Booking.com

5 Jul 2015

#Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH DI MASJID MASA ZAMAN KANAK-KANAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie dah pun hari ke 9 Zumal mengikuti #Cabaran20Hari ini. Pada entri kali nie Zumal nak kongsikan kenangan terawih di masjid masa zaman kanak-kanak Zumal.

Dulu masa kanak-kanak Zumal tinggal di kampung Repoh. Dekat je dengan rumah sekarang cuma kat situ suasana kampung. Nampak ayam itik, kambing berkeliaran. Kat rumah sekarang nampak juga haiwan tapi kucing dan anjing jer. 

Zumal dulu rajin pergi solat terawih awal-awal. Masjid paling hampir kat situ adalah Masjid Tun Abdul Razak. Zumal dikenali sebagai budak yang skema. Zumal pergi terawih dengan jiran2 yang dewasa. Macam kawan dah. Tapi semua orang tua.

Lain pula kawan-kawan sebaya Zumal, dorang pergi berkumpulan. Selalu Zumal tengok pada awal solat je dorang ada tapi masuk solat kedua atau ketiga semua dah lesap. Ke mana? Tetiba bunyi berdentum sana sini. Dorang la tu. Dorang pergi main mercun. Zumal? Zumal nie kan skema. Zumal setia solat sampai selesai. Kenapa tak main dengan kawan-kawan? Tunggu di lain waktu Zumal kongsikan. 

10 comments:

  1. saya kecil2 dulu malas sikit nak ke smbyg terwaih...hihihihih.. klau pergi ikut kawan last2 balik tak sempat nak smbhyg pon.. hihihihih

    ReplyDelete
  2. sembanhyang terawih pun suka2 hati ikut kawan lepas tu lesap main mercun.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Wahhh Baguslah Zumal tak pi main mercun sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu Zumal cerita kenapa tak main mercun yer

      Delete
  4. jangan lupa kongsi sambungannya zumal

    ReplyDelete
  5. mesti kena puji dengan geng pak imam dlu ni sebab budak baik hihihihihi

    ReplyDelete
  6. Zaman kanak2 waktu terawih mmg paling best sbb dapat lesen besar keluar malam.. :)

    ReplyDelete
  7. ekin zamankanak dulu g sembayang dengan kawan2 kena. marah ada mak cik suruh balik..

    ReplyDelete