7 Mar 2015

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua. Hairan tak zumal kembali di hujung minggu? Alhamdulillah sekarang zumal dah boleh kembali berblog dengan tenang tanpa kira waktu sebabnya Lenovo zumal dah pulih kembali.

Tengok phone zumal dah ok...

Dah berbulan juga zumal terganggu untuk berblog sejak A850 zumal rosak. Mulanya zumal ingat bateri yang tak ok. Buat rugi jew beli stok bateri. Rupanya slot usbnya yang rosak. Memang dah lama rakan-rakan syor untuk baiki fon nie tapi tak berdaya ler sebabnya banyak sangat kos yang perlu zumal tanggung di awal tahun. Sampai la ibu saudara pun turut membantu. Akhirnya selesai sebahagian kerja yang perlu di buat. Tinggal nak bayar cukai pintu dan cukai tanah jew lagi. Motor dah settle, bil-bil pun dah settle. Lesen pun awal tahun yang dia nak mati. Lagi satu dengan cik peti sejuk yang rosak hingga terpaksa beli baru. Nasib time CNY harganya menakjubkan. Hehe...

Rabu lepas family zumal datang ke Perlis. Syukur ler dah lama tak jumpa dorang. Last jumpa time kenduri adik bulan 10 lepas. Semalam dorang ke Langkawi, maybe besok baru balik. Zumal pun teringin nak pergi tapi kesian kat tok terpaksa duk sesorang nanti. Kalau pergi balik hari boleh la. Kalau nak balik hari lebih baik zumal pergi masa LIMA 2015 nanti. Boleh gak amik gambar kan... Langkawi, wait for me k... Hehe...

Hari ni pula kalau tak panas zumal nak pergi ke Sungai Berembang untuk tengok Pesta Angin Timur yang berlangsung semalam hingga besok. Ada rakan-rakan yang pergi ke? Jumpa kat sana yer... Lagi satu hari nie zumal nak amik sesuatu yang dah ditempah beberapa hari lepas. Nak tahu apa? Sori la rahsia k. Hint zumal beri hanya top commentor blog zumal jew bakal tahu. Satu Perlis zumal survey benda tu akhirnya jumpa tempat buatnya terus. Alhamdulillah ia berbaloi. Ok la korang nanti zumal update lagi. Selamat berhujung minggu...


22 comments:

  1. Banyak juga zumal kena bayar ye. Kesian zumal....Pesta Angin Timur tu pesta apa zumal? Tak pernah dengar pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum nie zumal tak pernah pergi maybe ada permainan layang-layang dan permainan tradisi. Apa yang zumal tahu kat sana ada pameran dari jabatan kerajaan dan gerai2 jualan. Jemput la datang ^-^

      Delete
  2. First time Sha dengar pasal Pesta Angin Timur. Pesta mcm mana tu ya?

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah..xpe 1 hari nnti zumal boleh juga ke sana

    ReplyDelete
  4. selamat berhujung miggu baguslh semua mslh dh selesai...happy blogging.

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sabtu zumal...Alhamdulillah hp zumal dah ok...kira boleh komen mengomenlah ni kan zumal...hihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, yeeayhh! bolehlah DZ Bw teratak usang Cik Mimie nanti..hehehe

    ReplyDelete
  7. dah boleh aktif kembali tu...hihihihihi smart topi bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topi hadiah dari Ayah dan Mama zumal tu ^-^

      Delete
  8. wah lepas ni bolehla update selalu :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah dah ok . nak buat camna kan klu semua nak duit di awal tahun ... pesta apa lak tu zumal ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesta tu zumal tak dapat pergi sebab cuaca terlalu panas. Tengok la esok camne, pesta tu ada sukaneka, permainan tradisi, gerai jualan dan pameran jabatan kerajaan...

      Delete
  10. pesta angin timur? macam best je.. tapi x dan nak g.. duk umah je. transport xde. hehehe.

    ha, nnti amek gambar banyak2 tau. jangan lupa share :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal, saya x pernah dengar lah tentang Pesta Angin Timur ni.
      Ermmm..camne tu? Ada gambar x?

      Delete
    2. Insha Allah kalau tak ada aral kejap lagi zumal pergi ke sana ^-^

      Delete
  11. Syukur hp zumal dah ok.
    Bolehlah share banyak benda lagi lepas ni kat blog. Tak best kan kalau sehari x singgah blog sendiri & kawan-kawan?

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah banyak bayaran yang dapat Zumal setelkan. Baik betul makcik zumal sebab sudi membantu.
    ** Zumal, kalau jadi pi LIMA nanti jangan lupa snap gambar-gambar yang menarik tau..

    ReplyDelete
  13. so boleh BW dengan senang hati lah lepas nih

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... semoga segalanya kembali spt biasa. Saya pun kebelakangan ni bnyk pula kekangan berblog.. :)

    ReplyDelete
  15. teringin jugak nak p langkawi tapikalau p time LIMA ni memang harga semua naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu sebelum LIMA pun dah mahal... Hehe ^-^

      Delete