Booking.com
Booking.com

30 May 2015

DI SINI LAHIRNYA BINTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi nie Zumal nak menceritakan sedikit pasal sekolah ataupun lebih menjurus kepada tokoh sukan kelahiran sekolah. 

Sebelum SMK Syed Hassan menjadi sekolah sukan negeri, sekolah telah pun melahirkan bintang sukan yang terkenal. Bukan sahaja di peringkat negeri bahkan mereka menempa nama di peringkat antarabangsa. Setelah menjadi sekolah sukan negeri, maka lebih ramai bintang sukan kini tergilap bakatnya di SMK Syed Hassan. SMK Syed Hassan secara rasmi menjadi sekolah sukan negeri pada tahun 2008.

Perasmian Galeri Sukan SMK Syed Hassan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia pada 29 Mei 2015 (semalam) adalah amat wajar. Di galeri inilah dapat dititipkan sejarah dan kegemilangan sekolah dan para pelajarnya. Galeri sukan ini juga dapat memotivasikan atlet sekolah untuk memantapkan diri dalam bidang sukan yang diceburi mereka. 


Galeri Sukan SMK Syed Hassan ini dahulunya adalah pejabat sekolah yang menempatkan bilik pengetua dan pentadbiran sekolah. Antara bintang sukan kelahiran SMK Syed Hassan adalah Saidin Osman (bola sepak), Ibrahim Saad (bola sepak), Sairul Amar Ayob (badminton), Mohd Nasir Ismail (sepak takraw), Suhardi Hassan (basikal) dan Ahmad Amsyar Azman (terjun). 



Semalam pihak sekolah turut memberikan anugerah khas buat bintang atau tokoh sukan kelahiran SMK Syed Hassan. 

Suhardi Hassan dan Sairul Amar Ayob
Semalam bergambar dengan dorang tapi gambar tu tak dapat diselamatkan 

Antara pingat dimenangi oleh pelajar

Basikal ini pernah digunakan oleh Suhardi Hassan
dalam Le Tour De Langkawi
Harganya RM35k tau...

Antara piala yang pernah dimenangi

Barisan guru SMK Syed Hassan bergambar kenangan di galeri sukan sekolah 

29 May 2015

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN GALERI SUKAN DAN KARNIVAL JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi tadi Zumal telah menghadiri Majlis Perasmian Galeri Sukan dan Karnival Jubli Emas di SMK Syed Hassan iaitu dimana Zumal pernah bersekolah dari tahun 1997 sehingga 2003. 


Zumal pergi ke majlis kira-kira jam 8.30 pagi. Cuma majlis bermula sejam selepas tu sepatutnya. Pada tepat jam 9.00 pagi baru Zumal menonjolkan diri di dewan sekolah. Mulai 9.15 pagi baru ada para jemputan yang hadir. Lebih kurang jam 9.40 Pengarah Pendidikan Perlis pula hadir diikuti oleh ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Puan Asmaiza Ahmad dan diikuti pula oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Tuan Haji Hamdan Bahari. Pada jam 10.10 pagi Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bersama suaminya Datuk Hj. Ridzwan Abd Hamid, Pengarah Yayasan Kepong. Sejurus itu, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Kemudian kami dipersembahkan dengan nyanyian koir oleh para pelajar aliran muzik SMK Syed Hassan.


Kemudian majlis diteruskan pula dengan bacaan doa. Selepas itu diteruskan pula dengan ucapan Tuan Pengetua. Sejurus itu, majlis diteruskan pula dengan ucapan perasmian oleh KSU KPM. Dalam ucapannya KSU memaklumkan bahawa projek pembinaan sekolah sukan negeri yang baru akan diteruskan semula setelah tertangguh sebelum ini.

Ucapan Tuan Pengetua

Ucapan Perasmian KSU KPM
Setelah sempurna dirasmikan, majlis diteruskan dengan anugerah khas bersempena Karnival Jubli Emas dan Perasmian Galeri Sukan. 

Insentif kemenangan Bola Sepak Liga KPM 2014 kerana sekolah telah menjadi johan liga. Penerima anugerah adalah Cikgu Noor Rashid bin Osman yang juga coach bola sepak sekolah.


