Booking.com
Booking.com

31 Jul 2015

TUDUNG SI COMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di bulan Syawal pasti ramai membawa seisi keluarga untuk ke rumah terbuka dan pelbagai event. Bagi yang ada anak-anak perempuan pasti nak cari tudung bersesuaian untuk mereka kan? Syawal kan sebulan pasti kita nak kelainan setiap hari untuk anak kita bagi mereka juga turut bergembira di hari raya. Zumal nak promote tudung dan pakaian muslimah yang amat menarik untuk anak-anak anda dan ada juga pelbagai pilihan untuk si gadis dan si ibu. 

Pernah anda dengar tudungsicomel.com? Kalau belum pernah klik saja link INI. Tudungsicomel.com adalah gedung online untuk mereka yang suka shopping di hujung jari. Minyak pun dah mahal semula, parking kena bayar, tol lagi. Semua kena duit. Lagi pun sekarang cuaca panas, kita kan puasa jadi lebih afdal shopping dari rumah sahaja. Banyak penjimatan untuk anda. 

Dalam entri ini Zumal kongsikan beberapa pilihan yang sememangnya cun melecun la jika anda mementingkan gaya. Nak shawl, instant shawl, bawal, bawal eksklusif, tudung sekolah dan macam-macam jenis tudung ada di tudungsicomel.com.









Bukan ini sahaja, banyak lagi pilihan untuk anda pilih di laman web INI termasuk tudung untuk sekolah anak-anak anda. Apa yang perlu anda tahu, tudungsicomel.com menawarkan kualiti yang baik untuk produk keluarannya dan harga yang sangat berpatutan. Selain itu anda juga dialu-alukan untuk menjadi dropship, pemborong dan juga sebagai ahli affiliate. Boleh buat duit raya kan? Nak join? Klik link INI.

JOM KE PADANG BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu ingat lagi tak Zumal ada buat entri tentang Padang Besar DI SINI. Disebabkan ada cadangan untuk review lebih detail tentang Padang Besar oleh seorang blogger bernama Emily Tang, hari nie Zumal cuba untuk sahut cabaran tu. ( jangan lupa terjah blog rakan blogger Zumal yer )

PADANG BESAR 

Padang Besar merupakan bandar sempadan antara Perlis dan Thailand. Ianya terletak kira-kira 35km dari bandar Kangar. Padang Besar adalah syurga membeli-belah di utara. Antara barangan yang korang boleh dapati di Padang Besar ialah pakaian, barangan dapur, buah-buahan, beg, permainan, jam dan aksesori wanita. Selain tu, korang juga boleh mencari produk penjagaan diri keluaran Thailand seperti sabun beras, sabun susu kambing dan produk-produk dari Vietnam. Bagi yang suka kekacang dan jeruk pun ada.

Tahun 2015 nie memang cukup mudah untuk datang ke Padang Besar kerana mulai 10 Julai 2015, perkhidmatan train ETS telah menghubungkan Kuala Lumpur dan Padang Besar. Selain tu korang boleh memilih perkhidmatan My Bas atau pun teksi jika korang berhajat datang dari Kangar dengan pengangkutan awam.

Stesen Padang Besar

Jadual dan Tambang ETS ke Padang Besar

Stesen Padang Besar

Kalau dari Butterworth ke Padang Besar, korang naik 7.30 pagi di Butterworth dan sampai di Padang Besar kira-kira jam 9.15 pagi. Manakala kalau korang dari Kuala Lumpur nak ke Padang Besar, korang kena ambil train jam 9.30 pagi dan dijangka tiba di Padang Besar pada jam 3.00 petang.

Pada hari biasa korang dinasihatkan untuk ke Padang Besar waktu tengah hari kerana kebanyakan peniaga hanya buka perniagaan mereka selepas jam 11.00 pagi. Berbanding pada hujung minggu dan cuti sekolah, ada peniaga yang memulakan perniagaan dari jam 9.00 pagi. Tapi lebih afdal korang datang jam 10.00 pagi.

Arked Niaga Padang Besar


Pasar Padang Besar

Lot Kedai yang terdapat di Padang Besar 

Bagi mereka yang nak shopping pakaian, mainan, aksesori, jam boleh la ke Arked Padang Besar. Korang boleh tawar menawar di sini. Jangan malu yer. Korang boleh dapatkan harga yang murah berbanding di bandar. Jika nak menjamu selera pula korang boleh ke Pasar Padang Besar, ianya hanya bersebelahan dengan Arked Niaga. Di sini korang menikmati air anggur Perlis, Coconut Shake serta makanan ala Thai.

