Booking.com
Booking.com

30 May 2015

DI SINI LAHIRNYA BINTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi nie Zumal nak menceritakan sedikit pasal sekolah ataupun lebih menjurus kepada tokoh sukan kelahiran sekolah. 

Sebelum SMK Syed Hassan menjadi sekolah sukan negeri, sekolah telah pun melahirkan bintang sukan yang terkenal. Bukan sahaja di peringkat negeri bahkan mereka menempa nama di peringkat antarabangsa. Setelah menjadi sekolah sukan negeri, maka lebih ramai bintang sukan kini tergilap bakatnya di SMK Syed Hassan. SMK Syed Hassan secara rasmi menjadi sekolah sukan negeri pada tahun 2008.

Perasmian Galeri Sukan SMK Syed Hassan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia pada 29 Mei 2015 (semalam) adalah amat wajar. Di galeri inilah dapat dititipkan sejarah dan kegemilangan sekolah dan para pelajarnya. Galeri sukan ini juga dapat memotivasikan atlet sekolah untuk memantapkan diri dalam bidang sukan yang diceburi mereka. 


Galeri Sukan SMK Syed Hassan ini dahulunya adalah pejabat sekolah yang menempatkan bilik pengetua dan pentadbiran sekolah. Antara bintang sukan kelahiran SMK Syed Hassan adalah Saidin Osman (bola sepak), Ibrahim Saad (bola sepak), Sairul Amar Ayob (badminton), Mohd Nasir Ismail (sepak takraw), Suhardi Hassan (basikal) dan Ahmad Amsyar Azman (terjun). 



Semalam pihak sekolah turut memberikan anugerah khas buat bintang atau tokoh sukan kelahiran SMK Syed Hassan. 

Suhardi Hassan dan Sairul Amar Ayob
Semalam bergambar dengan dorang tapi gambar tu tak dapat diselamatkan 

Antara pingat dimenangi oleh pelajar

Basikal ini pernah digunakan oleh Suhardi Hassan
dalam Le Tour De Langkawi
Harganya RM35k tau...

Antara piala yang pernah dimenangi

Barisan guru SMK Syed Hassan bergambar kenangan di galeri sukan sekolah 

15 comments:

  1. selamat berhujung minggu...sekolah sukan yang terkenal di utara ni...tumpang berbangga dgn kejayaan pelajar2nya.

    ReplyDelete
  2. Kalu lg ramai bintang d lahirkn... x lama lg bleh jd mcm SSBJ

    ReplyDelete
  3. tak sangka Amsyar Azman pun pernah bersekolah kat sekolah tu.

    ReplyDelete
  4. bagus juga diadakan galeri sukan mcm nie, sbagai mengenang tokoh2 sukan yg pernah bersekolah kat situ...

    ReplyDelete
  5. Berjasa sekolah ni..bnyk lahirkan atlit untuk negara..

    ReplyDelete
  6. Pencapaian sekolah yg membanggakan dan pastinya menjadi motivasi semangat buat pelajar kini serta generasi seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  7. sekolah sukan? kiranya kalau minat sukan masuk sekolah ni kan berbaloi....ramai yg terima anugerah

    ReplyDelete
  8. Ramai betul ahli2 sukan yg pernah bersekolah kat situ ye. Mmng satu pencapaian yg bagus

    ReplyDelete
  9. good job sekolah ni..semoga melahirkan lagi ramai bintang masa hadapan.. kita sekarang memang kentandusan bitang-bintang yang menyerlah di peringkat antarabangsa..

    ReplyDelete
  10. Ramai juga bintang sukan yg bersekolah disni :)

    ReplyDelete
  11. Suhardi Hassan memang MV minat masa dia berbasikal dahulu

    ReplyDelete