Booking.com

26 Feb 2015

CPUV #58 MI SEDAAP KRISPI DIGITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar korang semua? Rasa terseksa hati nurani ini setelah terpaksa menganaktirikan blog kesayangan zumal nie. Sekarang bukan saja blog tapi facebook, instagram, twitter pun zumal tak update. Rindu tau. Tapi apakan daya 'jodoh' tiada. Kikiki. Masalah fon jew sebenarnya. Nak update masa kerja terlalu busy takut tercuri tulang la katakan. Bagi korang yang telah berkunjung ke sini, Insha Allah zumal akan membalas kunjungan anda tapi lambat sikit la yer. Rindu gak nak terjah blog korang hari-hari macam dulu.

Alhamdulillah walaupun zumal kurang mengaktifkan diri dalam dunia blog ini tapi En. Nuffnang masih sudi menghadiahkan CPUV kepada blog zumal. Hari nie zumal check ada CPUV Mi Sedaap Krispi Digital. Mi Sedaap Krispi nie memang betul-betul sedaap tau. Kalau korang nak pelbagaikan resepi dengan Mi Sedaap boleh la korang terjah website mereka DI SINI. Pelbagai resepi dikongsikan untuk korang berasaskan produk Mi Sedaap nie. Selian tu pihak Mi Sedaap ada nak beri hadiah untuk korang. Hadiah ape? Boleh naik Hot Air Balloon di Putrajaya pada 15 Mac 2015 nanti. Banyak lagi hadiah sebenarnya. Korang boleh klik pada iklan Mi Sedaap kat blog zumal yer. 

klik untuk naik balloon
Terima kasih buat En. Nuffnang dan korang semua yer. Jangan lupa sertai contest Mi Sedaap yer, mudah sangat ^-^

23 Feb 2015

CPUV #57 - SAMSUNG GALAXY A LAUNCH


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Lama juga zumal tak update blog nie. Dah dua smartphone zumal kena demam. Tu sebabnya zumal jarang update. Last update pun hari Jumaat lepas. Hari ni zumal online pakai pc ofis aje. Dalam beronline tu nampak iklan-iklan Nuffnang Samsung Galaxy A dah keluar. Fuh terliur gak tengok iklan tu.

Samsung Galaxy A ada dua jenis iaitu Galaxy A3 dan Galaxy A5. Keistimewaannya ia didatangkan dengan kamera hadapan yang mesra selfie. Kamera hadapan untuk Samsung Galaxy A5 nie ialah 5 MP. Pada penggemar selfie tak perlu gusar dengan kualiti gambarnya. 5 MP dah tentu cantik. Kamera belakang pun 13 MP tau. Sure kualiti gambar sangat mengagumkan.

Selain tu saiz skrinnya 5 inci memang dah jadi kebiasaan sekarang dengan smartphone yang besar. Ianya ditadangkan dengan full metal body sesuai untuk korang yang lasak. Galaxy A keluar dengan 4 warna jadi korang banyak pilihan untuk memilih. Galaxy A ini juga hadir dengan 4G LTE. Jadi data tak la semput macam 3G. Tak gitu? Kalau korang nak tahu lebih lanjut klik aje kat iklan yang berkeliaran kat blog zumal ni yer atau tengok DI SINI.



Terima kasih untuk pihak Nuffnang kerana memberikan CPUV Samsung Galaxy A Launch untuk blog zumal. Tak sangka ada lagi CPUV untuk zumal yang sentiasa tenggelam timbul nie. Syukur sangat-sangat. Lagi satu terima kasih kerana korang selalu terjah blog zumal dan klik-klik iklan kat blog zumal. Jasamu dikenang. Sayang korang...

20 Feb 2015

HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Setelah pulang solat tadi zumal mendapat satu risalah dan pengisian amat bermanfaat. Jadi petang ini zumal ingin kongsikan kandungan risalah tersebut.