Drone RC pun ada jual di Padang Besar Besar

Sekarang nie dah ada macam-macam produk di Padang Besar, cctv pun ada jual. Kalau korang nak baju I AM, boleh tempah siap segera kat sini. Nak cop nama atas jersi pun boleh.
Booking.com

Bagi korang yang nak menginap di Perlis kat Padang Besar nie tak banyak penginapan hanya Teratai Putih Resort yang berdekatan stesen keretapi dan homestay sahaja, untuk lebih banyak pilihan korang perlu ambil kenderaan menuju ke arah Kangar. Dalam km 17 dari Padang Besar korang akan jumpa Empangan Timah Tasoh, di sana ada chalet dan motel yang selesa. Antaranya Tok Mek Motel & Restaurant, Terinai Lakeview Resort dan Tasoh Resort & Retreat.

Pemandangan ni daripada Terinai Lakeview Resort

Chalet Tasoh Resort & Retreat

Pemandangan di Tasoh Resort & Retreat
Booking.com

Terinai Lakeview Resort

Dalam perjalanan ke penginapan tu korang akan jumpa pemeriksaan UPP di km8. Kalau tak jumpa rasanya korang dah silap jalan.


Sebelum jumpa pemeriksaan UPP nie korang akan jumpa ladang ternakan burung unta di km6 sebelah kiri jalan bertentangan dengan Felda Mata Ayer. Korang boleh la singgah nak bergambar atau nak naik burung unta.


Selepas pemeriksaan UPP korang akan jumpa Uniciti Alam, salah satu kampus UNIMAP. Di sini pun korang boleh singgah shopping dan makan-makan. Tempatnya selesa dan mudah untuk parking. Bertentangan Uniciti Alam ada simpang untuk ke Gua Kelam dan Wang Kelian. Gua Kelam adalah salah satu tarikan pelancong di Perlis. Wang Kelian pula adalah tempat shopping seperti Padang Besar. Kalau korang ke sana pada hari Ahad, korang boleh masuk ke sempadan Thailand tanpa menggunakan passport atau pun border pass. Korang hanya boleh ke pasar hari di sempadan tu. Kalau nak ke lebih jauh kena ada passport la.

Uniciti Alam 
Selepas tu baru la korang akan tiba di Empangan Timah Tasoh, di resort tersebut juga ada tempat makan yang popular.
Booking.com

Di kiri dan kanan jalan berdekatan empangan tersebut korang akan jumpa peniaga menjual pekasam hasil daripada empangan itu sendiri. Pekasam yang popular adalah pekasam Tok Besah. Antara ikan yang dibuat pekasam adalah puyu, sepat, lampam, tilapia dan terdapat juga pekasam daging.

Kalau korang ingin ke Pusat Bandar Kangar, korang hanya perlu terus sahaja sehingga jumpa bulatan yang ada replika menara. Itulah Kangar, berdekatan bulatan korang akan jumpa Hotel Putra Palace, dan korang juga boleh menginap di situ. Itulah sedikit review Zumal tentang Padang Besar dan kawasan sekitarnya.

INFO EXTRA PENGINAPAN DI PADANG BESAR KLIK SINI

KINI ETS SEKTOR UTARA DIGANTI DENGAN PERKHIDMATAN KTM KOMUTER

PEMINAT TEGAR KOPI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa peminat kopi? Zumal memang peminat setia kopi. Kalau minum kat kedai Zumal hanya order kopi. Sama ada ais atau panas. Best minum kopi. Ada umph.

Ada orang kata kalau banyak minum kopi nanti tak boleh tidur, nanti sakit kepala, nanti migraine. Bukan semua kopi tak bagus tau. Ada kopi yang amat baik untuk kesihatan. Zumal minum kopi banyak mana pun boleh tidur tepat pada waktunya tau. Kopi apa Zumal minum???






Zumal suka kopi untuk minda. Kopi Barley Tilmiz A+. Kopi Barley Tilmiz A+ ini turut mengandungi barli, pegaga, mengkudu dan habatus sauda. Ada ramuan makanan sunnah ok. Jadi inilah pilihan kopi terbaik. 

Kopi Barley Tilmiz A+ adalah keluaran muslim. Ianya dijamin halalan toiyiba. Insha Allah. Zumal minum kopi nie tak pernah sakit kepala dan tak pernah tak boleh tidur. 

Kopi Barley Tilmiz A+ ini dikeluarkan dalam kotak yang cantik mengandungi 15 sachet bersaiz 25 gram. Alhamdulillah jika kita selalu minum kopi ini badan kita akan rasa segar dan bertenaga. 

