21 Jun 2015

SEPENUH MASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini dah 4 Ramadhan. Hujung minggu yang nyaman dan segar. Minggu depan adalah minggu  terakhir Zumal bekerja. Hari Khamis nanti Zumal akan jadi peniaga sepenuh masa. Mungkin juga sebagai blogger sepenuh masa yang berniaga. Boleh gitu? Hantam sajalah labu.
Ramai yang bertanya Zumal tak sayang kerja ke? Tak takut bisnes tak jadi ke? Sebenarnya Zumal dalam bidang bisnes sejak zaman sekolah. Darjah 6 lagi Zumal berniaga. Sebab tu Zumal tak kisah pasal  kerja kerana bisnes nie dah jadi darah daging Zumal. Mulanya yang menyebabkan Zumal berbisnes hanya kerana menang hamper yang banyak gula-gula dan wafer. Zumal ingat kalau makan sendiri sure habis semua gigi. Dulu tinggal di rumah kampung, Zumal mula berniaga di beranda rumah. Rakan sebaya pun ramai datang bermain jadi laris juga jualan Zumal. Lama kelamaan Zumal upgrade bisnes dari segi produk jualan. Mulanya jual wafer dan gula-gula. Lepas tu Zumal buat ais krim Malaysia. Bila habis gula-gula dan wafer tu Zumal pergi ke kedai runcit berdekatan beli stok jualan. Budak-budak lagi, tak tahu pun kena beli barang kat mana. Dulu ada gula-gula 6 biji sepuluh sen, Zumal beli dan jual 2 biji sepuluh sen. Customer Zumal sebaya dan ada lebih muda dan dorang tak pertikai pun. Bila dah tingkatan 1 Zumal dah banyak duit dan dah kenal kedai borong, Zumal pun beli secara borong dan dapat jual sama harga macam kedai runcit yang Zumal dapatkan bekalan sebelum nie.
Alhamdulillah arwah tok wan memang support bisnes Zumal. Tok wan pun bisnes minded gak. Tok wan seorang guru dan seorang usahawan juga. Masa muda arwah buat perabot, buat rumah, jual kuih. Alhamdulillah dapat membantu beliau menyara 7 orang anak. Kerana beliau boleh bertukang, beliau buatkan tempat berniaga untuk Zumal. Semakin banyak produk yang Zumal jual. Sekarang bukan saja kanak-kanak jadi customer tapi orang dewasa pun membeli gak apa yang Zumal jual.
Masa sekolah, beg Zumal la besar dari orang lain. Bukan kerana nak bawak buku banyak tapi Zumal bawak jual jajan di sekolah. Kiranya Zumal tak perlu bawak duit saku la sebab berniaga di dalam kelas. Zaman tu RM3 ke RM5 dah rasa banyak pun. Alhamdulillah rezeki.
Ha, tahu kan kenapa bisnes tu amat dekat dihati Zumal? Itu la jawapannya. Zumal tak risau bisnes jadi atau tak tapi Zumal yakin Allah akan beri rezeki buat hambaNya. 
Selain tu, antara sebab Zumal suka berniaga dari bekerja kerana Zumal tak suka kerja dengan orang, lelagi kerja pejabat. Kalau nak kerja pun Zumal lebih suka kerja di kedai serbaneka dan pasaraya. Ada sebabnya, tapi rahsia. Haha. Lagi satu kerja dengan orang atau dengan sesiapa kita kena ikut arahan. Zumal nie mudah naik angin kalau arahan tu rasa macam kejam. Jangan risau korang Zumal tak marah ler. Tentang pakaian pun satu hal. Kerja di ofis ada etika pakaian terutama bila kerja dengan pihak pengurusan skema. Zumal bukan la orang tak beretika nak pakai pakaian pelik-pelik pergi kerja tapi kekadang skop kerja Zumal tak sesuai pakai baju kemeja. Bergelumang kerja yang berpeluh. Tak selesa sangat. Lagi satu Zumal tak selesa kerja macam ada kasta. Sentiasa dikerah dan disuruh buat itu ini. Kekadang baru jer ke tempat tu atas arahan pegawai lain, bila sampai semula kat unit Zumal, kena arah ke tempat yang sama oleh pegawai lain. Amat menyakitkan hati. Dorang tak nak pergi sendiri tahu la sebab ofis zaman dulu tak ada lift. Aras 3 memang sakit la nak naik selalu. Kaki Zumal pula memang masalah. Masalah kesihatan tu juga merupakan faktor yang menyebabkan Zumal nak berhenti kerja. Itulah bebelan untuk hari ini. Tak nak mengata orang nanti kurang pahala puasa. 

15 comments:

  1. banyak persamaan antara kita zumal. saya pun tak suka kerja dengan orang. suka kerja sendiri. bila tahu zumal dah berniaga, semangat saya nak jadi macam zumal pun berkobar kobar juga.

    ReplyDelete
  2. wah dh buat keputusan penting dlm hidup ni tapi membaca n3 zumal kak yakin zumal pasti berjaya dlm bisnis sbb ada minat n kesungguhan....

    ReplyDelete
  3. rezeki ada di mana2 dan pelbagai cara ... insha Allah tak jadi miskin . semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki zumal ...

    ReplyDelete
  4. Semoga success zumal..teruskan usaha..perniagaan juga sunnah..

    ReplyDelete
  5. salam singgah subuh zumal...semoga perniagaan zumal akan lebih berjaya lagi...amin..

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya dengan karier baru ni. Harap perniagaan zumal berjaya hendaknya..Selamat maju jaya..

    ReplyDelete
  7. All the best..semoga ini adalah pilihan terbaik DZ :)

    ReplyDelete
  8. Good Luck Zumal.. semoga rezeki terbuka luas untuk zumal..Amin

    ReplyDelete
  9. Semoga berjaya Zumal.. sebagai sahabat, saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik. Semoga terus sukses mengejar impian... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  10. wahh boleh jadi bissnesman berjaya.. Gudluck Zumal ! :)

    ReplyDelete
  11. wahhh dari kecik dah berniaga . inshaAllah semoga dipermudahkan lepas ni . .

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah zumal kecik2 dah pandai berniaga.. moga terus maju...

    ReplyDelete
  13. semoga success dalam bidang perniagaan ni ye Zumal..amin

    ReplyDelete