Booking.com

29 May 2015

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN GALERI SUKAN DAN KARNIVAL JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi tadi Zumal telah menghadiri Majlis Perasmian Galeri Sukan dan Karnival Jubli Emas di SMK Syed Hassan iaitu dimana Zumal pernah bersekolah dari tahun 1997 sehingga 2003. 


Zumal pergi ke majlis kira-kira jam 8.30 pagi. Cuma majlis bermula sejam selepas tu sepatutnya. Pada tepat jam 9.00 pagi baru Zumal menonjolkan diri di dewan sekolah. Mulai 9.15 pagi baru ada para jemputan yang hadir. Lebih kurang jam 9.40 Pengarah Pendidikan Perlis pula hadir diikuti oleh ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Puan Asmaiza Ahmad dan diikuti pula oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Tuan Haji Hamdan Bahari. Pada jam 10.10 pagi Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bersama suaminya Datuk Hj. Ridzwan Abd Hamid, Pengarah Yayasan Kepong. Sejurus itu, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Kemudian kami dipersembahkan dengan nyanyian koir oleh para pelajar aliran muzik SMK Syed Hassan.


Kemudian majlis diteruskan pula dengan bacaan doa. Selepas itu diteruskan pula dengan ucapan Tuan Pengetua. Sejurus itu, majlis diteruskan pula dengan ucapan perasmian oleh KSU KPM. Dalam ucapannya KSU memaklumkan bahawa projek pembinaan sekolah sukan negeri yang baru akan diteruskan semula setelah tertangguh sebelum ini.

Ucapan Tuan Pengetua

Ucapan Perasmian KSU KPM
Setelah sempurna dirasmikan, majlis diteruskan dengan anugerah khas bersempena Karnival Jubli Emas dan Perasmian Galeri Sukan. 

Insentif kemenangan Bola Sepak Liga KPM 2014 kerana sekolah telah menjadi johan liga. Penerima anugerah adalah Cikgu Noor Rashid bin Osman yang juga coach bola sepak sekolah.


Selepas itu Anugerah Guru Berjasa Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 2014 dianugerahkan kepada Cikgu Azizul Abidin. Anugerah berikutnya adalah Anugerah Pengurusan PKKI Terbaik Negeri Perlis 2014, dan penerimanya adalah Cikgu Azuralidza Zakaria. Anugerah berikutnya adalah kepada Cik Halijah Hashim kerana asrama sekolah tercalon di Peringkat Kebangsaan Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT). Anugerah berikutnya pula kepada pelajar yang mewakili negara  dalam Kejohanan Hoki Jemputan Bawah 16 tahun di Perth, Australia. Berikutnya pula Anugerah Kecemerlangan Sukan kepada Ariya a/p Chulap kerana memenangi pingat gangsa 100m Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2015.






Selesai penyampaian anugerah maka selesailah majlis. Kemudian para tetamu dibawa melawat Galeri Sukan Sekolah. Kemudian tetamu dibawa ke gerai pameran dan jualan serta melawat asrama sekolah.















6 comments:

  1. wah....dah lama dah tu sampai ke jubli emas.... Tahniah.. :D

    ReplyDelete
  2. terbaiklah tuan..berjaya menghadiri majlis jubli emas tersebut

    ReplyDelete
  3. Wahh jublee emas.. menarik dan meriah.. tahniah Zumal. Pasti seronok.. :)

    ReplyDelete
  4. Meriahhhh... jupe kwn lama ramai x?

    ReplyDelete
  5. dulu zumal belajar di sekolah ni eh

    ReplyDelete