30 Apr 2015

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PELANCARAN SAMBUTAN JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang korang tahu sebelum ni Zumal telah menghebahkan tentang Majlis Sambutan Jubli Emas SMK Syed Hassan yang juga merupakan sekolah dimana Zumal dilahirkan sebagai manusia berilmu. Ayat terlebih skema. Alhamdulillah majlis telah berjaya dengan jayanya. 

Majlis bermula jam 8.30 pagi, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Terimbau kembali masa perhimpunan pagi di sekolah masa belajar dulu. 

Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan pelajar. SMK Syed Hassan ini walaupun telah menjadi Sekolah Sukan Negeri tetapi bab bidang seni muzik juga telah maju kehadapan semenjak Zumal bersekolah lagi.


Setelah persembahan nasyid itu majlis diteruskan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan-ucapan oleh YDP PIBG, Pengetua Sekolah dan diikuti ucapan perasmian oleh YB Tuan Haji Hamdan bin Bahari, Speaker DUN Perlis.


Kemudian majlis diteruskan dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh YB Speaker, Tuan Pengetua, YDP PIBG dan YB Asmaiza.



Kemudiannya majlis diserikan dengan persembahan koir pelajar dan kugiran.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan. Anugerah ini merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan. Selain itu, anugerah untuk guru turut diberikan.

Selesai anugerah, para tetamu dihidangkan dengan jamuan. Dan setelah itu diadakan pula Mesyuarat Alumni. SMK Syed Hassan sebelum ini belum pernah mewujudkan Alumni secara rasmi. Dalam mesyuarat ahli jawatankuasa penaja ditubuhkan. Semoga selepas ini Alumni SMKSHSSN dapat mengumpulkan kembali seluruh alumni untuk bersama menjalankan program berkaitan sambutan jubli emas yang akan berterusan sepanjang tahun ini.

Setelah selesai majlis, dapatlah Zumal beramah mesra bersama guru-guru yang banyak memberikan tunjuk ajar buat Zumal selama ini. Selain tu kami sempat juga bergambar bersama.

Bergambar bersama Sir Mariti yang pernah mengajar MUET Zumal dulu

Bergambar bersama Cikgu Ishak yang mengajar Pengajian Am Zumal dulu...
Bergambar terover senyum dengan Cikgu Mazila

12 comments:

  1. wahh dtg melawat sekolah lama. mesti best dpt jumpa balik cikgu2 kita tu

    ReplyDelete
  2. sesekali dapat jumpa cikgu lama best kan? pernah jumpa cikgu masa sekolah, nama jer umah dekat tapi jumpa kat sarawak.. lawak plak Eyda rasa..

    ReplyDelete
  3. Fuhh seronoknua zumal dapat jumpa kawan dan cikgu sekolah lama..untunglaaa..bkn senang nak jumpa camni kalau takde majlis..alhamdulillah majlis berjalan lancar.

    ReplyDelete
  4. Bila menjejak kaki kembali ke sekolah pasti bnyk kenangan pahit manis yg terimbau. Ada kala kenangan tu buat kita sayu kan.. jumpa cikgu balik pun satu perkara yg sgt menyeronokkan.. bestlah.. meriah.. :)

    ReplyDelete
  5. wah sekolah syed hassan...dulu cita2 nak masuk derma...tp apa kan daya xdpat hehe

    ReplyDelete
  6. best gi majlis2 cmni kan.. teringat plak zaman skola dlu :)

    ReplyDelete
  7. it will be a meaningful event to meet up the teachers and ex school mates after so many years
    MY-Emily

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak melawat sekolah ren n men Cik Mimie..hehe :)

    ReplyDelete