4 Jul 2015

#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini adalah hari ke 8 bagi #Cabaran20Hari. Puasa juga semakin ke penghujungnya. Kali ni Zumal perlu kongsikan tentang amalan berbalas juadah di bulan puasa. 

Pada zaman Zumal kecil hingga remaja dulu Zumal tinggal di kawasan kampung. Amalan berbalas juadah nie sering menjadi amalan kami sekeluarga dan jiran-jiran walaupun bukan jiran yang dekat tapi kami tetap berbalas juadah. 

Kalau nak diikutkan keluarga kita hanya perlu buat kuih sejenis ja setiap hari. Nak tahu kenapa? Amalan berbalas juadah nie akan buat korang tak termakan nanti kalau buat banyak2 kuih. Kalau nak beli pun, beli sejenis ja. Tapi beli lebih untuk jiran juga. Kalau keluarga kami tak hantar juadah dulu pasti ada jiran yang lakukannya dahulu. Kekadang sampai 4 ke 5 buah rumah bagi juadah. Menu juadah kami pun jadi banyak walaupun asalnya cuma sejenis kami buat atau beli. 

Sekarang Zumal tinggal di kawasan taman perumahan. Amalan berbalas juadah memang tak diamalkan di sini sejak jiran2 Zumal adalah generasi kedua yang tinggal di sini. Semasa generasi pertama keluarga mereka, amalan itu ada juga tapi tak ramai yang lakukan. Apa pun, amalan nie amat berkat...

7 comments:

  1. betul tu, sekarang dah jarang orang berbalas-balas juadah kan.

    ReplyDelete
  2. Tak rasa langsung pengalaman ni.. T_T

    ReplyDelete
  3. mmg rata2 di kawasan perumahan dh 'hilang' amalan ni....

    ReplyDelete
  4. semalam ada dua jiran bg menu yg sm..ketiau goreng hehe..
    best balas juadah ni..dptlah kita menambah menu2 kita tu
    dr kita buang duit kat param tu kan

    ReplyDelete
  5. dlu selalu jiran dtg hantar juadah.. skrg dh takda lg

    ReplyDelete
  6. Seronok kalau dapat juadah dari jiran...
    tapi rasa malu sebab tak dapat nak balas balik on time faktor berkerja...

    ReplyDelete
  7. ekin masa belum kahwin dulu kat Kelantan yang bagi juadah tu ... sejak kahwin duk sini jiran xpernah bgi apa-apa

    ReplyDelete