Booking.com
Booking.com

30 Jan 2015

HADIAH DARI JM

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Tengah hari tadi zumal pulang ke rumah ternampak sesuatu kat dalam postbox zumal. Rupanya ada sesuatu untuk zumal. Rasanya zumal tak ade order apa-apa secara online. Dengan keterujaan tu zumal buka sampul yang cute tu... Rupa-rupanya JM kirimkan sesuatu untuk zumal. Ini kali ketiga dapat hadiah dari JM tau. Boleh klik link Utusan Pertama dan Utusan Kedua untuk tahu tentang kiriman JM sebelum nie yang zumal pernah terima. Kali nie JM berikan zumal Minyak Gamat Plus. JM macam tau aje zumal selalu guna minyak gamat nie.Terima kasih JM, JM memang baik hati, pemurah dan peramah gitu. Hehe...






Inilah berkat berkawan dalam dunia blog yer. Kepada korang belum kenal pemilik nama pena Jari Manis atau lebih mesra dengan panggilan JM, korang boleh la terjah SINI. JM nie suka travel kiranya seantero dunia JM dah jejak kaki. Jadi segala kisah perjalanan dan percutian beliau dikongsikan dalam blog. Kalau korang baca blog JM pasti korang dapat rasai macam ada kat tempat tu. Lagi satu JM selalu cerita secara detail tentang lokasi percutiannya, korang boleh buat panduan jika nak mengembara ke lokasi tu. Sure korang tak sesat jika korang berpandukan guide JM kat blog tu. Apa pun, terima kasih sekali lagi yer JM...

29 Jan 2015

CPUV NUFFNANG #54 LACTACYD 150ML PROMO

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua? Hari nie zumal sedikit busy. Sedikit jew la sebab tu sempat gak menyelit entri nie. Hari nie CPUV baru kembali menjelma di blog zumal. Kali nie CPUV masih seperti yang sebelum nie iaitu Lactacyd 150ml Promo




Zumal pun nak tahu gak apa yang dipromo oleh Lactacyd nie jadi zumal terjah website dorang kat SINI. Apa terpapar, bila korang beli Lactacyd 150ml nie korang akan dapat hadiah percuma. Berbaloi tu. Jangan lupa pergi shopping kat mana-mana Watsons untuk dapatkan promo nie. Lactacyd nie No.1 Femenine Hygiene Wash & Wipes di Malaysia tau. Oleh itu sempurnakan kewanitaanmu dengan Lactacyd hari ini... Untuk info lebih jelas sila terjah iklan yang dipaparkan yer...


Terima kasih buat Nuffnang yang baik hati berikan zumal CPUV nie yer. Terima kasih juga untuk untuk korang yang selalu terjah blog zumal dan iklan-iklan dipaparkan di sini...

28 Jan 2015

WW : BOBOY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie first time untuk tahun 2015 nak keluarkan entri wordless wednesday. Dah lama tak kongsikan kisah anak bulus zumal. Bukan kenapa kerana zumal sedih mengingat mereka tu. Masuk jer bulan nie pelbagai penyakit kena kat mereka hinggalah zumal kehilangan 7 ekor anak kucing zumal. Boboy pun sebelum nie sakit juga tapi Alhamdulillah Boboy mahu berubat. Sekarang Boboy dah sihat dan makin membesar sihat dan kuat. Hehe...



Tengok la gaya si nakal tidur... Sekian kisah Boboy....

#nampak cam poyo yer tuan blog ni yer

27 Jan 2015

SEGMEN BLOGLIST FEB - JUN BY CIK MANIS

Klik Sini
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Hari nie tergerak hati zumal nak join segmen Cik Manis...
Jom la join sama-sama yer 

syarat-syaratnya semudah ABC

1) Follow blog Cik Manis
2) Follow instagram beliau
3) Buat entri segmen
4)Tinggalkan link di ruang komen entri segmen

Senang kan... Klik banner untuk join yer ^-^

26 Jan 2015

NAK BUNUH ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam masa kami di JKM dalam menyelesaikan tugas-tugas akhir hari nie, kami terima kunjungan sebuah keluarga yang ingin meninggalkan dua orang anaknya di JKM kerana sudah tidak tahan dengan 'kenakalan' anaknya. Sepasang suami isteri ini membawa tiga orang anaknya bersama tapi mengadu anaknya yang dalam lingkungan umur 6 dan 7 tahun tu sudah tidak mampu dijaga oleh mereka. Bapanya mengadu anaknya jenis hyperaktif dan tidak mahu mendengar sebarang nasihat.

