25 Apr 2015

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA KARNIVAL MEMANCING

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Awal pagi tadi Zumal berkesempatan menghadiri Program Merakyatkan Seni Budaya Karnival Memancing anjuran JKKN Perlis bersama Kelab 60an Poh Yeh yeh. 
Program dimulakan seawal 8.00 pagi dimulakan dengan Senam Seni 1 Malaysia. Semasa program terserempak dengan Abang Aris yang baru menimang cahaya mata yang juga rakan sekerja Zumal di JKM. Abang Aris juga menjadi peserta. 

Pihak penganjur turut menyediakan joran  buluh untuk para peserta walk in. Tapi korang tetap kena bayar penyertaan walaupun pancing disediakan. 

Selepas para peserta mengambil tempat masing-masing, pelepasan ikan-ikan dilakukan oleh penganjur. Ini kali pertama rasanya karnival memancing dibuat di dalam longkang. Walaupun ia nampak seperti longkang biasa tapi ianya adalah terusan yang menyalurkan air ke bendang berhampiran. Lokasi ini memang sentiasa menjadi port pemancing di Perlis. Ikan sememangnya banyak di sini.



Tidak pun sampai 5 minit pertandingan dimulakan sudah ada peserta mendapat ikan. Antaranya adik-adik kecil seperti dalam gambar tu. Kebanyakan ikan yang mereka dapat ialah ikan keli. Ada juga yang mendapat ikan puyu, lampam, haruan dan tilapia.


Jika korang lihat gambar di atas, plastik  beg yang tergantung itu adalah antara hasil tangkapan peserta pertandingan. Masa gambar di atas diambil, tempat pertama adalah seberat 1.1kg.

Walaupun hari semakin terik, semua peserta masih maintain je termasuk juga Zumal. Peserta pertandingan ini lebih 100 orang. Bukan sahaja peserta dari Malaysia, orang luar negara pun ada. Bahkan ada yang first time memancing.

Semasa pertandingan dilangsungkan, ada juga krew Panorama RTM menjalankan pergambaran di sini. Gambar di atas adalah sesi temuramah pengerusi Persatuan 60an Pop Yeh yeh.

Dalam pertandingan ini para peserta target untuk mendapatkan ikan keli seberat 3 kg yang dilepaskan penganjur. Ikan tersebut hampir beberapa kali dapat didaratkan tapi tidak berhasil. Ada yang putus tali pancing dan ada yang patah kail.


Beberapa minit sebelum masa pertandingan ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari, akhirnya ikan keli seberat 3.06 kg dapat didaratkan oleh peserta di atas. Beliau la yang menjadi juara.


Selepas tamat pertandingan Zumal terus bergegas pulang. Tapi ada sesuatu berlaku. Nantikan perkongsian Zumal dilain siaran yer. Wassalam...

15 comments:

  1. finally this is my first time seeing you post an event you joined
    looks fun and i actually fishing before
    but during my first time and the only fishing experience
    my friend and I got 'DBKL/council fish' consecutively for almost 3 times
    hahaha so eventually we had put to release it back to the lake
    MY-Emily

    ReplyDelete
  2. wah...bestnye..menarik wt program mcm ni...

    ReplyDelete
  3. wah...bestnye..menarik wt program mcm ni...

    ReplyDelete
  4. perghh! besaqnya!!!! kalau classmate zizie ni, mesti dia suka gila la join ni

    ReplyDelete
  5. dkt kampung saya dh jadi satu acara tahunan.. siap hadiah dia motorsikal lg.. syok kdng2 p memacing nih tpi sy kalau masuk prtanding memancing xpernah lak ada peluang.. hehehe

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa , boleh tahan ikan tu

    ReplyDelete
  7. pergh.. kalau dekat, dah lama pi join.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Wahh seronok event mcm ni. Biarpun penat tapi sgt2 berbaloi dan puas hati.. best.. :)

    ReplyDelete
  9. mmg seronok sgt mancing ni...

    ReplyDelete
  10. Assalam zumal,
    baguih event ni
    syok nengok budak tecit pun leh pancing ikan
    kalo iols laaaaaaaaa
    nan hadooooooooooooo gitew he3

    ReplyDelete
  11. syok juga ada xtvt macam ni kan. kalau ayah saya tahu ni, dia la orang yang first join. hahahaha

    ReplyDelete
  12. event memang best giler :) selain dapat berseronok dapat jugak merapatkan silaturahim.. :) terbaikla!

    ReplyDelete
  13. menarik program sebegini..

    ReplyDelete