16 May 2015

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah hari yang amat bermakna buat warga pendidik. Tanpa didikan kemanalah arah tuju kita. Begitulah betapa pentingnya profession sebagai seorang guru.

Hari Guru 2015 pada kali ini bertema Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Guru bagaikan lilin membakar diri memberi cahaya kepada orang lain. Begitulah pengorbanan seorang guru.

Sempena sambutan Hari Guru 2015 ini Zumal ingin mendedikasikan ucapan selamat hari guru kepada seluruh guru di Malaysia terutama guru-guru yang pernah mengajar Zumal bermula di Tabika Perpaduan Bunga Raya Repoh, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Universiti Utara Malaysia dan guru-guru Al Quran Zumal, Pak Omar, Mak Cik Aisyah, Allahyarham Pak Can dan Ustaz Hashim. Terima kasih cikgu...

Zumal sendiri dibesarkan oleh guru iaitu tok wan Zumal. Kerana beliau Zumal kenal ABC, 123 dan Alif Ba Ta. Terima kasih buat Allahyarham Tuan Haji Mohd Alim Bin Ismail.

Arwah Tok Wan Zumal 
Di sini juga Zumal ingin kongsikan gambar-gambar kenangan bersama guru Zumal.



Gambar untuk majalah sekolah semasa Tingkatan 5

Cikgu Ishak
Sir Mariti 

Cikgu Mazila 

Tidak dilupakan juga kepada warga pendidik di dalam keluarga Zumal, Cikgu Shahimi Mohd Alim, Cikgu Haji Hakimi Mohd Alim, Cikgu Hajjah Selmiah Hashim, Cikgu Muzammil, Cikgu Suhana Mohd Alim, Cikgu Makhzani Mohd Alim, Cikgu Inshirah Mohd Alim, Cikgu Nur Diana Makhzani, Cikgu Nur Dalila Makhzani dan ramai lagi yang tak tertulis di sini. Selamat Hari Guru 2015.

8 comments:

  1. wahhh dapat jumpa cikgu lama

    ReplyDelete
  2. Jasa guru akan tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.. syukurlah dpt berjumpa guru kan.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau dapat kawin ngan cikgu kan best...ahahaha...ada kaitan ngan entri x

    ReplyDelete
  4. amat besar jasa guru dalam mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  5. wah, dah lama ni x p sekolah... hehe. xtaulah dorang kenal saya ke x. selamat hari guru untuk guru2 sedunia :D

    ReplyDelete
  6. lama xjumpa cikgu skolah.. huhu

    ReplyDelete
  7. Assalam zumal,
    waaaaaaaa
    best dapat jumpa semula semua guru2 yang ngajor kita dolu kan3

    ReplyDelete
  8. Tanpa mereka kita takkan kenal ABC, 123.. :)

    ReplyDelete