Sepanjang tahun lepas kita didatangi pelbagai musibah yang melanda negara kita bahkan ada antara kita yang mengalaminya sendiri. Sedarlah bahawa disebalik musibah yang berlaku itu terselit hikmah yang tersembunyi. Antara hikmah yang boleh diambil:

1. Mengangkat darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan Allah meninggikan darjat. Kisah Nabi Ayub contoh terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia disisi Allah, namun masih terbaik sangka. Sudah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya menjauhkan diri. Nabi Ayub tetap bersabar, sehingga Allah mengembalikan kesihatan dan meninggikan darjatnya.

2. Tanda cinta
Musibah adalah tanda cinta Allah, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung kepada besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai sesuatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

3. Mendidik jiwa bersifat sabar
Yakinlah Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama mereka. Sebagai mana firmannya: Dan ingatlah Allah sent I as a mengasihi orang-orang yang sabar. (Surah Ali I mean:146)

4. Pembersihan dosa
Hikmah ditimpa musibah adalah satu Cara membersihkan jiwa. Ia sesuai dengan had is Rasulullah s.a.w bermaksud: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya. (HR. Bukhari dan Muslim )

5. Keinsafan
Jangan dicela musibah yang menimpa. Hakikatnya Allah sedang memberi perhatian. Bukankah itu satu kemuliaan?

6. Membersih hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadi ujub dan takbur. Musibah dalam bentuk apa pun adalah rahmat Allah. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyuci iman. Itu ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah kepada orang yang beriman.

Penutup
Nikmat yang diperolehi ketika ini wajib disyukuri. Jika ditimpa musibah, mohon kesembuhan kepadaNya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al Quran kerana di sana ada penawar.

Dipetik dari Risalah Al Izzah Bio 8/2015

MAKAN TAK CUTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuti panjang nie korang ke mana? Melancong ke balik kampung. Zumal tak ke mana. Hanya di rumah. Tapi bila kat rumah nie zumal jadi orang dapur. Macam-macam masakan zumal nak try buat. Mangsanya tok sebab kena makan. Zumal pun makin berisi disebabkan terlalu rajin masak dan tentunya kena rajin makan. Takut gak terlajak berat nanti.

Entri ni zumal hanya buat auto publish yer. Sengaja zumal tak nak blog ni kosong aje. Rugi kalau terbiar yer.

Sejak glamour drama Asam Pedas Untuk Dia, tok pun request nak makan asam pedas. Tok makan sikit jew tapi zumal la kena habiskan. Minggu lepas asyik makan nasi goreng tiap-tiap pagi jadi tok dah jemu jadi hujung minggu zumal buat asam pedas ikan kembung jew. Paling best semua licin.

Zumal takde la nak kongsikan resepi asam pedas tu. Rasanya korang lagi pakar. Hehe... Selamat bercuti semua.


19 Feb 2015

UPTOWN PAROI MAKIN MERIAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih ingat lagi perkongsian zumal tentang Uptown Paroi ? Korang boleh rujuk entri Paroi Nightlife City ini. 

Kini pelbagai tarikan terbaru diwujudkan di Uptown Paroi. Antaranya ialah Mini Soopa Doopa, Paintball, Pertujukan Badut, Busking dan banyak lagi. Pasti sesuai untuk korang sekeluarga mahupun si kecil.


Kepada korang yang ingin berniaga, di sinilah peluang hebat untuk korang melebarkan sayap perniagaan. Bagi yang berminat bolehlah dapatkan tapak korang segera sebelum semuanya habis. Untuk maklumat berkaitan tapak korang boleh rujuk DI SINI. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 

Mini Soopa Doopa

Antara tarikan

Antara tapak niaga yang ada

Pelbagai produk dijual

Permainan Kanak-kanak

Untuk Si Kecil

Mr. Badut 

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Happy Chinese New Year 2015 untuk kaum Cina yang meraikannya. Moga kedatangan tahun baru membawa tuah untuk korang semua. Sebagai masyarakat 1 Malaysia sama-sama la kita memeriahkan perayaan ini bersama mereka yang meraikannya bagi melenyapkan duka 2014 yang menyelubungi kita semua. Gong Xi Fa Cai...

