12 Feb 2015

KERJA KOSONG ONLINE


Ihsan Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Zumal bersiaran lagi untuk hari ini. Adakah korang tergolong dalam golongan yang mencari kerja? Korang pasti tahu kini terlalu sukar untuk memperolehi kerja jika korang terlalu memilih. Kerja kosong sebenarnya sentiasa wujud di negara kita, cuma pencari kerja di Malaysia yang memilih bidang kesukaan masing-masing tanpa melihat keperluan semasa pekerjaan di dalam negara. Jika tidak, mana mungkin pendatang tanpa izin bertalu-talu datang ke Malaysia untuk memasuki pasaran kerja yang mereka anggap lumayan. Sebab itu Zumal katakan kerja sentiasa ada, kita perlu bijak dalam mencarinya.

Bagi pencari kerja mesti korang familiar dengan portal kerja kosong seperti JobStreet, Jobs Central, Jobs Malaysia dan banyak lagi laman portal untuk memudahkan korang mendaftarkan diri sebagai pencari kerja. Tapi pelbagai dugaan untuk kita mendapatkannya kerana terlalu ramai yang berdaftar dan mencari kerja di portal tersebut. Hari ini Zumal ingin kongsikan kepada korang tentang portal kerja terbaru dan sedang hangat diperkatakan. Portal kerja yang zumal maksudkan adalah TaskV.com.

TaskV.com adalah portal pekerjaan yang sedikit berbeza dengan portal yang telah Zumal ceritakan tadi. TaskV.com menawarkan khidmat senarai kerja kosong yang boleh dilakukan di rumah dari mana-mana tempat di seluruh pelusuk dunia. Kiranya peluang korang mendapatkan kerja lebih luas bukan hanya tawaran dari Malaysia sahaja. Korang yang berminat wajib boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris asas melalui email kerana tawaran kerja datang dari pelbagai negara terutamanya Amerika, United Kingdom, Kanada, negara Eropah dan juga Asia.

Korang tidak perlu risau tentang kerja yang ditawarkan kerana team TaskV.com telah mengumpul dan mengesahkan setiap tawaran kerja secara manual sebelum ianya ditawarkan kepada korang. Paling penting team TaskV akan memastikan setiap kerja yang ditawarkan boleh dilakukan secara jarah jauh tanpa perlu datang ke tempat kerja. Khidmat yang ditawarkan  kepada ahli adalah perkhidmatan mencari dan menyediakan senarai tawaran kerja yang sudah disahkan kesahihan melalui job board dan kemas kini melalui email setiap hari apabila ada kerja terbaru disenaraikan.

Faedah untuk pelanggan antaranya peluang untuk bekerja di rumah melalui sumber yang disahkan, menerima bayaran cara mudah melalui paypal, cek atau cara lain yang ditentukan sama ada oleh majikan atau pekerja. Untuk pengetahuan korang, bayaran upahnya agak lumayan antara $25 hingga $750 mengikut jenis pekerjaan. Paling penting korang tidak terikat dengan jadual kerja macam kerja di pejabat, ia terpulang kepada korang dalam menentukan jadual kerja korang. Korang akan terima tawaran kerja setiap hari melalui email dan boleh mengakses ke job board setiap masa 24/7 dengan menggunakan apa-apa device sama ada PC, laptop, tablet atau mobile device.

Untuk pengetahuan korang, di TaskV ada 9 kategori bidang pekerjaan utama seperti berikut:
1. Admin Support
2. Business Services
3. Customer Service
4. Design & Multimedia
5. Networking & IT
6. Sale & Marketing 
7. Software Development 
8. Web Development
9. Writing & Translation

Para pelanggan boleh subscribe untuk terima job alert mana-mana bidang dan boleh akses semua jenis kerja di job board tanpa mengira kategori. 

TaskV menawarkan 5 plan keahlian yang boleh dipilih mengikut keperluan pencari kerja. Lebih lama tempoh keahlian dibeli maka lebih murah harga yang ditawarkan kepada korang dan lebih jimat. Pembelian akses keahlian adalah menggunakan PayPal atau kad kredit/ debit melalui sistem pembayaran PayPal. Berikut adalah yuran keahlian mengikut tempoh yang korang inginkan:

- 1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari)
- 1 Bulan - $17.00 ($0.56 sen sehari)
- 3 Bulan - $27.00 ($0.30 sen sehari)
- 6 Bulan - $37.00 ($0.20 sen sehari)
- 1 Tahun - $47.00 ($0.12 sen sehari)

Murah bukan! Tapi hari ini korang bertuah kerana TaskV tawarkan DISKAUN bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari).

Promotion Code : REVIEW
Sah sehingga 28 FEBRUARI 2015 sahaja.

Cara Join & Claim Tawaran Diskaun :

1. Pergi ke laman http://taskv.com
2. Isi nama, alamat email dan pilih kategori yang diinginkan di ruangan seperti dalam gambar di bawah

3. Sahkan alamat email dengan klik pada link yang dihantar oleh TaskV.com


4. Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan yang disediakan seperti contoh di bawah

5. Teruskan proses pembayaran di PayPal dan selesai. Lepas bayaran selesai, korang boleh akses serta merta ke portal TaskV.


Semoga korang mendapat kerja idaman korang. Ingat yer jangan lepaskan peluang ini begitu sahaja. Selamat maju jaya kepada korang semua. 

21 comments:

  1. bagus ni. peluang untuk yang tengah cari kerja ^^

    ReplyDelete
  2. mereka yg x suka kerja dibaawah perintah org...mmg sesuai laa buat kerja2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  3. salams zumal, good info utk mereka yg sedang mencari kerja :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih DZ... entri yg sangat berguna dan akan kusimpan untuk rujukan masa depan...

    ReplyDelete
  5. bagis bagi mrk yg gemar bkrja dirumah..bnyk peluang ni.

    ReplyDelete
  6. boleh try ni. tapi xpandai guna paypal :'(

    ReplyDelete
  7. Peluang yg terbaik & sgt bermanfaat buat yg memerlukan peluang kerja skrng ni... mmg menarik..

    ReplyDelete
  8. mcm survey ja la.. cuma bidang lain..

    ReplyDelete
  9. Nice sharing zumal.. utk org yg tgh cari kerja boleh la

    ReplyDelete
  10. betul tu yang nak duduk rumah boleh lah join :D

    ReplyDelete
  11. mulanya nk rekomen kepada adik lepasan UPSI tu tapi jika lihat kepada kategori bidang pekerjaan tu cam x sesuai dan pada masa yg sama beliau x de kad kredit

    ReplyDelete
  12. Baguslah jika terjamin.
    Selamat mencuba ye kawan2 :)

    ReplyDelete
  13. saya kena cuba ni... nak cari kerja lepas diploma nanti senang.

    ReplyDelete
  14. wahhh.. bole try nii.. tengah mencari jugak ni :)

    ReplyDelete
  15. wah, menarik juga ye. maybe one day. ^^

    ReplyDelete
  16. menarik ni . tapi kena mantap kan dulu otak kalau tengok senarai kategori kerja tu . huhuu . no 9 tu bleh la kot . boleh la cuba nnt

    ReplyDelete
  17. untung budak-budak sekarang. cari kerja di hujung jari.
    time saya dulu, kena bawak resume turun opis masuk opis

    ReplyDelete