Bapanya yang membelakangi kamera


Dua orang kanak-kanak yang dikatakan hyper

Bapanya mengugut kalau kami (JKM) tidak terima anaknya balik nanti dia nak bunuh anaknya tu. Setelah dipujuk akhirnya mereka mahu juga pulang. Moga anak-anak tu selamat. Amin...

DINNER PART 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masa dinner ofis hari tu ada pelbagai pengisian. Hari nie zumal nak update la antara slot-slot pengisian yang berlangsung pada malam tu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis.

Pengerusi Majlis
Lepas ucapan pengerusi tu ucapan bos pula. Kami semua jangka ucapan bos ringkas je tapi siap ada cerita dan lagu lagi. Part bos menyanyikan lagu tu buat zumal rasa sebak dengar lirik-lirik lagu tu. Memang kami tak jangka semua tu. Memang terbaik laa.

Bos Kami
Lepas ucapan selesai baru la jamuan dimulakan. Makan ala Arab gak. Ada kambing grill lagi. Tapi masalahnya, lauk semua tak ada kuah tau. Seksa nak menelannya. Sambil menjamu selera kami dihidangkan juga persembahan oleh beberapa orang staff  yang sememangnya amat berbakat.






Arab first time minum kopi Malaysia agaknya
Selepas persembahan tu semua diadakan pula cabutan bertuah. Kira zumal pun bertuah gak dapat hamper tapi time terima hamper takde la gambar sebab kamera zumal yang pegang. Tapi masa zumal minum kopi pegawai zumal yang ambilkan gambar. Lepas minum tu sempat juga zumal berehat sambil makan-makan. 

Selepas cabutan bertuah tu ada pula penyampaian hadiah untuk peserta bowling yang berlangsung pada sebelah petang. Selain tu ada sumbangan khas kepada staff yang terlibat dalam banjir. Rumah keluarga dorang la sebabnya dorang kat Perlis. Akhirnya adalah anugerah pakaian tercantik lelaki dan perempuan. Kirannya King & Queen Of Arabic laa...


#gambar dalam entri kali nie yang zumal shoot pakai DSLR tau bukan SJCAM

24 Jan 2015

KALI PERTAMA MAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Petang semalam dalam pukul 3.00 petang. Ofis zumal anjurkan pertandingan bowling kat Kompleks Kayangan Square, Kangar. Kali pertama zumal masuk kat pusat bowling di Kangar nie. Kat Selangor pernah gak ikut kawan pergi tapi sekali pun tak pernah main. Hehe. Kuno la zumal nie kan.

Semalam nie kira zumal terpaksa la main. Sebab pegawai suruh meramaikan majlis. Untuk tiga kali balingan pertama tu satu pun tak kena. Zumal nie malu gila dengan rakan-rakan yang setiap kali baling duk strike jew. Ada yang dapat mata 900 lebih. Zumal hanya 146 mata jew. Malu siot. Tapi dapat gak la buat tiga kali strike. Hehe...

Dalam pukul 5.30 habis la game bowling anjuran ofis zumal. Balik tu kena bersiap sedia untuk majlis dinner pula seperti yang zumal kongsikan sebelum nie.





DINNER PART 4 & SJ4000 REVIEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebentar tadi pada 8.15 malam 23 Januari 2015 telah pun berlangsung dinner ofis di Hotel Putra Palace Kangar.

Seperti yang korang tahu zumal ditugaskan sebagai jurugambar majlis bersama seorang rakan setugas tapi dia tak hadir maka zumal la sorang ambil gambar masa majlis tu. Dengan HP, SJCAM dan DSLR digunakan bersama. Fuh letih mengusung semua tu semasa majlis berlangsung. Nasib la ada 2 orang pegawai yang kesian kat zumal nie tolong gantikan ambil gambar time zumal nak makan. Thanks yer...