18 Feb 2015

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang mungkin ramai dah lena diulit mimpi. Zumal pula tak mampu melelapkan mata. Sakit. Sakit yang dibuat sendiri. Ahad lepas, kaki kanan zumal nie gatal sangat. Sejak tu rasa sedap pula nak menggaru. Akhir pada Isnin malam jari-jari kaki zumal tu melecet. Zumal hanya sapu ubat gatal jew. Harap lega la. Balik jew keja petang tadi rupanya dah terluka jari kaki tu. Kebas macam dah hilang kaki jew. Patut la masa naik turun tangga ofis petang tadi rasa sakit sangat. Alahai tak raya la zumal. Nampak gayanya terpaksa cuti la hari ni. Serba salah nak cuti pun sebabnya ramai yang tak ada kat ofis kerana ada yang mc dan mohon cuti lebih awal. Lagi pula zumal yang gantikan kerja dorang tu. Kekadang zumal faham ada orang anggap zumal ni malas kerja. Tolong la jangan fikir gitu beb. Kekadang awak tak ada kerja awak saya tolong tau. Lagi pun rugi jew zumal cuti sebab hari cuti tak kira gaji. Tapi kerana terpaksa aku relakan la. Drama sungguh. Lagi satu dorang hairan kot why zumal asyik cuti kecemasan bukan mc. Untuk pengetahuan korang, cuti jenis apa pun gaji tak akan dikira jadi zumal tak rela tunggu lama-lama kat klinik kesihatan semata-mata untuk mc. Apa yang penting ubat jew. Jadi zumal selalu bertandang ke Klinik 1 Malaysia. Cepat dan dapat juga ubat. Alahai kurang la gaji bulan nie. Nasib la ada advertorial yang tampung serba sedikit. Nampak gaya nak berblogwalking pun tak terdaya sebab guna gadget kecil nie. Zumal balas kunjungan minggu depan aje k. Selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Gong Xi Fa Cai...
#hari nie sakit perut juga sebab terlebih makan limau CNY.

16 Feb 2015

LIEBSTER AWARD #15





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali nie zumal nak menjawab Liebster Award dari Parihh. Dah lama Parihh tag zumal tapi zumal kesuntukan masa untuk menjawab. Untuk pengetahuan Parihh dan semua, inilah Liebster Award ke 15 yang zumal terima sejak berblog. Kali nie yang pertama untuk tahun 2015. Nak tahu apa yang Parihh tanya kepada zumal? Jom baca Q & A kat bawah nie...



1. Apa pendapat ikhlas mengenai Blog Parihh?
J. Pendapat zumal, Blog Parihh cukup bermaklumat ada macam-macam ilmu yang zumal dapat bila terjah blog Parihh terutama pasal IT.


2. Agak2 apa perasaan bila hidup takde phone?
J. Kalau dulu zumal tak kisah sangat takde phone, tapi kalau sekarang takde phone atau line internet or data rasa murung macam kena jangkitan kuman jew.


3. Blog mana yang selalu anda pergi?
J. Zumal takde blog yang spesifik yang zumal akan pergi tapi selalu blog mana yang berkunjung ke blog zumal Insha Allah zumal akan berkunjung balas. Walaupun kekadang tak tinggalkan komen kerana masalah dengan phone zumal tu...


4. Ada prinsip ke dalam hidup
J. Zumal rasa macam tak ada. Tapi zumal kalau tak dapat sesuatu tu tetap nak cuba buat sampai berjaya walupun kena pendam lama...


5. Selalu bila rasa kesepian apa yang anda buat?
J. Sejak jadi blogger nie zumal akan fokus kat blog jew bila tak ada benda nak buat or kesepian gitu atau pun sembang dengan tok dan meow2 zumal...