Harga pasaran Kopi Barley Tilmiz A+ untuk Semenanjung Malaysia ialah RM24 manakala untuk Sabah/Sarawak adalah RM27. Itu kalau korang beli kat kedai la. Tapi kalau nak order dari Zumal harganya special sikit. Kalau ambil sendiri di kiosk lagi special Zumal bagi. Untuk maklumat boleh WhatsApp di 0125747869. Selamat menikmati kopi yer.

30 Jul 2015

OH PENING


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang tahu betapa pening Zumal malam nie. Oh pening. Macam nak meletup kepala nie. Kenapa? Kerana ini...

Tengok gambar tu. Opening jer dari pukul 9.00 malam sampai 11.20 malam tak teropen-open lagi. Oh pening my kepala lutut. Penantian suatu penyeksaan kot. Jadi kepada yang guna kotak komen google plus tu mintak maaf Zumal terpaksa tangguh membalas komen korang. 

Bukan nak salahkan korang, just nak beritahu sebab tak balas mengomen kat blog korang. Tapi Zumal tetap balas kunjungan. Zumal baca gak entri korang. Kerana opening yang lama dan tak tahu sampai bila tu, sebab tu Zumal tak komen yer...

MH370 DIJUMPAI



Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. 

Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. 

"Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. 

"Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. 

"Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. 

"Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. 

Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara. Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan.

 "Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya. 

Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670. "Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. "Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph

Sumber di : http://www.bharian.com.my/node/70994

29 Jul 2015

Topup Mini Giveaway By Cik Mimie

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam nie jom kita join mini giveaway yang dianjurkan Cik Mimie yer. Syaratnya mudah jer. Apa lagi, klik banner untuk join sama...



Jemput Join 



Sama-sama kita meriahkan giveaway Cik Mimie yer. Semoga berjaya semua ^-^

KAD RAYA DARI JARI MANIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tadi lepas Zumal pulang dari gunting rambut tetiba tengok peti surat berisi. Apakah itu yer. Rupanya ada sesuatu untuk Zumal.



Sungguh tak disangka, rupanya ada lagi kad raya tahun nie untuk Zumal. Kad raya yang ketiga nie datangnya dari Jari Manis atau lebih manis dorang panggil JM. Hehe...

Terharu JM ingat gak kat Zumal. JM memang orang selalu ingat rakan-rakan blogger beliau. Terima kasih yer JM. Kepada korang yang belum mengenali JM, jomlah terjah blog di JM di jarimanistravel.blogspot.com pelbagai kisah percutian di serata dunia beliau telah kongsikan di blog beliau.

28 Jul 2015

MALAYSIA DAPAT TPM BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie masa korang tengah rehat tengah hari ada berita gempar daripada PM Malaysia. Bukan kerajaan pasir dua butir atau pasir berdengung. PM umum barisan kabinet baru 2015 yang menggugurkan TPM.

Jom kita tengok wajah-wajah kabinet baru Malaysia.


TERIMA KASIH ANIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat tengah hari yer. (Kalau nak tau entri nie Zumal schedule je, taip pagi tadi pukul 5.23 tau) Semalam bila balik ke rumah ternampak sesuatu dalam peti surat. Rupanya ada 2 sampul berisi. 1 datangnya dari MAA, kad medik baru dan 1 lagi dari seseorang. Sampulnya pun nampak kreatif tau.

Teruja sangat terima sampul nie. Eh, ini hadiah GA ke? Zumal ada menang apa2 ke? Takpe la tak ingat la beb. Biasa la tak minum susu jadi otak tak berhubung. 

Nak tahu dalam sampul tu ada apa? Tak rahsia pun. Meh tengok sama-sama.




Walaupun tak ada nama pengirim tapi Zumal tahu ianya dari siapa. Tentunya dari Anies. Pemilik blog aniesandyou.blogspot.com la jawabnya kan. Lagi pun Anies yang pergi Mesir baru-baru nie. Korang boleh rujuk entri beliau pasal Mesir DI SINI. 

Terima kasih yer Anies. Suka sangat dengan hadiah Anies. Dapat la penuhkan fridge magnet di pintu peti sejuk Samsung tu. Hehe ^-^

BANGUNLAH PADANG BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi semalam Zumal ke Padang Besar. Zumal rasa macam dah lewat. Sampai sana dalam pukul 11.00 pagi dah. Tapi, banyak kedai masih tutup. Salah sorang peniaga di Padang Besar nyatakan mereka mengikut masa Thailand yang lewat satu jam dari waktu Malaysia. Misalnya kalau di Malaysia pukul 10.00 pagi mereka di sana baru pukul 9.00 pagi. Menurut beliau, mereka akan buka kedai dalam lingkungan pukul 11.00 pagi waktu Thailand. Sejak ada ETS nie pengunjung telah ramai sampai awal di Padang Besar sebelum kedai-kedai dibuka.



