Booking.com

7 Mar 2015

UMUR BERSARA 62 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa yang tengok berita tengah hari tadi pasti tahu tentang cadangan Presiden Ceupacs supaya pihak kerajaan melanjutkan umur persaraan dari 60 ke 62 tahun.

Datuk Azih Muda menyatakan kebanyakan negara Eropah, Singapura, Thailand dan lain-lain telah melanjutkan tempoh persaraan ke 65 tahun. 

Presiden Ceupacs, Datuk Azih Muda
Sumber: Astro Awani 

Beliau juga berkata ada yang menamatkan pelajaran ke peringkat PhD dalam umur 50an dan rugi jika mereka hanya sempat bekerja dalam 5 tahun sebelum bersara

Pada pendapat peribadi zumal memang ada pro dan kontra tentang perkara nie. Dalam zumal bekerja di agensi kerajaan ada staff yang memilih bersara pada umur 58 tahun tapi belum sampai masa persaraan mereka sudah sakit-sakit dan terpaksa memohon persaraan awal. Sementara menanti kelulusan itu yang memakan masa beliau sudah tidak bekerja. Perkara sebegitu memberi masalah untuk pengurusan tanggungan kerja beliau. Selain itu beliau juga menghadapi kesukaran dalam menguruskan permohonan persaraan itu.

Selain tu ada yang menjadi kurang produktif pada umur 50an tapi masih bekerja. Disebabkan ada pilihan, memang akan ada memilih untuk bersara lewat tanpa memikirkan faktor kesihatan terlebih dulu. Kekadang tekanan kerja membuatkan seseorang lebih tua dari umur sebenar.

Mungkin penjawat awam kelas A kurang risiko untuk menghadapi masalah kesihatan kerana mereka diperingkat pengurusan. Bebanan mungkin hanya dalam fikiran sahaja. 

Tapi dalam suasana ada mereka yang masih belum bekerja dan memerlukan pekerjaan adakah wajar umur bersara dilanjutkan? Memang kos semakin meningkat tapi pekerja kelas A mempunyai gaji yang besar dan tidak sukar untuk mereka menanggung hidup selepas bersara. Mereka yang muda juga berasa dengan peningkatan kos kerana ada yang berkeluarga dan lebih wajar diberikan peluang. Mereka juga ada yang melanjutkan pengajian tinggi dan punya potensi besar. Bagaimana pada pendapat korang pula? 

15 comments:

  1. Aduhai. Cadang nk lanjut usia persaraan lg? Rasanya mcm tak patut. Bila dah lanjut usia 50 ~60 tahun tu, rasanya perlukan masa untuk diri dan keluarga pula, bukannya bekerja keras lg.

    ReplyDelete
  2. RASANYA UMUR PERSARAAN 60 TU DH PATUT SGT..TIKA USIA SEMAKIN MENINGKAT BERILAH PELUANG KPD DIRI UTK BEREHAT SAMBIL MELAKUKAN PERKARA YG DISUKAI TANPA ARAHAN SESIAPA...

    ReplyDelete
  3. kenapalah nak panjangkan.. hmm.. bagilah can kat orang bawah lak..

    ReplyDelete
  4. Walaupun Diana hanya kerja dekat syarikat swasta...tak tidak wajarlah kan tempoh persaraan di perpanjangkan lagi...60thn dah rasa patut dah...takkan di usia tua masih nak bertungkus - lumus nak kerja lagi....seusia macam tu nak juga hidup bersama keluarga tanpa di bebani tanggungjawab kerja kan...

    ReplyDelete
  5. pd usia itu , manusia jadi makin krg produktif . itu hakikat . Lagipun x perlulah rasanya sbb pd umur 60thn , wang saraan mrk dah cukup utk tanggung mrk bila dah bersara disamping anak yg membantu . adalah lbh baik , beri je peluang kpd generasi baru yg perlukan pekerjaan . mrk pun lbh tenaga dan pemikiran utk jadi lbh produktif bersama2 idea2 yg baru ... seeloknya pd usia 60thn ni , lbhkan ibadah aka bykkan duduk atas sejadah utk dekatkan diri pada Allah selagi kesihatan masih mengizinkan ...

    ReplyDelete
  6. x nak!..cukuplah sampai umur 56 tahun je

    ReplyDelete
  7. Even 40an ramai da start skt2... bg la peluang kt yg muda2. Drpd menganggur n buat jenayah bg diorh kerja. Yg da berusia rehat n bg yg muda teroka dunia yg semakin mencabar

    ReplyDelete
  8. Saya mcm tak setuju dgn perkara nilah..namun, siapalah saya...

    ReplyDelete
  9. kesian rakan sejawat u yg itu
    i rasa itu bergantung kpd seseorang individu
    memang betul klu tua, kurang produktif dan selalu sakit badan
    tapi bagi yg sihat pula, selepas bersara, anak dah kahwin dan berkeluarga sendiri
    agak sunyi juga bagi mereka yg tinggal seorang diri dlm rumah
    MY-Emily

    ReplyDelete
  10. Tak setuju kot..better kekalkan umur yang lama tu...xperlulah sampai 62 tahun tu..

    ReplyDelete
  11. Assalam zumal,
    hubby iols bengang betui bab ni
    dia kata sekarang pun dah terasa tak larat nak keja
    tambah la bila dah 50++
    rakan sekerja hubby yang dah lebih 50thn memang tak larat & sakit2
    hubby iols kojer luor pejabat
    bahagian teknikal
    memang guna kederat tau3 sina dia sob3

    ReplyDelete
  12. bagi la peluang ke orang muda buat kerja.
    sepatutnya usia 62 tahun ni, duk kat rumah dah berehat bersama keluarga.

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya umur 56 dah layak bersara

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. I'd opted 56 for my retirement...cukup lah 30++ years dah bekerja..so 3 more years to go...InsyAllah.

    ReplyDelete