29 Jun 2015

TERIMA KASIH KERANA BERSAMA DUNIA ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini blog Dunia Zumal melangkah terus ke hadapan dan telah mencapai target yang admin idamkan selama ini. Kini pageview Dunia Zumal telah melebihi 200, 000 pageview. Tanpa sokongan anda pasti Dunia Zumal tak mungkin melangkah sejauh ini. Walaupun begitu target untuk menaikkan seo blog masih belum tercapai. Tapi admin bersyukur walaupun hanya 36% seo yang dicapai blog Dunia Zumal telah mendapat pengunjung tetap terutama dikalangan rakan-rakan blogger. 




Sejak blog Dunia Zumal dibangunkan, admin bersyukur kerana turut memperolehi sokongan daripada pengiklan-pengiklan yang sudi menggunakan khidmat Dunia Zumal. Moga anda akan terus menggunakan khidmat Dunia Zumal. Selain itu tidak dilupakan buat Nuffnang yang sentiasa memberi peluang Dunia Zumal menjana pendapatan. 

Walaupun ranking blog Dunia Zumal ada kalanya stabil dan ada kalanya menjunam. Para pelanggan Dunia Zumal tidak perlu risau kerana apa sahaja iklan yang diluluskan akan kami hubungkan ke seluruh media sosial yang berpotensi tinggi. SEMAK RANKING TERKINI DI SINI

Selain itu, admin terharu atas jemputan ke majlis-majlis sekitar Negeri Perlis. Insha Allah admin akan berusaha menjadi media terbaik buat majlis anda. 

Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada program akan datang
Jangan lupa jemput kami lagi

Terima kasih buat semua kerana bersama membina jenama Dunia Zumal ke arah lebih dikenali dan teruskan setia bersama kami. Sokongan anda amat kami hargai.

#Untuk perkhidmatan review sila hubungi Zumal di 0125747869


9 comments:

  1. moga tersu maju dan bertahan dlm dunia blogger :)

    ReplyDelete
  2. tahniah moga terus sukses.

    ReplyDelete
  3. semoga terus aktif dalam penulisan blogger.

    ReplyDelete
  4. tahniah dan teruskan menulis (y)

    ReplyDelete
  5. tahniah dan semoga lebih maju lagi lepas ni

    ReplyDelete
  6. semoga terus maju dalam dunia blogging. lets always support one another :D

    ReplyDelete
  7. Assalam zumal,
    tahniah3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete