Booking.com

9 Mar 2015

SEKITAR PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Macam yang zumal janjikan kepada korang zumal akan share tentang Pesta Angin Timur 2015. Semalam adalah hari terakhir. Betapa gigihnya zumal pergi pada jam 11.30 pagi. Orang Perlis cakap tengah panaih litlit. Pesta Angin Timur ini berlangsung di Sungai Berembang, Simpang Empat, Perlis. 

Musim angin timur ni angin cukup kuat. Produk paling laris adalah layang-layang dan wau. Tapi kat Perlis depa panggil semua tu wau. Mesti seronok la main time nie. Lagi seronok yang ada modal pi jual wau kat tepi-tepi jalan sure laku. Nie antara gerai layang-layang kat Pesta Angin Timur. 

Pada hari kedua kat tapak Pesta Angin Timur nie ada pertandingan kobota berhias. Kobota tu kenderaan pembajak sawah yer. 


Semalam pula diadakan lumba kerbau besi kat tapak pesta. Kerbau besi tu adalah kobota. Jenuh zumal cari kerbau besi kat mana. Kalau korang pergi ke pesta nie pelbagai gerai jualan dan pameran ada di sana. Kalau pasal makan confirm tak kebulur sebab macam-macam dorang jual kat sana. Produk yang glamour macam ais krim pasu pun ada. Nak try satay rusa pun ada. Selain tu ada gerai jual cenderahati, pakaian, pokok dan macam-macam lagi. 

Masa pergi Pesta Angin Timur semalam macam-macam yang zumal jumpa.




Dekat booth Jabatan Muzium Malaysia zumal dapat tengok jelapang, tenggala dan lain-lain peralatan tradisi yang digunakan oleh pesawah suatu ketika dulu. Jelapang nie tempat simpan padi. Tenggala pula untuk membajak sawah, perlu diikat kepada kerbau dan kerbau tu akan dibawa ke kawasan untuk dibajak. 



Tengah hari tadi zumal tengok permainan congkak dan gasing sedang ditandingkan. Permainan lain kebanyakan dah tamat semalam dan pagi tadi. Masa zumal tiba dah buat penyampaian hadiah kepada pemenang.

Selain tu satu booth yang mendapat tempat di hati kanak-kanak adalah  Indera Kayangan Beta Club kerana mereka mengadakan promosi ikan laga hiasan. Banyak ikan laga yang ada kat booth dorang. Kalau minat memang boleh rambang mata. Zumal panggil ikan nie ikan karin tau. Ikan nie memang cantik sangat.





Selepas tu zumal tengok booth Jabatan Perhutanan dan Perhilitan. Kat situ zumal nampak tengkorak gajah, kerbau, beruang, buaya dan binatang yang diawet seperti tupai, kucing batu dan macam-macam lagi.

Kalau korang nak tahu, zumal memang nak publish entri nie semalam tapi semasa menaip tu phone demam semula. Puas zumal try macam-macam kaedah tapi tak berdaya tapi selepas zuhur tadi teringat member cakap kita boleh reset phone sendiri. Akhirnya berjaya. Tapi 47 gambar sekitar Pesta Angin Timur semalam hilang begitu sahaja. Ada beberapa zumal sempat share kat IG @zumal84 korang check kat sana k. Terima kasih kerana sudi membaca.


29 comments:

  1. wah!!...macam2 ada ek...tapi sayang pulak gambar hilang...terima kasih berkongsi zumal...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun nasib entri nie dapat diselamatkan...

      Delete
  2. frustnya kalau gambar hilang tu

    ReplyDelete
  3. Meriahhhh.. kalu dkt boleh gak sy terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam lagi meriah tapi zumal tak boleh keluar malam, masalah sikit dengan mata..

      Delete
  4. Mcm2 ada, tp yg paling best, wau dgn layang2 :)

    Sedihnya bila gmbr hilang, frust betul.

    ReplyDelete
  5. Wow! Macam best sungguh pesta nih! Teringin nak tengok lumba kerbau besi tu... mesti hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumba kerbau besi tu zumal tak sempat tengok... Hehe ^-^

      Delete
  6. ikan karin? hehe. first time dengar... best juga kan... rasanya saya x pernah lagi tengok live pesta angin... apatah lagi pesta angin timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama ikan tu kena sebut dalam loghat Perlis. Hehe ^-^

      Delete
  7. klu my anak buah nampak ikan tu , confirm semua mrk nak borong zumal ...

    ReplyDelete
  8. hmm teringat dulu2 kerbau tenggala bendang la ni ganti dgn kerbau besi pula ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal tak pernah tengok orang tenggala kaedah lama tu...

      Delete
  9. Replies
    1. Pesta nie pada hari pertama dan kedua lagi meriah sebab banyak aktiviti :)

      Delete
  10. Seronoknya.. best klu dpt pergi pesta mcm ni. Teringin nak ke perlis..
    Sayang pulak kan bila gambar2 hilang... sabar je lah Zumal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang Perlis contact la zumal yer... KK ada nombor zumal kaan ^-^

      Delete
    2. In shaa Allah.. ader... Klu saya ke Perlis pasti contact Zumal.. :) :)

      Delete
  11. Banyak aktiviti :)

    Hmm, mcm mana gambar boleh hilang? mesti frust kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang frust la Cik Mimie... Phone ada masalah masa tu (semalaman cuba baiki), akhirnya terpaksa direset. Sebab reset la semua hilang...

      Delete
  12. Bestnya zumal dapa pergi...banyak juga aktiviti dia kan zumal...memang frust bila dah ambil gambar cantik...tiba2 hilang...

    ReplyDelete
  13. menarikk . dah lama tak merasa menarik layang2 ni

    ReplyDelete
  14. Assalam zumal,
    waaaaaaaaa
    macam2 kedai & xtvti ada naaaaaa
    tapi nampak macam pana jaaaaaaaaaaa kan3 he3

    ReplyDelete
  15. oghang utagha ja tau apa tu kobota, hehehe
    emak ayah saya pun ada pergi bawa cucu haritu

    ReplyDelete
  16. askum..nak tanya kat perlis ni mana tmp jual ikan laga yg ok ye.. ??

    ReplyDelete