6. Target yang nak capai dalam blogging?
J. Zumal teringin gak berjaya dalam dunia blogging nie terutama dalam penjanaan income dalam berblog nie. Nak capai income ribu-ribu la kalau boleh...


7. Anda ni orang yang macam mana?
J. Zumal pun tak tahu nak jawab soalan nie. Maybe ini jawapannya kot, zumal nie yang jenis pendiam tapi kalau dah kenal boleh berubah jadi ramah...


8. Agak2 apa pendapat tentang Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil?
J. Zumal rasa kena kenal-kenal dulu dengan Parihh nie baru boleh jawab soalan nie. Hehe. Zumal rasa Parihh nie peramah dan baik hati orangnya...


9. Lelaki / perempuan yang macam mana anda nak jadikan pasangan?
J. Wah, macam tau jew zumal nie single... Siapa-siapa yang boleh terima zumal seadanya zumal akan terima juga seadanya ^-^


10. Makan sayur ke tak? Kalau tak kita geng...
J.  Nampaknya kita tak geng la Parihh. Zumal makan sayur gak walaupun tak la sihat selalu. Lagi pun zumal suka masak-masak, zumal akan jadikan sayur tu sesedapnya ^-^



Moga Parihh berpuas hati dengan jawapan zumal yer. Kepada korang yang belum kenal Parihh jom KLIK SINI


MINI GA BY NINA + ANIES

KLIK SINI UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Petang nie baru sempat membuka blog kesayangan nie. Zumal ternampak ada Cikna post sesuatu kat cbox zumal. Rupanya Cikna tag zumal kat Mini GA By Nina + Anies. GA nie bermula hari nie sehingga 28 Februari 2015.

Selalu kalau join apa-apa zumal akan blur bila syaratnya kena tag kekawan. Nak tag siapa yer? Jom tengok siapa yang kena ^-^



dan

korang-korang yang tengah baca tuu

^-^

Join jangan tak join pulak yer. All the best semua...




13 Feb 2015

PASARAYA SERI UTAMA DI KANGAR TERBAKAR

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Tadi semasa sedang bersiap untuk kembali ke ofis selepas Solat Jumaat sebuah pasaraya di hadapan rumah zumal terbakar. Zumal pun tak tahu sejak pukul berapa Pasaraya Seri Utama ini terbakar tetapi semasa pulang dari solat dari Masjid Tuanku Syed Putra yang betul-betul di seberang jalannya keadaan masih normal. Zumal sendiri pernah kerja di sebuah kedai yang terletak di pasaraya tersebut. Kalau korang nak tahu di sebelah pasaraya ini terletaknya tiga buah stesen minyak iaitu Petronas, Caltex dan Shell. Menurut rakan-rakan yang berada di tempat kejadian itu sekarang nie api telah berjaya dikawal. Cuma masa zumal ambil gambar ianya masih marak.

Pasaraya Seri Utama ini teletak di jalan utama ke Padang Besar. Di hadapan pasaraya ini terletak pejabat TM, Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara, Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, Masjid Tuanku Syed Putra dan beberapa buah taman perumahan. Betul-betul di belakang pasaraya ini adalah taman perumahan juga. Pasaraya Seri Utama ini hak milik orang Melayu dan ada sebuah lagi cawangan di Behor Pulai. 

Semoga tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana semasa kejadian pasaraya sedang ditutup untuk rehat semasa solat Jumaat. 
Ihsan rakan sekerja

Ihsan rakan sekerja

Ihsan rakan sekerja

zumal guna sjcam

sjcam zumal

sjcam zumal

KEYCHAIN DARI MISS YANA

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Jangan terpedaya kalau nampak zumal taip entri pepagi cam sekarang nie. Zumal sebenar taip entri nie petang Khamis yer. Saja schedule ke hari ini. Semalam zumal ada terima sesuatu dari Miss Yana. Zumal dapat keychain dari Langkawi sebagai hadiah giveaway anjuran Miss Yana. Untuk pengetahuan korang Miss Yana pergi bercuti ke Langkawi dan Phuket akhir bulan lepas. Kalau nak tahu kisah percutian Miss Yana korang boleh la terjah blognya DI SINI. Untuk Miss Yana, zumal ucapkan jutaan terima kasih. 