Selepas itu Anugerah Guru Berjasa Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 2014 dianugerahkan kepada Cikgu Azizul Abidin. Anugerah berikutnya adalah Anugerah Pengurusan PKKI Terbaik Negeri Perlis 2014, dan penerimanya adalah Cikgu Azuralidza Zakaria. Anugerah berikutnya adalah kepada Cik Halijah Hashim kerana asrama sekolah tercalon di Peringkat Kebangsaan Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT). Anugerah berikutnya pula kepada pelajar yang mewakili negara  dalam Kejohanan Hoki Jemputan Bawah 16 tahun di Perth, Australia. Berikutnya pula Anugerah Kecemerlangan Sukan kepada Ariya a/p Chulap kerana memenangi pingat gangsa 100m Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2015.






Selesai penyampaian anugerah maka selesailah majlis. Kemudian para tetamu dibawa melawat Galeri Sukan Sekolah. Kemudian tetamu dibawa ke gerai pameran dan jualan serta melawat asrama sekolah.















KARNIVAL JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini sekolah Zumal iaitu SMK Syed Hassan, Perlis telah pun menyambut Sambutan Jubli Emas iaitu pada 30 April 2015. Pada tarikh itu ia merupakan pelancaran secara rasmi Sambutan Jubli Emas SMK Syed Hassan dan ianya tidak berakhir hanya di situ tapi ia merupakan detik permulaan sambutan. Justeru itu entri kali ini adalah untuk mengwar-warkan majlis bersempena Sambutan Jubli Emas SMK Syed Hassan.

Pada 29 Mei 2015 (Jumaat) ini, SMK Syed Hassan bakal mengadakan Karnival Jubli Emas dan Majlis Perasmian Galeri Sukan SMK Syed Hassan yang bakal dirasmikan oleh KSU KPM Tan Sri Dr Madinah bt Mohamad.

Aturcara majlis:
9.30- ketibaan tetamu jemputan
9.45 - ketibaan Pengarah Pendidikan Perlis.
10.00 - ketibaan KSU KPM bersama suami
- persembahan
- aluan pengacara
- doa
- ucapan pengetua
- ucapan KSU KPM
- penyampaian anugerah
- perasmian galeri sukan
- lawatan ke gerai, pameran, permainan
- lawatan ke asrama
- bersurai.

Oleh yang demikian pihak SMK Syed Hassan menjemput semua alumni SMK Syed Hassan untuk hadir bagi memeriahkan majlis. Kita jumpa di sana. Sekian, terima kasih.

28 May 2015

CPUV 85, 86 & 87

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah walaupun Zumal sedikit lalai mengupdate blog ini tetapi pihak Nuffnang tetap setia memberikan CPUV buat bekalan Zumal. Kali ini pihak Nuffnang memberikan blog Zumal beberapa CPUV baru iaitu, McDonald's Family (PC), Maxis OnePlus One dan juga Colgate 360 Charcoal Gold.


Walaupun tak dinafikan CPUV blog Zumal agak kurang berbanding awal tahun hari tu tetapi yang sedikit ini tetap dinamakan rezeki. Alhamdulillah. Semoga lepas nie, Zumal dapat memaintainkan mengupdate blog dan diberikan CPUV lebih banyak lagi. 

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang dan rakan-rakan blogger yang sentiasa support blog Dunia Zumal ini. Insha Allah Zumal akan membalas kunjungan korang yer...

27 May 2015

NIKMAT BERNIAGA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini versi life update ketika sedang berniaga. Sekarang Zumal masih berniaga di kiosk sehingga jam 10.00 malam ini. Kali nie Zumal nak kongsikan apa yang Zumal rasa sejak menceburi bidang perniagaan ini.

Seperti yang tahu, Zumal nie part time blogger aje. Kerja pun skop part time juga. Kerja sambilan harian di sebuah jabatan kerajaan. Gajinya Zumal terus terang kat sini RM54 sehari. Cuti potong gaji walaupun ada mc. Bukan tak syukur gaji sebanyak tu tapi ada peluang kita grab apa salahnya. Walaupun kerja Zumal tu gajinya RM 54 tapi bila berniaga nie dapat RM2 pun Zumal dah rasa teruja sangat. Nikmatnya rasa lain. Itulah manfaat dari rezeki berniaga. Penat lelah dari usaha sendiri. 

