16 Jul 2015

#Cabaran20Hari PENGALAMAN MAIN MERCUN MASA RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dah sampai penghujung cabaran dalam #Cabaran20Hari ini.

Entri kali nie Zumal bakal menceritakan pengalaman main mercun masa raya. Zumal nie penakut sebenarnya. Takut dekat mercun ja. Dekat korang Zumal malu je. 

First time main mercun adalah masa lepas mengaji Quran masa kecil-kecil dulu. Masa tu bukan la raya tapi bulan puasa. Zumal ada beli keropok ali baba. Bukan nak makan just nak hadiah kat dalam tu. Keropok ali baba nie selalunya ada bungkusan surat khabar kat dalam. Dalam bungkusan tu la ada mainan tertentu. Masa kat bawah rumah tu Zumal buka bungkusan dan jumpa sesuatu bentuk ayam. Dekat ayam tu ada bebenang. Baru la tahu benda tu adalah mercun. Kebetulan di bawah rumah Zumal mengaji tu ada mancis. Zumal pun bakar la mercun tu, bukannya dia meletup terus tapi macam mengejar Zumal. Apa lagi, Zumal lari balik rumah. Baru dengar dia meletup. Lepas tu Zumal serik main mercun. Hehe...

Zumal lebih suka main bunga api dan mercun bawang je. Sebab Zumal tahu ianya tak bergerak. Bunga api la paling seronok. Selalu malam2 Zumal akan nyalakan lilin dan nyalakan bunga api dengan api lilin tu. Zumal tak main sorang. Habis semua rakan sebaya kongsi port yang sama depan rumah Zumal. Kiranya dekat situ strategik juga la sebab depan rumah ada lorong yang terus ke jalan besar. Seberang jalan tu ada istana tau. Bukan boleh main bukan-bukan nanti pak guard datang cari. Hehe...

Gitu la kisah Zumal dan mercun. Esok dah pun raya yer. Eh betul ke? Ikut tarikh tu betul la. Entri nie bukan Zumal buat sekarang nie tapi dah diauto publish 10 hari lepas. Apa pun selamat hari raya semua. Maaf yer kalau ada salah dan silap...

1 comment: