Booking.com
Booking.com

11 Feb 2015

NASI GORENG PEKASAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama zumal tak timbul di blog yer. Ade tak yang perasan kehilangan zumal? Hah, tak! Yer la siapalah diriku ini kaan... Hehe.. Hari nie zumal nak kongsika resepi yang agak ohsem la bagi zumal. Tapi ini bukan resepi zumal cuma recook oleh zumal jer. Zumal jumpa resepi nie masa menonton rancangan Sarapan di TV3.

Ok, resepi yang zumal ingin kongsikan ialah Nasi Goreng Pekasam. Korang pernah buat tak? Simple jer resepi nie. Zumal kongsikan secara bergambar yer.

Bahan-bahan: Bawang putih, bawang merah, cili, sayur sawi, belacan, fishcake, pekasam, telur dan nasi putih
Belacan zumal guna sebanyak dalam gambar tu
Mulanya, panaskan sedikit minyak untuk goreng pekasam, pekasam yang best ialah pekasam yang banyak serbuk-serbuk tu. Bila siap ketepikan pekasam tu.
Gunakan minyak gorengan pekasam tadi untuk tumis bawang putih, bawang merah
Kemudian masukkan cili, fishcake, goreng hingga masak
Masukkan pula nasi putih, gaul rata dengan bahan tumisan kita tu
Tuangkan kicap secukup rasa
Nak tambah garam pun boleh juga, gaul rata
Pecahkan telur, ikut korang. zumal masukkan hanya sebiji telur
Kemudian masukkan sayur sawi. Sayur nie last pun takpa sebab kita taknak zatnya hilang ketika menggoreng
Masukkan semula ikan pekasam yang telah digoreng tadi. 
Gaul hingga rata, kalau korang rajin nak masukkan isi pekasam pun boleh juga, kalau masukkan sekor-sekor macam dalam gambar kita akan berisiko tulang pekasam tu. Goreng hingga rata dan siap untuk dihidang...
Inilah rupanya nasi goreng pekasam zumal

Selamat mencuba resepi ini yer. Zumal minta maaf kerana menghilang diri hari tu... Rindu sangat kat blog nie dan korang semua. Nanti zumal berkunjung blog korang yer. Bye-bye...

32 comments:

  1. pehhh sedapnyaaa pekasam. makan pulaj dengan nasi goreng. yumyyy ^^

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan nasi goreng pekasam... wah menarik ni, bolehlah akak cuba...

    ReplyDelete
  3. Perghhhh...sedapnya....baru tengok. Nak buat gak lepas ni...tak kira.

    ReplyDelete
  4. sdapnya..tp cik nor tak makn ikan pekasam..:)

    ReplyDelete
  5. Singgah sini
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
    Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..
    Segmen Mencari Bloglist blogahbar

    ReplyDelete
  6. Terliur tengok nasi goreng pekasam Zumal ni... mmg terbaik!

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba ni. Terbayang-bayang keenakan ikan pekasam :)

    ReplyDelete
  8. Salam singgah petang zumal...wahh...nampak sedaplah zumal...ada masa nak cuba ni resepi ni...

    ReplyDelete
  9. oh my, memang thorbaek! ikan pekasam kot..mmg sedap!

    ReplyDelete
  10. wahhh best ni . kirim la . hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti zumal send dalam mimpi, boleh?

      Delete
  11. wahh. mesti satu rumah bau perkasam.. . harap zumal tak tercekik tulang ikan bila makan nasi goreng tu ye. hehehehe, gurau :P

    ReplyDelete
  12. Huuyyooo! Chef Zumal memasak di dapur :) Nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  13. mestilah peraan...bila datang sii sunyi je..hari2 datang skodeng manalah tahu ada entri baru :-)

    ReplyDelete
  14. dalam senarai bahan-bahan tu tak letak pun dau sawi (warna hijau tu) hikss...pastu x nampak pun bawang putih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang xde bawang putih tu JM, untuk panduan bagi sesiapa nak try resepi tu... Hehe ^-^

      Delete
  15. oh..itu caranya..kalau JM...tak kan campak ikan pekasam tu dalam kuali biar je dalam piring tu..nanti nasi goreng dah siap mkn bersama ikan pekasam..kalau gaul sekali risa tulang masuk ke dalam nasi..alahai..terliur lah pulak..kalau ca,

    ReplyDelete
  16. SEDAPNYA..IKAN PEKASAM DH MMG SEDAP PUN...

    ReplyDelete
  17. kecur ayak liuk tengok nasi goreng tu. haha. kena cuba ni. macam senang je nak buat.

    ReplyDelete
  18. tu lah , dah berapa kali buka , x de entry baru ... alhamdulillah dan comeback ... perahkan limau pun sedap tu ... terliur lah sudah .

    ReplyDelete
  19. waduhhhh....kecuq sy...da la lama mengidam ikan pekasam niiii

    ReplyDelete
  20. lama x makan ikan pekasam. senang nak cari ea kt perlis. hehe

    ReplyDelete
  21. Pehh.. pehhh... pehhh... saya mmg tak tahan ni.. tak boleh nk cakap dah nak komen pe hehee... menyelerakan sgt2!!!.. :)

    ReplyDelete
  22. xberapa gemar makan perkasam..tp secubit ja boleh la masuk perut..hehe...

    ReplyDelete
  23. mak oi, sedapnya tengok nasi pekasam ni!!!!

    ReplyDelete
  24. wow DZ msk...nyum...nyum...ade plak ikan pekasam aih terliuq..@-@

    ReplyDelete
  25. wow..terbau2 dah kat idung dah ni..lapor weiiii

    ReplyDelete