...stres juga dpt pensyarah gitu ya...tapi akhirnya sukses juga.

    ReplyDelete
  3. zumal uum tahun berapa? Syeeda batch 2009-2012..hii baru lagi.. alhamdulillah xserius cedera..

    ReplyDelete
  4. okey!

    cerita ni tak tau nak gelak or nak simpati..

    eh.. both pun boleh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelak pun takpe, besok ada entri yang Zumal buat sampai berlinang air mata

      Delete
    2. hurmh... sedih entri tu..

      Terharu.. sebak.. semua la...

      Delete
  5. FOLLOW HERE...HAI ZUMAL #BLOGGERUTARA ^_^

    ReplyDelete
  6. kdg2 kita da terlbh berhati2 tp kalau da nk jadi mmg x boleh nk elak...

    ReplyDelete
  7. Teringat masa berpuasa di UUM dulu.. Tinggal di Kolej Muamalat.. Best.. Rindu UUM..

    ReplyDelete
  8. Berhati2 pun klu ditakdirkan nak berlaku akan berlaku juga kan.. nasib baiklah tak serius..

    ReplyDelete
  9. Assalam zumal,
    tragis sungguh
    bertimpa2 dugaan hari tu yer

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  10. Ya Allah.... Hati-hati memandu yea... benda nak jadi kita pon tak tahu...

    ReplyDelete
  11. berat gak dugaan zumal tu... Alhamdulilah zumal xde pape kan

    ReplyDelete