1 Jun 2015

MASA URUSNIAGA KIOSK DUNIA ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maafkan Zumal kerana membiarkan blog nie bersawang yer. Almaklum sejak Zumal berkecimpung dalam alam bisnes nie, Zumal masih belum sempat menyesuaikan diri dengan masa yang ada. 

Di sini ada tak yang teringin melawat kiosk Zumal tu? Ade ke? Sorry sebab perasan lebih. Poyo aje kan Zumal nie. Ok, Zumal nak ceritakan masa Zumal berurusniaga di kiosk Zumal. Sebelum tu lokasi kiosk Zumal adalah di Plaza D'Mara Utan Aji, Kangar. Bila korang masuk je melalui pintu utama plaza tu korang akan jumpa kiosk Zumal dahulu. Plaza tu kat mana? Korang boleh jadikan McD Kangar sebagai landmark ke plaza tersebut. Ianya terletak bersebelahan McD Kangar. Lagi satu lokasi plaza juga berdekatan dengan projek K-Parc. Berbalik kepada tujuan asalnya Zumal nak beritahu masa Zumal berurusniaga di kiosk.

Masa Urusniaga
Hari Isnin hingga Jumaat (5.00 petang hingga 10.00 malam)\
Hari Sabtu (1.00 tengah hari hingga 10.00 malam)
Hari Ahad (1.00 tengah hari hingga 7.00 malam)


Barangan Jualan
- Produk kesihatan
- Barangan Sunnah (Kurma, Madu, Habatusauda, Kismis, Cuka Kurma, Minyak Zaitun)
- Permainan Kanak-kanak (Lego dan lain-lain)
- Aksesori Telefon (Monopod, simkad BestMobile)
- Lain-lain (Pepero, Kuih muih)





#sorry yer Zumal belum sempat membalas kunjungan korang lagi. Insha Allah keadaan tak busy nanti Zumal ziarah blog korang...

21 comments:

  1. Terbaik Zumal.. saya sentiasa mendoakan kejayaan kengkawan. All the best & semoga segala urusan berjln lancar dan diberkati.. Semoga menjadi usahawan berjaya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  2. lama tak xjenguk sini sampai xtau pon zumal berniaga kecil2lan
    tahniah zumah
    semoga terus melangkah jaoh
    kalau dekat2 dah boleh singgah kenal zumal
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Teruskan usaha zumal..all the best tau..

    ReplyDelete
  4. wahhh . semoga dipermudahkan segala urusan di kiosk :)

    ReplyDelete
  5. http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2015/05/hadiah-birthday-daripada-blogger-dunia.html

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat berniaga macam nie..sambil-sambil tunggu pelanggan boleh online untuk blogwalking

    ReplyDelete
  7. bagusnya dah ada bisnes sendiri. semoga terus maju!

    ReplyDelete
  8. alhamulillah ... sis doakan semoga rezeki zumal terus melimpah ...

    ReplyDelete
  9. alhamulillah ... sis doakan semoga rezeki zumal terus melimpah ...

    ReplyDelete
  10. Assalam zumal,
    Alhamdulillah
    moga bisnes bertambah maju AMIN

    ReplyDelete
  11. semoga berjaya dgn bisnes...

    ReplyDelete
  12. good luck in your business je zumal

    ReplyDelete
  13. All the best DZ..semoga perniagaan bertambah maju dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  14. semoga Zumal dimurahkan rezeki dengan berniaga nih..

    ReplyDelete
  15. bagus nyer bila dapat buat bisnes ni kan....kesungguhan akan membuahkan hasil hihih

    ReplyDelete
  16. saya bangga dengan zumal sebab dah boleh buka kiosk sekarang. tahniah zumal. saya doakan semoga perniagaan zumal berjaya.

    ReplyDelete
  17. bestnya zumal...semoga perniagaan yang zumal jalankan akan bertambah maju dab sentiasa di murahkan rezeki....

    ReplyDelete