Booking.com

10 Jul 2015

#Cabaran20Hari MEMORI RAYA ZAMAN KANAK-KANAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie dah pun hari ke 14 #Cabaran20Hari. Sekarang tinggal 6 lagi cabaran dan bermakna lagi 6 hari nak raya. 

Tugasan #Cabaran20Hari hari nie Zumal perlu menceritakan kepada korang tentang memori raya Zumal pada zaman kanak-kanak. Zumal nie memang pemalu dari kecil lagi. Kawan-kawan Zumal beraya keseluruh pelusuk kampung tapi Zumal hanya pergi beraya ke rumah jiran paling dekat jer. Kampung tempat Zumal tinggal tu ada dalam 10 buah rumah je dan Zumal hanya beraya ke 4 buah rumah je kerana rumah tu je ada rakan-rakan sebaya Zumal. Memilih sangat kan? Pilih pun sebab ada sebabnya. 

Dulu lepas terawih, Zumal dan kawan-kawan selalu main bunga api dan berbasikal ke seluruh kampung. Cara merempit zaman dulu. Pernah satu malam tu Zumal dan kawan-kawan berlumba basikal hingga ke jalan raya, sampai satu simpang kat depan tu ada road block polis, kami terlalu laju dan tak sempat nak brek dah. Sebab basikal Zumal memang tak ada brek. Kami langgar je road block tu dan abam2 polis menempik pada kami. Kami terus pecut menghilangkan diri. Sampai rumah Zumal, kami sorok semua basikal di belakang rumah. Takut polis tu cari. Mulai malam tu kami dah serik main basikal sampai ke jalan raya.

Pasal duit raya, Zumal selalu kalah dengan kawan-kawan sebab Zumal dapat sikit disebabkan malu nak beraya luar dari kampung. Zumal harap duit raya dari arwah tok wan je yang banyak. 

Itu je la memori raya yang masih Zumal ingat. Memori raya tu paling best sebab arwah tok wan masih ada. Selamat Hari Raya...

7 comments:

  1. selamat hari raya zumal maaf zahir batin...kad raya kiriman zumal dh sampai...terima kasih banyak zumal ingatkan kak...terharu sungguh.

    ReplyDelete
  2. mencabar btl memori raya encik Zumal..Selamat hari raya encik Zumal..maaf zahir batin..mintak maaf utk semua salah yg sengaja atau tak sengaja.. :(

    ReplyDelete
  3. seronok kan kalau imbas zaman dulu,,rasa nak kembali jadi kanak2 jer

    ReplyDelete
  4. Nakal ni langgaq roadblock . nasib basikal. hahaha. itulah kalau boleh ulang balik masa mmg nak sgt2 pegi balik zaman2 kecik2 budak2 nakal dulu t.t

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kanak2 dok kat kem askar...kalau rajin ronda flat dapatlah banyak duit raya :-))

    ReplyDelete
  6. ishh..naik basikal x de brek? nakal zumal ni rupanya walaupun pemalu....org malu haruslah dapat duit skit hihi

    ReplyDelete