Kenapa Zumal berniaga? Pertama sebab berniaga rasa bebas. Kedua lebih peluang untuk meningkatkan diri. Ketiga, masa bersama keluarga tu lebih. Kalau kerja ontime kena punch card, berniaga nie boleh gak sarapan sama-sama dengan tok. Lunch dengan tok. Tok tak rasa kesorangan. Lagi pun Zumal tak suka kerja dengan orang atau diberi arahan itu ini. Walaupun kerja sendiri lebih berat dari arahan orang tu, tapi dalam jiwa nie tak ada sikit tekanan pun. Dalam Al Quran pun dah sebut rezeki nie 9/10 adalah berniaga. Lagi pun Zumal terdedah dengan perniagaan sejak umur 12 tahun. Nak tahu? Nanti Zumal ceritakan sejarahnya... hehe...

24 May 2015

Lyanaz Beauty Care Babies Blinks

Advertorial

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari nie zumal nak review produk kecantikan. Almaklum la raya pun hampir tiba pasti ada yang nak kelihatan cantik dan menawan pada Syawal nanti.

Pernah dengar Babies Blinks? Pada yang mengikuti perkembangan produk kecantikan pasti korang tahu. Produk ni keluaran syarikat bumiputera iaitu Lyanaz Beauty Care. Produk ini didatangkan 1 set mengandungi Antibiotik Day Cream, Magic Night Cream, Sabun Glutacoll dan Serum.

Kelebihan produk adalah untuk mengecilkan pori-pori wajah, mencerahkan wajah 5 kali ganda agent pemutih, menjadikan kulit cerah dan pinkish, melicinkan kulit secara maksimum, membantutkan pertumbuhan jerawat, menghilangkan jeragat seawal 5 hari, melembabkan kulit serta mengimbangi minyak berlebihan. 1 set adalah untuk penggunaan sebulan. Sesuai untuk umur 12 tahun ke atas.

Kandungan Set

1. Sabun Glutacoll (NOT140405964K)
- untuk menghilangkan bintik hitam
- mengecutkan jerawat
( cuci muka 2 kali sehari gunakan sabun ini)

2. Magic Night Cream ( White )
(NOT140405963K)
- menghilangkan jerawat
- memudarkan parut jerawat dan parut hutan
- menggebu dan menghaluskan kulit
- mencerah dalam 24 jam
- kulit lebih pinkish dan mental
- mengecilkan pori ~ sesuai untuk semua jenis kulit
( gunakan sebelum tidur sesuai untuk seluruh badan juga pada bibir)

3. Antibiotik Day Cream (Yellow)
(NOT140405962K)
- cegah pertumbuhan jerawat
- meresap minyak di muka menjadi lembapan ~ kulit bebas minyak
- mengawal pori dari tersumbat
- membuat kulit segar dan berseri
- memberi perlindungan penuh dengan SPF 35
- sesuai semua jenis kulit
(Gunakan pada waktu pagi)

4. Serum

Jika korang berminat membeli Babies Blinks ini boleh order sekarang. Harga promosi cuma RM40 sahaja termasuk pos seluruh Malaysia. WhatsApp / sms / call Maya di 0174696640...


23 May 2015

FASA BARU

Assalamualaikum dan sejahtera semua. Selamat berhujung minggu kepada korang. Tengah buat ape tu? Bercuti? Berehat? Alhamdulillah, peruntukan masa berharga ini buat keluarga.

Fasa baru? Ehem, bukan Zumal buat projek perumahan kay. Cuma fasa baru dalam perjalanan hidup seharian Zumal. Hari nie percubaan untuk Zumal buat kesekian kalinya. Apakah itu? Untuk pengetahuan korang hari nie Zumal memulakan projek 2015 yang telah Zumal rancangkan sejak tahun lepas. Projek apa tu? Bisnes. Sekarang Zumal buat part time berniaga di D'Mara Plaza Utan Aji. Zumal hanya menumpang di kiosk sahabat Zumal. Semoga permulaan kali ini membuahkan hasil. Insha Allah.


