29 Jun 2015

MAJU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maju? Yer, tahun nie Perlis bergelar negeri maju. Tapi bukan awal tahun, hujung-hujung nanti baru diisytiharkan. Mungkin ada sebabnya kot.

Seperti KL dan Penang, depa ada pengangkutan yang efisien untuk rakyat seperti Rapid KL dan Rapid Penang tapi Perlis nie kenderaan awam macam bas susah nak jumpa. Bas kebiasaannya hanya menghubungkan Perlis ke Jitra, Changlun dan Alor Setar sahaja. Untuk perkhidmatan dalam Perlis kemudahannya amat terhad. Kalau teksi memang ada, tapi kat Perlis tiada meter. Jadi kos untuk naik teksi nie ikut mulut ja. 

Alhamdulillah, mulai Jun 2015 Perlis dah mempunyai perkhidmatan bas henti-henti sendiri. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh anak syarikat Mara iaitu Maraliner. Sebelum nie bas yang ada dalam Perlis hanya bas pinjam dari Kedah. Kini baru rakyat Perlis serta pengunjung negeri kecil ini berasa lega kerana ada perkhidmatan bas henti-henti khas buat negeri ini.



Perkhidmatan bas henti-henti di Negeri Perlis dinamakan MyBas. Semoga perkhidmatan bas ini memudahkan masyarakat dan pelancong berurusan di Negeri Perlis. 

Selain itu Zumal harap MyBas juga akan menghubungkan rakyat dengan kawasan tumpuan baru seperti K-Parc dan Giant. Selain itu MyBas perlu masuk ke stesen KTM yang ada di Negeri Perlis supaya memudahkan pengunjung yang tiba dari luar untuk memilih selain teksi.

Bulan Julai 2015, dijangka Perlis akan menerima kemudahan keretapi elektrik iaitu ETS, semoga ianya dapat merancakkan lagi ekonomi dan pelancongan di Perlis dan mudahkan Zumal pergi jalan-jalan. Wassalam...

11 comments:

  1. Betul tu.. kalau ada perkhidmatan awam yg efesien orang nak pi melancong pun senang..

    ReplyDelete
  2. Ain tak penah lagi sampai perlis. InshaAllah satu hari kena pegi nih,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain tunggu dorang isytihar Perlis Maju baru datang, sebab sekarang prasarana belum siap sepenuhnya, malu pulak rakyat Perlis nak terima tetamu. Hehe ^-^

      Delete
  3. good info!
    perlis is the only state that I have not been
    looking forward to pay a visit one day
    MY-Emily

    ReplyDelete
  4. Nice info..bilalah nk dpt g perlis nie..

    ReplyDelete
  5. Assalam zumal,
    laaaaaaaaaaaa
    yer ker perlis takdak bas?????
    baguih la dah ada sekarang kan3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete