Booking.com
Booking.com

30 Apr 2015

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PELANCARAN SAMBUTAN JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang korang tahu sebelum ni Zumal telah menghebahkan tentang Majlis Sambutan Jubli Emas SMK Syed Hassan yang juga merupakan sekolah dimana Zumal dilahirkan sebagai manusia berilmu. Ayat terlebih skema. Alhamdulillah majlis telah berjaya dengan jayanya. 

Majlis bermula jam 8.30 pagi, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Terimbau kembali masa perhimpunan pagi di sekolah masa belajar dulu. 

Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan pelajar. SMK Syed Hassan ini walaupun telah menjadi Sekolah Sukan Negeri tetapi bab bidang seni muzik juga telah maju kehadapan semenjak Zumal bersekolah lagi.


Setelah persembahan nasyid itu majlis diteruskan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan-ucapan oleh YDP PIBG, Pengetua Sekolah dan diikuti ucapan perasmian oleh YB Tuan Haji Hamdan bin Bahari, Speaker DUN Perlis.


Kemudian majlis diteruskan dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh YB Speaker, Tuan Pengetua, YDP PIBG dan YB Asmaiza.



Kemudiannya majlis diserikan dengan persembahan koir pelajar dan kugiran.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan. Anugerah ini merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan. Selain itu, anugerah untuk guru turut diberikan.

Selesai anugerah, para tetamu dihidangkan dengan jamuan. Dan setelah itu diadakan pula Mesyuarat Alumni. SMK Syed Hassan sebelum ini belum pernah mewujudkan Alumni secara rasmi. Dalam mesyuarat ahli jawatankuasa penaja ditubuhkan. Semoga selepas ini Alumni SMKSHSSN dapat mengumpulkan kembali seluruh alumni untuk bersama menjalankan program berkaitan sambutan jubli emas yang akan berterusan sepanjang tahun ini.

Setelah selesai majlis, dapatlah Zumal beramah mesra bersama guru-guru yang banyak memberikan tunjuk ajar buat Zumal selama ini. Selain tu kami sempat juga bergambar bersama.

Bergambar bersama Sir Mariti yang pernah mengajar MUET Zumal dulu

Bergambar bersama Cikgu Ishak yang mengajar Pengajian Am Zumal dulu...
Bergambar terover senyum dengan Cikgu Mazila

SAMBUTAN JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri ini adalah sebagai pemakluman khas kepada semua bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar Perlis. Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan akan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Emas pada 30 April 2015 ini dan pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sokongan bekas-bekas pelajar untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut. Sehubungan itu, diminta anda menghubungi pihak sekolah atau dengan Cikgu Noorhashimi Mohd Zain (0135131500) atau Cikgu Mazila Hassan (0134886605) atau Cikgu Azuralidza Zakaria (0104048248) sekiranya anda ingin membantu dan menyumbang tenaga, idea dan dana kepada pihak sekolah.  Pihak sekolah amat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan dari semua bekas pelajar yang disayangi.

Pihak sekolah juga mengalukan wakil setiap kohot (batch) dapat menghantar wakil untuk berbincang dan merealisasikan penubuhan persatuan alumni sekolah. Pihak sekolah bersedia memberi kerjasama dan menyediakan tempat untuk bermesyuarat. Anda yang yang berminat boleh ke link event DI SINI


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 10 Januari 1965 atas nama Sekolah Menengah Kangar (L) pada sesi petang bertempat di belakang Pejabat Pos Kangar sekarang ini. Bilangan murid ketika itu 99 orang lelaki dan 52 orang perempuan. Gurunya pada ketika itu hanya 3 orang. Pada tahun 1966, murid-murid telah bertambah 361 orang dan 14 orang guru. Pada Januari 1967, sekoalh berpindah ke bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah di Jalan Sekolah Derma. Tahun 1967 merupakan kumpulan pertama murid-murid menduduki SRP.