Apa yang Zumal jual? Rakan Zumal menjual barangan sunnah seperti kurma, minyak zaitun, madu, cuka kurma, kismis dan pelbagai produk dari Timur Tengah. Zumal pula menambah skop barangan di kiosk itu dengan menjual barang permainan. Lari tajuk kan? Bukan tajuk entri tapi tema bisnes rakan Zumal tu. Sebelum nie rakan Zumal hanya buka kiosknya dari pukul 5.00 petang ke 7.00 malam aje. Bila Zumal mula join, masa perniagaan start dari pagi la. Itupun bila Zumal cuti. Tapi kalau stabil insha Allah Zumal cuti terus jer.

Permainan yang Zumal jual nie fokus kepada lego. Zumal jual apa yang Zumal suka sebenarnya. Boleh gitu? Lego pun bukan sekadar atur brick tu aje tapi kini ada pelbagai jenis lego. Kalau suka kepada permainan yang berkonsep keluarga, ada lego friend. Kalau ada yang minat pasal bandar-bandar dan kenderaan ada lego city. Banyak la. Tak tertulis kat sini. Bagi pengumpul watak superhero atau figura, lego keluaran khas pun ada seperti ironman, agents of shield, hulk, star wars, captain america dan pelbagai lagi. 

Pengumpul watak figura nie pula bukan la kanak-kanak tapi lebih kepada orang dewasa. Dewasa macam Zumal. Ye ke? Ye la sebab kecik-kecik dulu tak dapat main macam-macam jadi sekaranglah masanya bermain. Eh bukan main la. Kumpul aje. Buat koleksi. Sesiapa nak boleh hubungi Zumal yer. 

Perancangan seterusnya Zumal nak jual aksesori telefon bimbit pula kerana di plaza tempat Zumal berniaga nie tak ada kedai telefon bimbit. Dan disebabkan Zumal juga brand partner BestMobile jadi masa akan datang Zumal nak jual kadsim BestMobile di situ. Korang dah tahu pasal BestMobile? Belum lagi? Rugi tak ambil tahu ok. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

22 May 2015

CUTENYA AWAK

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Alhamdulillah penghulu hari dah tiba, tandanya besok cuti. Boleh tak perangai gitu? Kalau korang nak tahu, minggu nie 2 hari je Zumal masuk kerja, cuti memanjang. Hah, macam tak sayang kerja jer. Kaki Zumal kekejangan lagi, sebab tu Zumal cuti. Lagipun ofis Zumal tak ada lif, kaki pula tak dapat melangkah. Masa cuti bukan duduk rumah berehat tapi buat benda lain. Urusan daftar ssm dan set up bisnes Zumal. Kerja yang tak perlu naik tangga Zumal boleh buat. Tapi jangan suruh duduk, kalau duduk nak bangun semula rasa pedih kat paha nie. Entah la. Doktor cakap masalah saraf dan kurang kalsium. Bila nak sembuh pun tak tau. Panjang giler mukadimah tak ada kena mengena dengan tajuk.

Ok. Kita berbalik kepada jalan benar. Opocot. Tadi silap jalan ke? Ada tersasar. Cute? Siapa yang cute tu wahai Encik Zumal? Eh, korang tak tahu ke? Mesti la Zumal. Ops, jangan muntah kay. Sebenarnya korang yang tengah baca entri nie la yang sangat cute... Macam comel jew. Hehe... 

Ops, tersasar lagi sebenarnya. Tapi betul korang memang cute yer. Cuma nak cerita semalam Zumal pergi pejabat pos Kangar. Eh bukan nak cerita pasal kerani pos tu cute... Tak la. Tapi kat ssm ada la yang cute. Hehe. Zumal, bawa mengucap kay. Zumal pergi pejabat pos untuk bayar bil air dan membeli setem. Setem! Yes setem tu la yang cute. Tambahan pula ada gambar kucing. Zumal nie kan penternak kucing yang berjaya sebab tu suka giler bila nampak kucing walaupun lukisan atas setem. Tak pasal-pasal Zumal beli setem tu lebih untuk simpan. Jadi pengumpul setem pulak!!!

Nak tengok setem tu? Tak leh, kena bayar dulu. Satu singgit kay. Gurauan je. Meh la Zumal tunjuk betapa cute setem yang Zumal beli tu...

Cute ke tidak? Macam tuan punya setem aje kan?
#sejujurnya korang lagi cute dari setem dan Zumal. Hehe...

21 May 2015

TERIMA KASIH JARI MANIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selepas pulang dari membeli makanan tengah hari tadi Zumal terjumpa sesuatu dalam postbox. Satu sampul kecil berisi sesuatu. 