Apa yang Zumal buat di Padang Besar? Bagi Zumal yang berniaga kecil-kecilan nie memang banyak stok yang Zumal beli di Padang Besar. Lagi pun di Padang Besar kita boleh borong dengan harga yang murah jika kena gayanya. Caranya korang kenalah beli dalam kuantiti yang banyak tentu dapat murah. Tapi korang tak berniaga buat apa beli banyak yer. Zumal tak la ambil stok semua di sana, ada yang Zumal dapatkan stok di Kuala Lumpur dan Klang. 

Apa pun pada Zumal Padang Besar nie merupakan tempat yang efisien untuk bagi yang nak belajar berniaga. Tambahan pula Padang Besar hanya 35km je dari rumah Zumal.



Kepada korang yang teringin shopping di Padang Besar tu, Zumal nasihatkan korang pergi tengah hari la sebab semua kedai pasti dah buka. Tapi kalau cuti sekolah atau hujung minggu dorang buka awal. Seawal pukul 10.00 pagi korang dah boleh bershopping di sana.

Review Padang Besar Di Sini 

CIRI-CIRI SJCAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam Zumal ada buat review tentang sjcam kan. Rasa tak lengkap entri tu tanpa menceritakan ciri-ciri sjcam dan beza antara sj4000, sj5000 dan sj5000+.

Ok, jom kita tengok perbezaan sj4000, sj5000 dan sj5000+ dalam gambar dibawah. Gambar ihsan instagram momo_accessories.



Macam mana? Sekarang korang dah tahu ciri-ciri sjcam tu kan. Sampailah masa korang nak beli yang mana satu. Kalau pembelian secara online memang Zumal syorkan beli di momo. Zumal dan admin yang tidur tu selalu beli aksesori telefon di momo. Harga murah, kualiti tak diragui. 

Rujuk Review sjcam sebelum ini DI SINI.

27 Jul 2015

SJ4000 ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie Zumal bawa sjcam datang kiosk, ada pulak customer kecil Zumal berkenan. Disebabkan suasana berniaga hari nie agak suram jadi kami berdua main sjcam pulak. Budak-budak lagi ke Zumal nie???




Eh, ada orang tak tahu yer apa sjcam tu? Sjcam nie merupakan action camera yang boleh digunakan untuk aktiviti lasak. Kecil-kecil cili api walaupun kecil tapi ianya cukup istimewa. Nak tau kat mana istimewanya, mai cek review ya...





Sekarang nie dah ada sjcam 5000 dan 5000+ tapi Zumal hanya memiliki sj4000 jer. Zumal memang suka sjcam nie sebab ianya didatangkan dalam pelbagai warna. Dah la comel pastu cantik pulak. 

Sjcam nie ada wifi k, korang boleh connect pada smartphone atau tablet. Sesuai la kepada penggemar gadget kecil kerana ia juga boleh diaplikasikan bersama telefon. Tak perlu bawak laptop lagi. Nak charge pun boleh connect dengan powerbank. Kalau pergi camping just bawak bekalan power bank yang berkuasa je. 

Sj4000 nie beresolusi 12 megapixel. Dan gambarnya dalam bentuk fish eye. Ia boleh digunakan melalui aplikasi android. Download free je aplikasi sjcam hd kat play store dah boleh guna. Sj4000 nie juga boleh digunakan di dalam air. Siapa suka scuba dan snorkeling tu sesuai grab gadget nie. 

Ia juga boleh dipasangkan monopod dan tripod selain didatangkan dengan aksesori yang membolehkan korang pasang sjcam pada motor, basikal dan tempat-tempat tertentu yang korang rasa bersesuaian. 

Harga sj4000 nie tak la mahal macam gopro yang ribu riban tu. Sj4000 berharga lingkungan RM300 hingga RM400 manakala bagi yang ada duit lebih boleh la beli sj5000 yang berharga lingkungan RM500. Sj5000 nie 14megapixel tau. Mesti lagi tajam gambarnya. 

Sekarang Zumal bercita-cita nak beli drone pula. Zumal nak tangkap gambar dari awan biru gunakan sjcam nie. Harap-harap tercapailah hasrat nie.

Jom tengok koleksi gambar sj4000 Zumal yer...






Kepada korang yang nak tahu ciri-ciri sjcam secara lebih detail boleh semak entri DI SINI.