Pada 14 Mei 1968, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail. Upacara perasmian telah disaksikan oleh DYMM Raja Perempuan Perlis, YAB Datuk Menteri Besar, Tan Sri Sheikh Ahmad, YB Menteri Pelajaran, En Mohd Khir Johari, pembesar-pembesar negeri dan rakyat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan telah dijadikan sekolah sukan negeri pada tahun 2010 dan kini dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan Sekolah Sukan Negeri Perlis (SMKSHSSN). Sekolah ini menumpukan perkembangan sukan terutamanya bola sepak, hoki dan olahraga. 

KAITAN DENGAN ZUMAL

Zumal adalah salah seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan ini pada tahun 1997 sehingga tahun 2003. Zumal masuk ke sekolah ini dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 6 Atas. Pelbagai suka duka telah dilalui bersama rakan-rakan. Rakan-rakan batch Zumal masih kekal berhubung hingga kini, kebanyakkan antara mereka telah bertugas di luar Perlis. Setiap kali reunion memang Zumal tak ada kesempatan untuk turut serta kerana mereka selalu adakan majlis di Lembah Klang. Moga tahun nie bersempena Majlis Sambutan Jubli Emas ini kami dapat berkumpul semula.

ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis.

Telefon : 04-9766217
Faks : 04-9776641

29 Apr 2015

NAT SENI BUDAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa Program Merakyatkan Seni Budaya Karnival Memancing pada Sabtu lalu, turut diadakan juga Nat Seni Budaya. Korang yang tak berasal dari Perlis atau Kedah mesti tak tahu apa itu 'nat'. Nat yang dimaksudkan adalah pasar hari seperti pasar tani. Nat Seni Budaya yang dianjurkan oleh JKKN Negeri Perlis ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk tempatan dan tradisional.

Antara produk yang dipamer dan dijual adalah golok (sejenis pisau atau parang bersarung), keris, hiasan meja, senduk tempurung kelapa, tabung buluh, tudung saji, bakul, lukisan kanvas, aksesori wanita, pakaian dan makanan








Sebahagian produk yang dipamerkan ini memang amat sukar kita perolehi di dalam pasaran biasa atau pasar pagi dan pasar malam. Nat Seni Budaya ini memang sesuai seperti namanya. Moga pihak JKKN dapat menganjurkan nat seperti ini dilain kali. Disamping membantu memasarkan produk tempatan, ia juga dapat memberikan info berguna buat generasi baru. Sekian, wassalam...

27 Apr 2015

DAPAT HOT WHEELS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Balik dari Karnival Memancing hari Sabtu lalu, ada Abang Poslaju singgah di rumah. Hairan juga Zumal sebab tak ada pula order apa-apa secara online. Terfikir apa yang ada dalam bungkusan tu. Boleh tahan besar gak bungkusannya. 

Setelah dibuka rupanya ada set kereta Hot Wheels dan fridge magnet dari Nina a.k.a Amanina Mads. Hadiah untuk Mini Giveaway Nina dan Anies yang Zumal join tak lama dulu. 



Zumal suka sangat-sangat dengan hadiah nie. Terima kasih buat Nina dan tak lupa juga kepada Anies yang sama-sama menganjurkan GA tersebut. Nanti Zumal test drive semua kereta tu yer...

Bagi korang yang belum kenal siapa Nina dan juga Anies, boleh terjah ke blog dorang di link berikut, Nina | Anies.

25 Apr 2015

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA KARNIVAL MEMANCING

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Awal pagi tadi Zumal berkesempatan menghadiri Program Merakyatkan Seni Budaya Karnival Memancing anjuran JKKN Perlis bersama Kelab 60an Poh Yeh yeh. 
Program dimulakan seawal 8.00 pagi dimulakan dengan Senam Seni 1 Malaysia. Semasa program terserempak dengan Abang Aris yang baru menimang cahaya mata yang juga rakan sekerja Zumal di JKM. Abang Aris juga menjadi peserta. 

Pihak penganjur turut menyediakan joran  buluh untuk para peserta walk in. Tapi korang tetap kena bayar penyertaan walaupun pancing disediakan. 