Majlis nie bertemakan Arabic, maka ramai la tok arab celup menampilkan penampilan memasing. Yang betul-betul jadi Arab tu sampai zumal pun tak kenal. Tambah lagi perempuan sebab nampak mata jew.

Majlis nie meraikan para kakitangan ofis kami dan majlis khas untuk kakitangan yang bertukar dan bersara. Selain tu ada penyampaian hadiah untuk acara bowling yang dilangsungkan petangnya. Nanti zumal cerita. Selain tu ada cabutan bertuah. Zumal pun dapat hamper gak. Hehe.

Dalam entri nie zumal share gambar yang diambil dengan SJCAM jew sebab nak upload gambar dari DSLR zumal tak ada pc kat rumah. Meh layan gambar SJCAM baru zumal yer...

Inilah zumal









23 Jan 2015

ALEXA 2015

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua... Tahun nie buat kali pertama zumal nak check ranking Alexa. Nampaknya ranking Alexa blog zumal dah makin menjauh la. Sedih sangat bila mengenangkan nasib blog zumal nie. Al maklum la blog zumal nie kekadang timbul kekadang tenggelam. Dah makin sukar nak memaintainkan blog nie. 





Teringin nak jadi macam blogger-blogger otai yang berada dalam ranking bawah 1000. Kalau bawah 100 memang tak nampak jalan la. Dulu zumal pernah gak capai raking bawah 2000 tapi kekal untuk sebulan dua aja. Kalau ranking baik maybe peluang dapatkan customer pun lebih baik kan? Korang dah check ranking tahun nie? Klik SINI untuk check ranking blog korang.

21 Jan 2015

DINNER PART 3 & SJ4000 REVIEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kiranya zumal menghitung hari untuk dinner yang bakal berlangsung Jumaat ini. Persediaan untuk tugas zumal sebagai jurugambar majlis makin giat dilakukan. Nampak skema tak? Emm memang skema pun.

Ok berbalik kepada persediaan yang zumal maksudkan tadi tu yer. Jurugambar nie kena ada kamera, tapi zumal bukannya ada kamera pun. Harapkan phone Lenovo dan Sony Ericson aja. Tapi minggu lepas setelah mengkaji beberapa review kat blog rakan-rakan blogger zumal terjumpa review pasal SJCAM. Zumal memang tahu pasal kewujudan SJCAM nie tapi tidak tahu fungsinya secara jelas jadi selepas baca review DI SINI zumal pun mula geledah instagram Momo Accessories. Zumal memang pernah tengok pun kat instagram tu semasa beli monopod dan beberapa aksesori phone lain. Jadi kat situ dah ada keyakinan zumal untuk berurusan dengan Momo Accessories. Apa lagi zumal terus saja order SJ4000. Lagi pun ia boleh kongsikan gambar ke phone melalui wifi dan ada aplikasi yang boleh menghubungkan kamera dan phone. SJCAM pula tak la mahal sangat tapi berbaloi la untuk wang kerana ia tahan lasak dan kecil molek tau. Zumal beli SJ4000 warna kuning beserta beg aksesorinya dan mini tripod.

Warna ceria
Kalau korang berminat boleh la terjah instagram Momo Accessories yer. Bukan sekadar SJCAM jer yang ada bahkan pelbagai kelengkapan lain turut dijual Momo Accessories. Tak sabar nak menguji skill bergambar semasa majlis nanti. Nantikan review zumal untuk majlis tersebut yer. Meh layan gambar SJCAM baru zumal yer.






CPUV NUFFNANG #53 LACTACYD




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu nie zumal terlewat buka akaun Nuffnang. Selalu setiap Isnin zumal dah tengok tapi minggu nie zumal tak ada kesempatan. Al maklum la sedikit sibuk dengan urusan kerja. Ini pun zumal curi-curi masa untuk update. Biasalah nak guna phone ada masalah jadi terpaksa guna pc ofis. Bila guna pc ofis bermakna masa time ofis la jadi kalau sibuk terpaksa lupakan dulu.