12 Feb 2015

POSTCARD DARI AISYA IBRAHIM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam hujung bulan Januari lepas zumal ada terima poskad dari overseas tau. Poskad nie daripada Aisya Ibrahim pemilik blog http://jindrisska.blogspot.com/ . Aisya nie belajar kat Germany tau. Tahun lepas zumal ada sertai giveaway anjurannya. Zumal menjadi antara peserta terpilih mendapat hadiah poskad cam dalam gambar kat atas tu. Gambar dalam poskad tu adalah Piazza di Spagna di Rome, Italy. Tahun lepas Aisya melancong ke Italy dan kalau korang nak tahu tentang tempat-tempat menarik yang pernah dikunjungi Aisya boleh la berkunjung ke blognya. Pelbagai kisah menarik yang Aisya kongsikan untuk tatapan pengunjung blognya. Bukan sekadar Germany dan Italy je tapi banyak tempat lagi yang Aisya dah pergi. Terima kasih buat Siti Aisya Ibrahim kerana mengutuskan poskad buat zumal. Zumal rasa seronok dan teruja sangat.

KERJA KOSONG ONLINE


Ihsan Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Zumal bersiaran lagi untuk hari ini. Adakah korang tergolong dalam golongan yang mencari kerja? Korang pasti tahu kini terlalu sukar untuk memperolehi kerja jika korang terlalu memilih. Kerja kosong sebenarnya sentiasa wujud di negara kita, cuma pencari kerja di Malaysia yang memilih bidang kesukaan masing-masing tanpa melihat keperluan semasa pekerjaan di dalam negara. Jika tidak, mana mungkin pendatang tanpa izin bertalu-talu datang ke Malaysia untuk memasuki pasaran kerja yang mereka anggap lumayan. Sebab itu Zumal katakan kerja sentiasa ada, kita perlu bijak dalam mencarinya.

Bagi pencari kerja mesti korang familiar dengan portal kerja kosong seperti JobStreet, Jobs Central, Jobs Malaysia dan banyak lagi laman portal untuk memudahkan korang mendaftarkan diri sebagai pencari kerja. Tapi pelbagai dugaan untuk kita mendapatkannya kerana terlalu ramai yang berdaftar dan mencari kerja di portal tersebut. Hari ini Zumal ingin kongsikan kepada korang tentang portal kerja terbaru dan sedang hangat diperkatakan. Portal kerja yang zumal maksudkan adalah TaskV.com.

TaskV.com adalah portal pekerjaan yang sedikit berbeza dengan portal yang telah Zumal ceritakan tadi. TaskV.com menawarkan khidmat senarai kerja kosong yang boleh dilakukan di rumah dari mana-mana tempat di seluruh pelusuk dunia. Kiranya peluang korang mendapatkan kerja lebih luas bukan hanya tawaran dari Malaysia sahaja. Korang yang berminat wajib boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris asas melalui email kerana tawaran kerja datang dari pelbagai negara terutamanya Amerika, United Kingdom, Kanada, negara Eropah dan juga Asia.

Korang tidak perlu risau tentang kerja yang ditawarkan kerana team TaskV.com telah mengumpul dan mengesahkan setiap tawaran kerja secara manual sebelum ianya ditawarkan kepada korang. Paling penting team TaskV akan memastikan setiap kerja yang ditawarkan boleh dilakukan secara jarah jauh tanpa perlu datang ke tempat kerja. Khidmat yang ditawarkan  kepada ahli adalah perkhidmatan mencari dan menyediakan senarai tawaran kerja yang sudah disahkan kesahihan melalui job board dan kemas kini melalui email setiap hari apabila ada kerja terbaru disenaraikan.