Selepas para peserta mengambil tempat masing-masing, pelepasan ikan-ikan dilakukan oleh penganjur. Ini kali pertama rasanya karnival memancing dibuat di dalam longkang. Walaupun ia nampak seperti longkang biasa tapi ianya adalah terusan yang menyalurkan air ke bendang berhampiran. Lokasi ini memang sentiasa menjadi port pemancing di Perlis. Ikan sememangnya banyak di sini.



Tidak pun sampai 5 minit pertandingan dimulakan sudah ada peserta mendapat ikan. Antaranya adik-adik kecil seperti dalam gambar tu. Kebanyakan ikan yang mereka dapat ialah ikan keli. Ada juga yang mendapat ikan puyu, lampam, haruan dan tilapia.


Jika korang lihat gambar di atas, plastik  beg yang tergantung itu adalah antara hasil tangkapan peserta pertandingan. Masa gambar di atas diambil, tempat pertama adalah seberat 1.1kg.

Walaupun hari semakin terik, semua peserta masih maintain je termasuk juga Zumal. Peserta pertandingan ini lebih 100 orang. Bukan sahaja peserta dari Malaysia, orang luar negara pun ada. Bahkan ada yang first time memancing.

Semasa pertandingan dilangsungkan, ada juga krew Panorama RTM menjalankan pergambaran di sini. Gambar di atas adalah sesi temuramah pengerusi Persatuan 60an Pop Yeh yeh.

Dalam pertandingan ini para peserta target untuk mendapatkan ikan keli seberat 3 kg yang dilepaskan penganjur. Ikan tersebut hampir beberapa kali dapat didaratkan tapi tidak berhasil. Ada yang putus tali pancing dan ada yang patah kail.


Beberapa minit sebelum masa pertandingan ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari, akhirnya ikan keli seberat 3.06 kg dapat didaratkan oleh peserta di atas. Beliau la yang menjadi juara.


Selepas tamat pertandingan Zumal terus bergegas pulang. Tapi ada sesuatu berlaku. Nantikan perkongsian Zumal dilain siaran yer. Wassalam...

24 Apr 2015

ESOK PUNYA CERITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bahagianya bila dah tiba hari Jumaat kerana esok dah bermula hari minggu. Hari minggu tanpa sebarang aktiviti terasa amat sunyi dan kebosanan kan? Esok Zumal dikehendaki menyertai program anjuran JKKN Negeri Perlis dan Kelab 60an Pop Yeh yeh Negeri Perlis. Program itu ialah Program Merakyatkan Seni Budaya. Antara pengisian yang menanti pengunjung adalah Program Senam Seni 1 Malaysia, Karnival Memancing, Nat Seni Budaya, Sukaneka, Karaoke dan Persembahan Live Band 60an.

Program ini akan berjalan di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen berhadapan Kompleks JKKN, Persiaran Wawasan, Perlis. Pendaftaran dibuka pada jam 7.00 pagi. Jom kita sama-sama memeriahkannya.





JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Semalam Zumal telah menghadiri satu program anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis iaitu Let's Read Together For 10 Minutes atau Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Program ini telah dijalankan serentak di seluruh negara pada tepat jam 10.00 pagi selama 10 minit bagi memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Perlis mewakili Menteri Besar Perlis. Antara intipati program adalah sesi book review oleh dua orang penuntut IPG Negeri Perlis dan juga oleh seorang tokoh penulisan terkenal iaitu Datuk Rahman Shaari. 

Setiap peserta program semalam diberikan goodies bag yang berisi buku-buku yang berbeza setiap seorang. Zumal dapat buku Hikmah Terapi Air Mata dan Jurnal Warisan Indera Kayangan selain pen dan buku nota. Setiap peserta boleh pilih bahan bacaan mana yang hendak dibaca semasa program yang bermula jam 10.00 pagi itu. Zumal memilih membaca buku Hikmah Terapi Air Mata. Nanti dalam edisi entri lain Zumal kongsikan apa yang Zumal baca. 