Setelah masuk ke dalam rumah, Zumal terus membuka sampul tersebut. Tetiba terasa kedinginan dari Korea. Nampak sangat menipunya yer. Sebenarnya Zumal terima hadiah dari sis Jari Manis a.k.a JM. Cenderahati tu adalah ketip kuku yang sangat comel yang ada gambar bendera Korea dan keychain. Sangat comel. Zumal suka sangat hadiah ini. Terima kasih yer JM...

Kepada korang yang belum kenal sis JM, beliau nie adalah seorang travel blogger. Dah hampir 1 dunia beliau telah menjelajah. Banyak tempat menarik yang JM kongsikan di blognya. Korang juga boleh dapatkan tips untuk melancong di blog JM. Satu yang sangat best, korang boleh dapatkan panduan perjalanan secara terperinci dari JM. Kalau korang ke tempat tu berpandukan blog JM, confirm korang tak akan sesat. Nak kenal JM jom terbang KE SANA

#Tahun nie kemana lagi JM nak travel yer?

DAPAT JUGA DAFTAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah perancangan yang Zumal nak buat dah berjaya. Apalah yang Zumal nak merepek pepagi nie kan? Poyo lah... Hehe...

Sebelum nie, kita disarankan mendaftar perniagaan online kita di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kan. Zumal dah daftar dulu. Tapi masalahnya nama komersial tu tak ada kena mengena dengan blog. Pada tahun 2008-2010 Zumal daftar Pesona Rafflesia Enterprise, kemudian tahun 2011-2013 Zumal pakai My Kayangan Management dan tahun 2014 Zumal pakai pula AZM Prima Utara. Kononnya nama tu nampak grand la. Grand tak? Poyo je kan...

Semalam Zumal bertekad nak ubah nama perniagaan kepada nama Dunia Zumal. Alhamdulillah nama tu masih tak ada orang grab. Jadi senang la dalam bisnes kad Zumal just letak satu ja nama. Yang lain tak nak pakai dah. Sekarang segala perniagaan didaftarkan dibawah satu nama iaitu Dunia Zumal. No pendaftaran Zumal adalah RA0037398-T. 

Insha Allah minggu depan Zumal start berniaga di kiosk D'Mara Utan Aji, Perlis. Zumal share je kiosk nie sebab tak sempat nak grab satu dah ada orang kebas. Zumal jual mainan kanak-kanak aje... Doakan Zumal berjaya k...

19 May 2015

SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2015 BAKAL MENJELMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih ingat detik 8 Mac 2014? Bukan pasal MH370 tapi event yang paling hebat untuk para blogger iaitu Sepetang Bersama Blogger 2014 yang diadakan di Saloma Bistro di Jalan Ampang tu. Kalau korang nak tahu, Sepetang Bersama Blogger 2015 bakal menjelma tak lama lagi. Tahu tak? 

Pada Zumal, Sepetang Bersama Blogger atau singkatannya SBB ini adalah event blogger yang dianjurkan oleh Denaihati. SBB merupakan event yang Zumal tafsirkan sebagai event blogger berskala besar kerana ia dapat menghimpunkan para blogger seluruh Malaysia bahkan untuk Asia. SBB juga mampu memotivasikan blogger-blogger untuk terus aktif berblog terutama blogger baru kerana ia juga menyelitkan perkongsian ilmu oleh para otai blogger yang amat bermanfaat. 


Kali ini SBB bakal diadakan pada 13 Jun 2015 (Sabtu) di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya. Untuk pengetahuan korang kali ini SBB akan adakan aktiviti outdoor iaitu Treasure Hunt. Menarik kan!!! 

Tahun ini, sekali lagi Yeo's menjadi penaja utama untuk SBB. Kepada yang pernah pergi mesti terbayang akan hadiah macam tahun lepas. Tahun nie hadiah pun hebat juga. Nak dapat hadiah kenalah sertai.



Pada Zumal, hadiah tak penting tapi paling penting adalah aktiviti bersama rakan-rakan blogger yang lain. Di samping dapat berkenal-kenalan, kita dapat gak ilmu daripada para otai blogger dan juga dapat jumpa blogger glamour macam retis yer. Berikut adalah aturcara yang bakal diadakan semasa SBB nanti.