Faedah untuk pelanggan antaranya peluang untuk bekerja di rumah melalui sumber yang disahkan, menerima bayaran cara mudah melalui paypal, cek atau cara lain yang ditentukan sama ada oleh majikan atau pekerja. Untuk pengetahuan korang, bayaran upahnya agak lumayan antara $25 hingga $750 mengikut jenis pekerjaan. Paling penting korang tidak terikat dengan jadual kerja macam kerja di pejabat, ia terpulang kepada korang dalam menentukan jadual kerja korang. Korang akan terima tawaran kerja setiap hari melalui email dan boleh mengakses ke job board setiap masa 24/7 dengan menggunakan apa-apa device sama ada PC, laptop, tablet atau mobile device.

Untuk pengetahuan korang, di TaskV ada 9 kategori bidang pekerjaan utama seperti berikut:
1. Admin Support
2. Business Services
3. Customer Service
4. Design & Multimedia
5. Networking & IT
6. Sale & Marketing 
7. Software Development 
8. Web Development
9. Writing & Translation

Para pelanggan boleh subscribe untuk terima job alert mana-mana bidang dan boleh akses semua jenis kerja di job board tanpa mengira kategori. 

TaskV menawarkan 5 plan keahlian yang boleh dipilih mengikut keperluan pencari kerja. Lebih lama tempoh keahlian dibeli maka lebih murah harga yang ditawarkan kepada korang dan lebih jimat. Pembelian akses keahlian adalah menggunakan PayPal atau kad kredit/ debit melalui sistem pembayaran PayPal. Berikut adalah yuran keahlian mengikut tempoh yang korang inginkan:

- 1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari)
- 1 Bulan - $17.00 ($0.56 sen sehari)
- 3 Bulan - $27.00 ($0.30 sen sehari)
- 6 Bulan - $37.00 ($0.20 sen sehari)
- 1 Tahun - $47.00 ($0.12 sen sehari)

Murah bukan! Tapi hari ini korang bertuah kerana TaskV tawarkan DISKAUN bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari).

Promotion Code : REVIEW
Sah sehingga 28 FEBRUARI 2015 sahaja.

Cara Join & Claim Tawaran Diskaun :

1. Pergi ke laman http://taskv.com
2. Isi nama, alamat email dan pilih kategori yang diinginkan di ruangan seperti dalam gambar di bawah

3. Sahkan alamat email dengan klik pada link yang dihantar oleh TaskV.com


4. Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan yang disediakan seperti contoh di bawah

5. Teruskan proses pembayaran di PayPal dan selesai. Lepas bayaran selesai, korang boleh akses serta merta ke portal TaskV.


Semoga korang mendapat kerja idaman korang. Ingat yer jangan lepaskan peluang ini begitu sahaja. Selamat maju jaya kepada korang semua. 

11 Feb 2015

CPUV NUFFNANG 55 & 56

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Kalau korang nak tau, hari nie hari pertama zumal masuk ofis dalam minggu nie. Zumal bercuti panjang sejak Jumaat lepas kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebab tu juga zumal tak online. Tak puas online guna phone kecik nie. Phone besar zumal tu buat hal lagi. 

Walaupun begitu zumal syukur sangat-sangat kerana walau zumal jarang online tapi Nuffnang tetap bermurah hati memberikan CPUV untuk blog Dunia Zumal nie. Alhamdulillah.


Kali nie zumal terima CPUV Nike Running Tights dan Maggi Kari - Curry Festival. Terima kasih buat Nuffnang kerana sentiasa bermurah hati dan terima kasih jua buat semua ynag sudi terjah blog Dunia Zumal ini... Jangan lupa klik-klik iklan di sini... Tata...

NASI GORENG PEKASAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama zumal tak timbul di blog yer. Ade tak yang perasan kehilangan zumal? Hah, tak! Yer la siapalah diriku ini kaan... Hehe.. Hari nie zumal nak kongsika resepi yang agak ohsem la bagi zumal. Tapi ini bukan resepi zumal cuma recook oleh zumal jer. Zumal jumpa resepi nie masa menonton rancangan Sarapan di TV3.