Dalam 10 minit tersebut Zumal hanya sempat membaca 7 muka surat sahaja. Semasa program Let's Read Together For 10 Minutes dijalankan selama 10 minit keadaan sekitar sunyi seketika kerana semua fokus membaca dan dirakam oleh lensa-lensa kamera. Program ini juga dijalankan dibeberapa jabatan kerajaan lain di negeri Perlis secara serentak.



Rakan-rakan disebelah khusyuk membaca semasa program

Semua masih khusyuk meneruskan bacaan walaupun sesi 10 minit telah berakhir

Program Let's Read Together For 10 Minutes ini akan dijalankan setiap tahun pada tarikh yang sama. Moga tahun depan Zumal dapat turut serta lagi. Pengarah Perpustakaan Negara Negeri Perlis turut menyarankan untuk semua jabatan dan institusi kerajaan di Negeri Perlis untuk memperuntukkan satu slot book review sekali atau dua kali seminggu dalam mesyuarat dan majlis di peringkat jabatan masing-masing. 

Ucapan pembukaan oleh Pengarah Perpustakaan Negara Negeri Perlis
Book Review oleh Datuk Rahman Shaari tentang buku ' Membaca Manusia'

Semoga program Let's Read Together For 10 Minutes ini berjaya mencapai matlamat meningkatka budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dan program ini mendapat sambutan lebih baik pada masa akan datang. Sekian daripada Zumal, bersama kita memupuk budaya membaca, membaca adalah jambatan ilmu. Wassalam...

21 Apr 2015

GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie baru dapat bermanja-manja dengan blog. Rindu sangat kat blog Dunia Zumal ini beserta rakan-rakan seperjuangan Zumal yang tak jemu terus menyokong kewujudan blog Dunia Zumal ini. Oleh itu kita sama-sama support antara rakan-rakan kita yer.

Hari nie Zumal telah ditag oleh Cik Nadyya dalam Giveaway Sayang by Scha Nazri. Lama rasanya Nadyya tak singgah sini kan. Almaklumlah beliau sudah bekerjaya. Moga Nadyya berjaya dalam kerjaya pilihan. Dan tak lupa juga jutaan terima kasih kerana sudi tag Zumal untuk giveaway ini.

klik untuk join

Bermula 4 April yang lalu sehingga 4 May 2015, Scha telah menganjurkan giveaway yang sangat awesome. Hadiah yang Scha tawarkan sangat menarik. Nak tahu apa hadiahnya? Jom tengok senarai hadiah yang Scha tawarkan untuk korang.

1 x MINT CLUTCH BAG untuk pemenang UTAMA
RM 10 topup x 5 pemenang
10 blog untuk direview setiap minggu

Menarik kan!!! Apa tunggu lagi, klik banner dan join ^-^

Scha nak tahu kenapa nak menang giveaway ini. Kalau Zumal, menang atau tidak itu tidaklah menjadi masalah. Apa pun Zumal sertai untuk support Scha dan rakan-rakan lain juga. Selain itu, dengan menyertai giveaway Scha nie kita dapat mengeratkan ukhwah sesama rakan blogger yang lain... Nak tahu macam mana kita nak eratkan lagi kita tag ramai-ramai untuk turut serta...  Jom tengok siapa yang kena...


Good luck semua ^-^


DI PERSIMPANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minta maaf kerana beberapa hari nie Zumal sedikit sibuk. Dan blog ini terpaksa dianaktirikan. 

Kekadang terfikir apakah ini petanda untuk Zumal tinggalkan sebahagian komitmen hanya fokus pada satu sahaja. Betul-betul dilema. Sekarang Zumal macam ada di persimpangan yang tak tahu ke arah mana nak pergi. Kekadang Zumal rasa kusut sangat memikirkannya. 

Antara kerja, blog, bisnes dan tawaran family. Pening nak buat pilihan. Tapi kalau ikut tawaran family rasanya lebih banyak masa untuk blog Zumal nie. Kerja sekarang tak berat tapi tekanan tu yang berat. Fuh. Pening. 

Terus ke? Nak belok?