Booking.com

5 May 2015

PERKAMPUNGAN SUNNAH 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar tentang Perkampungan Sunnah? Hari ini Zumal ingin mewar-warkan kepada semua bahawa pada hujung minggu ini bakal diadakan sebuah program yang dinamakan Perkampungan Sunnah 2015. Program ini akan berlangsung di perkarangan Masjid Alwi Kangar pada 8 Mei 2015 sehingga 10 Mei 2015. Program ini adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke 72 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.


Pelbagai aturcara menarik bakal dijalankan seawal waktu Subuh. Insha Allah jika berkesempatan Zumal akan mengikuti Khutbah Jumaat yang bakal disampaikan oleh Mufti Perlis, SS. Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin. Pelbagai lagi aturcara yang bakal dijalankan dan korang boleh rujuk pada jadual di bawah. 




Bagi korang yang ingin berkampung di Perkampungan Sunnah 2015 ini, antara hotel yang boleh korang menginap adalah seperti Hotel Putra Palace, Hotel Seri Garden, Hotel Federal, Hotel Kangar, Hotel Sri Mawarni Inn dan banyak lagi hotel berdekatan Masjid Alwi ini. Jumpa anda di sana...

12 comments:

  1. bagusnyaaa program gini.
    Jemput join GA nani :D

    ReplyDelete
  2. Best nya dapat join majlis ilmu macam ni..

    ReplyDelete
  3. bagusnya ade buat program2 camni :D

    ReplyDelete
  4. menariknya! nak p tapi jauh sangat T___T

    ReplyDelete
  5. Satu program menarik dan berilmu..semoga bermanfaat buat semua..

    ReplyDelete
  6. Menarik event nya..kalau dekat boleh pergi :)

    ReplyDelete
  7. Bestnya.. mmg seronok klu dpt sertai majlis ilmu mcm ni.. subhanallah...

    ReplyDelete
  8. semoga mrk yg berada berdekatan menghadirinya ...

    ReplyDelete
  9. Zumal pergi masa solat Jumaat je JM...

    ReplyDelete