Ok, resepi yang zumal ingin kongsikan ialah Nasi Goreng Pekasam. Korang pernah buat tak? Simple jer resepi nie. Zumal kongsikan secara bergambar yer.

Bahan-bahan: Bawang putih, bawang merah, cili, sayur sawi, belacan, fishcake, pekasam, telur dan nasi putih
Belacan zumal guna sebanyak dalam gambar tu
Mulanya, panaskan sedikit minyak untuk goreng pekasam, pekasam yang best ialah pekasam yang banyak serbuk-serbuk tu. Bila siap ketepikan pekasam tu.
Gunakan minyak gorengan pekasam tadi untuk tumis bawang putih, bawang merah
Kemudian masukkan cili, fishcake, goreng hingga masak
Masukkan pula nasi putih, gaul rata dengan bahan tumisan kita tu
Tuangkan kicap secukup rasa
Nak tambah garam pun boleh juga, gaul rata
Pecahkan telur, ikut korang. zumal masukkan hanya sebiji telur
Kemudian masukkan sayur sawi. Sayur nie last pun takpa sebab kita taknak zatnya hilang ketika menggoreng
Masukkan semula ikan pekasam yang telah digoreng tadi. 
Gaul hingga rata, kalau korang rajin nak masukkan isi pekasam pun boleh juga, kalau masukkan sekor-sekor macam dalam gambar kita akan berisiko tulang pekasam tu. Goreng hingga rata dan siap untuk dihidang...
Inilah rupanya nasi goreng pekasam zumal

Selamat mencuba resepi ini yer. Zumal minta maaf kerana menghilang diri hari tu... Rindu sangat kat blog nie dan korang semua. Nanti zumal berkunjung blog korang yer. Bye-bye...

4 Feb 2015

BUAH HATI DAH SAMPAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terkejut tak dengan tajuk entri tu? Cam poyo jew kan. Zumal still single dan tak tau sampai bila. Buah hati yang datang tu bukannya orang tapi sebuah peti sejuk Samsung. Nak beli Samsung Note 3 tak cukup bajet tapi yang peti sejuk nie cukup bajet zumal. Berbaloi gak sebab boleh muat dua orang saiz zumal.

Dah lama mengidam nak beli peti sejuk nie. Tiga bulan dah tak de peti sejuk kat rumah. Nak simpan bahan mentah pun tak leh. Start dari sekarang boleh la shopping bahan mentah. Dan boleh masak-masak. Time sekarang berbaloi beli tau. Sebab dekat nak CNY, diskaun pun banyak. Kalau tahun lepas zumal tengok peti sejuk Samsung nie harga dalam RM1200 dan ke atas untuk yang inverter tapi sekarang lingkungan 900 ke atas jew. Dah jatuh cinta kat buah hati nie...




3 Feb 2015

OFIS DUNIA ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Best ler ada yang cuti banyak hari kan. Jangan tak tau walaupun Perlis tak cuti Thaipusam tapi zumal cuti sorang-sorang yer. Bukan pergi jalan-jalan atau sambut perayaan tu tapi zumal banyak urusan peribadi hari nie. Kalau boleh besok pun nak cuti. Boleh tak bos? Ala boleh ler bos.

Selepas settle semua urusan tu zumal mengemas sikit meja tulis arwah tok wan pastu teringat nak jadikan meja kerja zumal. Lebih kurang ofis la. Konsep ala SOHO gitu. Tau dak apa SOHO tu? Tanya la pak cik google yer. Camne ofis baru zumal. Bos jangan jeles k. Mampuih kalau bos baca. Hehe. Kat softboard tu zumal letak kad-kad atau apa-apa yang rakan-rakan blogger berikan pada zumal. Softboard tu zumal buat sendiri je tau.

Kepada semua, zumal mohon maaf sebab tak balas kunjungan korang lagi. Besok zumal sambung k. Sekarang ada problem sikit. Ok buat masa ini. Tata korang...