Macam mana? Nak join tak? Kepada yang nak join, jom daftar DI SINI.

17 May 2015

RANKING ALEXA DUNIA ZUMAL


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tergerak hati nak check ranking Alexa. Klik-klik jer terkejut Zumal tengok. Kenapa? Tengoklah ranking Zumal dari 20k dah jadi 8,180. Alhamdulillah sangat.

Moga lepas nie ranking blog Zumal makin baik dan moga lepas nie job review kembali masyuuuuk... Insha Allah...

GEMPAR KUCING ZUMAL NAMPAK SESUATU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hujung minggu camni Zumal rehat di rumah dan buat kerja rumah aje. Paling best hujung minggu nie cuti 3 hari sebab hari nie Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis. Oleh itu besok adalah cuti ganti. 

Berbalik kepada tajuk tu kan, ape yang kucing Zumal nampak? Mesti korang nak tahu ye tak? Tak nak? Nasib la Zumal nak cerita gak... Masa tu Zumal baru lepas jemur pakaian di ampaian. Jeng jeng jeng...

Gambar nie telah dicrop dari gambar asal

Hah, sampai bergayut mereka di dalam sangkar. Apalah yang mereka nampak tu kan? Nanti Zumal perlihatkan kepada korang gambar sebenar yer. Baca habis dulu okay. Paling penting jangan scroll entri ini sebelum korang baca. Suspend sikit. Kepada yang ada masalah jantung please jangan scroll yer. Kalau nak jugak, Zumal tak tanggung risiko. Korang yang ambil risiko kan?

Jom tengok gambar asal di bawah...

Pastikan korang tak ada masalah jantung...



















Maafkan Zumal yer kucing tu tengok mamat poyo masuk rumah lepas dia jemur pakaian tadi..Maaf jika korang terpedaya... Hehe, gurau aje yer...

16 May 2015

GURUKU TERSAYANG

Lirik Lagu Guruku Tersayang


Pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku
di pundak…

Selamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku menantikan kami..

Reff :
Guruku tersayang
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
Tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…

Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..

Selamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku menantikan kami..

Reff::
Guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…

Nyatanya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..

Ulang Reff Kedua...

video

<SELAMAT HARI GURU>


#bila betul-betul feel memang keluar air mata... istimewa buat semua guru...

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah hari yang amat bermakna buat warga pendidik. Tanpa didikan kemanalah arah tuju kita. Begitulah betapa pentingnya profession sebagai seorang guru.

Hari Guru 2015 pada kali ini bertema Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Guru bagaikan lilin membakar diri memberi cahaya kepada orang lain. Begitulah pengorbanan seorang guru.

Sempena sambutan Hari Guru 2015 ini Zumal ingin mendedikasikan ucapan selamat hari guru kepada seluruh guru di Malaysia terutama guru-guru yang pernah mengajar Zumal bermula di Tabika Perpaduan Bunga Raya Repoh, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Universiti Utara Malaysia dan guru-guru Al Quran Zumal, Pak Omar, Mak Cik Aisyah, Allahyarham Pak Can dan Ustaz Hashim. Terima kasih cikgu...

Zumal sendiri dibesarkan oleh guru iaitu tok wan Zumal. Kerana beliau Zumal kenal ABC, 123 dan Alif Ba Ta. Terima kasih buat Allahyarham Tuan Haji Mohd Alim Bin Ismail.

Arwah Tok Wan Zumal 
Di sini juga Zumal ingin kongsikan gambar-gambar kenangan bersama guru Zumal.



Gambar untuk majalah sekolah semasa Tingkatan 5

Cikgu Ishak
Sir Mariti 

Cikgu Mazila 

Tidak dilupakan juga kepada warga pendidik di dalam keluarga Zumal, Cikgu Shahimi Mohd Alim, Cikgu Haji Hakimi Mohd Alim, Cikgu Hajjah Selmiah Hashim, Cikgu Muzammil, Cikgu Suhana Mohd Alim, Cikgu Makhzani Mohd Alim, Cikgu Inshirah Mohd Alim, Cikgu Nur Diana Makhzani, Cikgu Nur Dalila Makhzani dan ramai lagi yang tak tertulis di sini. Selamat Hari Guru 2015.