Booking.com
Booking.com

27 Jun 2015

RASULULLAH IS MY DOCTOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie Zumal nak kongsikan pembacaan sebuah buku yang pada Zumal cukup istimewa. Rasulullah Is My Doctor adalah tulisan seorang mualaf yang bernama Jerry D. Gray

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah ini merupakan satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah. Baginda bukan sahaja memberikan resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Jerry D. Gray menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Dan ini membuktikan apa yang terkandung dalam Al Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Jerry D. Gray turut mendedahkan bahawa pengamalan ubatan moden sebenarnya bermula dengan propaganda Amerika Syarikat bagi memasarkan perubatan dan pharmaceutical milik mereka ke seluruh dunia.

Berdasarkan pengalaman beliau juga, beliau mendapati makanan moden mempunyai kesan yang merbahaya terhadap diri kita. Beliau pernah hidup di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber makanan tidak tercemar mendapati hidup beliau lebih sihat berbanding setelah beliau berhijrah ke kawasan bandar moden dan bergantung pula pada makanan segera.

Pelbagai kupasan menarik oleh Jerry D. Gray dalam buku ini. Jom dapatkan sekarang. Buku ini adalah terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. Selamat membaca...

11 comments:

  1. Jom dapatkan segera utk sama2 kita berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  2. mak ada buku ni tapi CT tak pernah belek pun..
    kalau ikut cara Nabi SAW insyallah..

    ReplyDelete
  3. Tu lah.. Derang saja nak mengaburkan minda kita... Padahal nabi saw dah banyak bagi tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg baik.. bleh menarik minat org untuk lebih membaca..

    ReplyDelete
  5. Nice zumal insyaAllah akan cari buku ni nanti

    ReplyDelete
  6. menarik nih..kena cari laa..

    ReplyDelete
  7. rs malu pula...org muallaf sanggup tulis buku sebegini...org yg mmg Islam dari lahir???

    ReplyDelete
  8. Sharing yang bagus.. InsyaAllah nanti sha cari.. tq..

    ReplyDelete
  9. Assalam zumal,
    \nice sharing

    #BloggerUtara

    ReplyDelete