Booking.com
Booking.com

24 Jun 2015

SELAMAT TINGGAL SEMUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie berakhirlah perkhidmatan Zumal sebagai Pekerja Sambilan Harian di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri Perlis. 

Alhamdulillah pelbagai ilmu telah Zumal pelajari semasa berkhidmat di jabatan tersebut. Ilmu yang Zumal perolehi amat berguna. Hari nie Zumal telah berjumpa hampir semua kakitangan untuk bermaaf-maafan. Zumal berkhidmat di situ sejak 1 November 2012. Sejarah pekerjaan yang paling lama dalam hidup Zumal. Bila dah lama pasti ada terlanjur kata, terguris perasaan. Semoga semua dapat maafkan Zumal. 

Kalau diikutkan kontrak Zumal masih ada sehingga 10 Julai 2015 tapi dek kerana mengejar cita-cita Zumal perlu langkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Bulan Ramadhan nie memang setiap tahun Zumal berniaga cuma bila dah ada tapak tetap macam sekarang Zumal terpaksa memilih salah satu. Jadi Zumal pilih berniaga kerana berniaga telah sebati dalam jiwa ini.

Terharu Zumal walaupun bulan puasa tak dapat buat majlis perpisahan tapi unit pentadbiran, kewangan dan it jabatan yang Zumal bertugas ada berikan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Terharu sangat bila kita diingati. Terima kasih semua dan selamat tinggal...



10 comments:

  1. mesti sedih kan terpaksa berpisah dengan kawan2. Tapi saya tetap sokong usaha zumal menjadi seorang usahawan.

    ReplyDelete
  2. semoga Zumal terus success dengan business ye aminnn

    ReplyDelete
  3. bertemu dan berpisah adat manusia biasa ...hilang di mata tapi di hati tidak lupa...

    ReplyDelete
  4. Mestilah sedih. Lama pula tu Zumal kat sana kan..

    ReplyDelete
  5. Semoga bisnes DZ bertambah maju.. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga tercapai segala hajat dan cita-cita... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. Assalam zumal,
    moga segala perancangan zumal dipermudahkan AMIN

    ReplyDelete
  8. Semoga segalanya dipermudahkan buat zumal

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya kejar cecita Zumal =)

    ReplyDelete