Booking.com

26 Jan 2015

DINNER PART 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masa dinner ofis hari tu ada pelbagai pengisian. Hari nie zumal nak update la antara slot-slot pengisian yang berlangsung pada malam tu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis.

Pengerusi Majlis
Lepas ucapan pengerusi tu ucapan bos pula. Kami semua jangka ucapan bos ringkas je tapi siap ada cerita dan lagu lagi. Part bos menyanyikan lagu tu buat zumal rasa sebak dengar lirik-lirik lagu tu. Memang kami tak jangka semua tu. Memang terbaik laa.

Bos Kami
Lepas ucapan selesai baru la jamuan dimulakan. Makan ala Arab gak. Ada kambing grill lagi. Tapi masalahnya, lauk semua tak ada kuah tau. Seksa nak menelannya. Sambil menjamu selera kami dihidangkan juga persembahan oleh beberapa orang staff  yang sememangnya amat berbakat.






Arab first time minum kopi Malaysia agaknya
Selepas persembahan tu semua diadakan pula cabutan bertuah. Kira zumal pun bertuah gak dapat hamper tapi time terima hamper takde la gambar sebab kamera zumal yang pegang. Tapi masa zumal minum kopi pegawai zumal yang ambilkan gambar. Lepas minum tu sempat juga zumal berehat sambil makan-makan. 

Selepas cabutan bertuah tu ada pula penyampaian hadiah untuk peserta bowling yang berlangsung pada sebelah petang. Selain tu ada sumbangan khas kepada staff yang terlibat dalam banjir. Rumah keluarga dorang la sebabnya dorang kat Perlis. Akhirnya adalah anugerah pakaian tercantik lelaki dan perempuan. Kirannya King & Queen Of Arabic laa...


#gambar dalam entri kali nie yang zumal shoot pakai DSLR tau bukan SJCAM

13 comments:

  1. Wah bestnya tema Arabian hehehhe

    ReplyDelete
  2. seronok menimba ilmu kemudian mendapat juadah percuma..makan beramai2...meriah majlis ilmu ni ya Zumal

    ReplyDelete
  3. ingatkan zumal yang buat persembahan. hehehe :D

    ReplyDelete
  4. ada kambing...makanan arab mmg xda kuah kan

    ReplyDelete
  5. pakaian arab,makanan pun ikut theme..! sedap woo..
    pengerusi majlis yg lady tu cantik la..hahaha

    ReplyDelete
  6. Tema arabian..
    Sedapnya dapat makan daging kambing.

    ReplyDelete
  7. Ya habibi ya maulana.
    Hehe..teringat cita p.Ramlee.

    ReplyDelete
  8. Saya kalau ada majlis2 macam tu xreti nak fashion2 untuk jadi queen of the night.
    Ikut suka je saya pakai je apa yang ada.

    ReplyDelete
  9. Wahh dah mcm pak arab dah zumal hehe

    ReplyDelete
  10. Wah, seronoknya :) Semua mengikut tema memang seronok event macam ni :)

    ReplyDelete
  11. hai Arabian..apa rasa kopi msia :-)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah . ada gak rezeki dapat hamper ...

    ReplyDelete
  13. makan kalau tak ada kuah memang menyeksakan!!!

    ReplyDelete