1 May 2015

NAIK KE TAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ada tak yang keletihan beratur kat stesen minyak tadi? Jangan percaya khabar angin yer. Propa je tu. Ada lagi yang korang tak perlu percaya sangat apa cakap dia walaupun dia menteri k. Kenal kan siapa dia. Tak perlu Zumal mention nama Datuk tu sebab cakap pasal gst pasti teringat tentang dia... Sorry Datuk... 

Setiap hujung bulan mesti ada yang memviralkan harga minyak akan naik. Dan sudah pasti hari terakhir hujung bulan mesti jem dekat setiap stesen minyak. Kekadang sampai minyak habis stok. Zumal kurang percaya berita nie sebab Zumal anggap seperti dorang sengaja nak upkan sale minyak setiap hujung bulan. Tauke stesen minyak pasti tersenyum luas seperti Doraemon. 

Pada Zumal itulah sebab kenaikan harga minyak tu diviralkan. Sementara beratur panjang nak isi minyak, barangan kat kedai serbaneka di stesen minyak pun akan laris. Kemudian ada bagi restoran makanan segera yang berada di stesen minyak juga mendapat tempias pelanggan. Cara promosi yang hebat tu... Ini adalah pandangan peribadi Zumal, jangan ada yang sentap yer. Salam hari pekerja dan selamat bercuti...

13 comments:

  1. viral benda yang bagus tak pelah..contohnya viral supaya solat 5 waktu pada awal waktu..

    ReplyDelete
  2. mainan je
    harapan lah najib nk bg minyak trun

    ReplyDelete
  3. Harga minyak jadi viral pulak setiap hujung bulan

    ReplyDelete
  4. mcm2 la... kejap naik kejap turun.. haih -.-

    ReplyDelete
  5. mmg wat suspen je psl hrga minyak ni..td pg sy gi isi minyak, panjang lebar sy bertanya kt budak cashier haha.. apapun, kalau minyak 95 kna gst atau naik hrga, mmg confirm blood pressure pun naik huhu (mintak dijauhkan)

    ReplyDelete
  6. ada je nak buat suspen kan ...

    ReplyDelete
  7. ada yang peliknya..kalau benda yang naik cepat je..kalau turun lambat je

    Salam motivasi dan happy blogwalking dari admin blog mrhanafi.com

    ReplyDelete
  8. MAcam2 viral sekarang ni..harga topup la..harga minyak la..semua GST punya pasal la ni..pening2..hehe

    ReplyDelete
  9. tu la. tiap2 bulan dengar. tapi aku memang jenis yang payah nak percaya unless aku dengar daripada berita kat tv atau radio.

    ReplyDelete
  10. Tak strategik klu naik waktu sekarang ni sbb nak pilihanraya kecil... wallahualam..

    ReplyDelete