13 Feb 2015

PASARAYA SERI UTAMA DI KANGAR TERBAKAR

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Tadi semasa sedang bersiap untuk kembali ke ofis selepas Solat Jumaat sebuah pasaraya di hadapan rumah zumal terbakar. Zumal pun tak tahu sejak pukul berapa Pasaraya Seri Utama ini terbakar tetapi semasa pulang dari solat dari Masjid Tuanku Syed Putra yang betul-betul di seberang jalannya keadaan masih normal. Zumal sendiri pernah kerja di sebuah kedai yang terletak di pasaraya tersebut. Kalau korang nak tahu di sebelah pasaraya ini terletaknya tiga buah stesen minyak iaitu Petronas, Caltex dan Shell. Menurut rakan-rakan yang berada di tempat kejadian itu sekarang nie api telah berjaya dikawal. Cuma masa zumal ambil gambar ianya masih marak.

Pasaraya Seri Utama ini teletak di jalan utama ke Padang Besar. Di hadapan pasaraya ini terletak pejabat TM, Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara, Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, Masjid Tuanku Syed Putra dan beberapa buah taman perumahan. Betul-betul di belakang pasaraya ini adalah taman perumahan juga. Pasaraya Seri Utama ini hak milik orang Melayu dan ada sebuah lagi cawangan di Behor Pulai. 

Semoga tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana semasa kejadian pasaraya sedang ditutup untuk rehat semasa solat Jumaat. 
Ihsan rakan sekerja

Ihsan rakan sekerja

Ihsan rakan sekerja

zumal guna sjcam

sjcam zumal

sjcam zumal

37 comments:

  1. teruk nampak tu..mujur tiada yg cedera

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kebakaran ini berlaku semasa org pi solat jumaat . harap bkn perbuatan khianat ...

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini zumal...Alhamdulillah semoga semuanya selamat...

    ReplyDelete
  4. besar betul apinya.. harap takde yang cedera

    ReplyDelete
  5. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    ReplyDelete
  6. MUJUR API CPT DIKAWAL N XMEREBAK KE TEMPAT LAIN...

    ReplyDelete
  7. teruknya... tasha takot nak tengok...xdpt nk byangkan bila jdi depan mata
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2015/02/kembalikan-keceriaan.html

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah takde kemalangan jiwa. Alhamdulillah masa tu mungkin tak ramai org dan masing2 senang nak selamatkan diri

    ReplyDelete
  9. mesti berdebar bila tgk kejadian ni live kan....risau takut ada kemalangan jiwa

    ReplyDelete
  10. ish3.. harap2 x ada siapa yg terbakar...

    ReplyDelete
  11. peh.. teruknya.. api besaqq.. menakotkn.. wuu

    ReplyDelete
  12. Hui... Besar juga kebakaran tu..

    ReplyDelete
  13. nampak teruk tu..huhu..teringat time rumah wanie terbakar dahulu..sobss...

    ReplyDelete
  14. HArap2 tiada kemalangan jiwa..teruk juga terbakar tu..

    ReplyDelete
  15. Penah pergi kedai ni ... tak sangka pula terbakar...

    ReplyDelete
  16. masha ALLAH, takutnya. tebal juga asap dia tu...

    ReplyDelete
  17. tiba2 teringat kebakaran kat rantau panjang tahun lepas...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. masha Allah..takutnya.. mcm pnh pegi lah pasar raya tu, sbb pnh duk ngaji kt Arau dlu...huhuhuh

    ReplyDelete
  20. teruknya kurigian nampaknya
    tapi yg penting nyawa selamat
    MY-Emily

    ReplyDelete
  21. Nasib baik xmerebak ke taman perumahan....

    ReplyDelete
  22. Mmg teruk tu... mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku...

    ReplyDelete
  23. Assalam Zumal,
    nengok apinya macam serius kan3
    naseb baek semua selamat

    ReplyDelete
  24. takut tgk apinya yg marak tu..klau ada angin mesti lagi kuat api tu kan..hu..

    ReplyDelete
  25. nasib sempat kawal . kalau tak . . dah la 3 stesen minyak situ

    ReplyDelete
  26. dr. maza solat jumaat kat Masjid Tuanku Syed Putra jugak kan kalau tak silap. macam ternampak kat fb yg beliau announce nak buat solat jenazah ghaib utk TGNA. Betulkan sy kalau silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu HSB, zumal juga turut sama solat jenazah ghaib utk Allahyarham TGNA...

      Delete
  27. Replies
    1. Zumal pun tak tahu apa sebabnya... Dengar cakap-cakap orang kerana litar pintas... Kebakaran yang marak tu kat stor pasaraya tersebut...

      Delete
  28. Nampak teruk terbakar.. semoga tiada kematian

    ReplyDelete
  29. Musim panas ni... kebakaran ada dimana saja...

    ReplyDelete
  30. dasyhat jugak tu. minggu lepas stor depan opis saya terbakar. memang terasa bahangnya sampai ke dalam opis. mujur takde kemalangan jiwa

    ReplyDelete