Booking.com

8 Jul 2015

BERBUKA DENGAN NASI AYAM HAINAN

Gambar di Chicken Rice Kiosk Plaza Kangar

Chicken Rice Kiosk Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak berniaga nie Zumal kenal dengan kedai nasi ayam Chicken Rice Kiosk. Sebabnya kedai nie berada di kompleks yang sama tempat Zumal berniaga.

Hari nie tok Zumal request nak makan nasi ayam masa berbuka puasa. Malangnya hari kedai di tempat Zumal berniaga tak buka. Jadi tepat pukul 5.00 petang Zumal bergerak ke kedai utama mereka di Behor Pulai. Alhamdulillah mereka buka. 

Chicken Rice Kiosk Behor Pulai
Sampai je di kedai Zumal terus order menu feveret Zumal dan tok iaitu Nasi Ayam Hainan. Murah jer. Harganya dari RM5.50 sebungkus. Tapi kalau pada rasanya memang puas hati.

Sebungkus memang kenyang makan, tok pun makan habis. Korang makan apa berbuka puasa tadi?

Chicken Rice Kiosk ini juga menyediakan pelbagai menu lain seperti nasi berlauk, nasi ayam stim, nasi ayam berempah, bubur ayam dan bihun sup. Lepas puasa ia dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari Isnin hingga Sabtu.

Lokasi Chicken Rice Kiosk adalah di Behor Pulai bersebelahan Restoran Anjung Keli dan berdekatan simpang ke IPG Kangar dan Kolej Kejururawatan Masyarakat Kangar. Cawangan kedua terletak di Lot 2, Plaza D'Mara Kangar (Hafifah) berdekatan McD Kangar.

11 comments:

  1. Sedapnya nasi ayam~ saya berbuka tadi makan nasi putih dgn sup ayam je. Kenyang makan :D

    ReplyDelete
  2. Bila tengok nasi ayam ni. Teringat dan rindu pula nak merasa nasi ayam maduh kat RPA arau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal tak pernah makan pun kat situ tau... lepas raya nak cari laa

      Delete
  3. Sedapnya Nasi ayam..lama x makan :)

    ReplyDelete
  4. Wah!! sama ngn menu anak sha semalam dan kelmarin.. Nasi Ayam Hainan.. Bau dia sedap..

    ReplyDelete
  5. Wahh sedap ni.. tengok waktu malam pun berselera lagi ni.. :D

    ReplyDelete