Kesempatan pada hari nie zumal tengok ada lagi CPUV yang menjelma kat blog zumal nie. Alhamdulillah sesangat. Sayang gak Nuffnang kat Dunia Zumal nie yer. Zumal pun sayang sangat kat Nuffnang nie tau. Kali nie CPUV Lactacyd - Malay Millennium menjelmakan diri sejak semalam. Terima kasih buat Nuffnang.


Walaupun zumal tenggelam timbul dalam arus blog nie, masih ramai yang setia berkunjung. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi berkunjung. Sayang korang semua... Nampak iklan tu klik la lagi yer. Hehe ^-^

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Korang buat ape tu? Kalau tengah tak buat ape jom kita join

Red Carpet Giveaway Bersama Papaglamz


Camne nak join?
Just klik banner Red Carpet
Nanti kita ber Cat Walk kat Red Carpet tu yer
Semoga kita dapat trofi kat anugerah yang glamz tu yer...

^-^


#Terima kasih Papaglamz yang sudi jemput zumal turut serta...

20 Jan 2015

PAROI NIGHTLIFE CITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pengumuman untuk rakan-rakan yang berada di Negeri Sembilan dan persekitarannya atau kepada sesiapa yang berminat. Zumal rasa ramai yang berminat yer. Kini ramai antara kita berniaga sama ada secara online ataupun secara offline. Teruja tak nak tau apakah yang zumal maksudkan? Kini ada peluang untuk korang melebarkan sayap di Paroi Nightlife City.



PAROI NIGHTLIFE CITY

Mesti korang tertanya-tanya apakah Paroi Nightlife City tu kan? Untuk pengetahuan korang Paroi Nightlife City ini adalah uptown kat Paroi. Uptown Paroi ini dilengkapi tapak niaga barangan kering dan makanan bermasak serta tempat permainan kanak-kanak. Fasa 1 Uptown Paroi ini telah hampir penuh. Bagi yang berminat korang boleh tempah lot perniagaan dengan harga 'early bird'. Sementara stok masih ada. Lokasi Uptown Paroi adalah di bekas tapak Kem Paroi. Orang Negeri Sembilan pasti familiar dengan lokasi nie kan? Ia terletak di Jalan Seremban - Kuala Pilah. Waktu pendaftaran bermula 11.00 pagi hingga 11.00 malam di tapak uptown. Untuk sebarang info sila hubungi 0192635056 (Zam) atau 0133616716 (Shah). Jangan lupa kunjungi laman facebook rasmi Paroi Nightlife City DI SINI

Saiz tapak
- 10 x 10 (barangan kering) 
- 20 x 10 (makanan bermasak)

Harga tapak 
- RM500 + deposit 1 bulan = RM1000 (barangan kering)
- RM650 + deposit 1 bulan = RM1300 (makanan bermasak)





19 Jan 2015

Resepi Donut Tepung Donut Cucur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih ingat lagi dalam entri zumal yang terdahulu menceritakan zumal ada membeli Tepung Donat Cucur kat Mudah.my dalam entri INI. Pada kali ini zumal nak kongsikan cara menggunakan Tepung Donut Cucur ini. Untuk memudahkan rujukan korang, zumal buat entri bergambar yer.

Paling penting korang kena dapatkan Tepung Donut Cucur dahulu, mudah saja semua dihujung jari yer. WhatsApp saja Abg Jai di 019-7926193 untuk membuat pembelian. Selain tu korang kena sediakan bahan lain seperti:
-Susu segar (suam) setengah cawan
-Telur 1 biji
-Gula Aising
Bahan-bahan nie kena betul sukatannya yer jangan terlebih atau terkurang yer...


Pertama sekali, masukkan Tepung Donat Cucur dalam bekas dan asingkan. 


Kemudian dalam bekas berasingan, campur 1/2 cawan susu segar suam bersama sebiji telur. Pukul hingga sebati dalam 1-2 minit.


Campur bahan tadi ke dalam bekas berisi Tepung Donut Cucur tadi...


Gaulkan hingga sebati semua bahan tadi hingga membentuk doh.



Bila dah sebati biarkan bahan kembang dalam masa 45 minit hingga 60 minit. Zumal biar hingga 60 minit tau.


Bila dah cukup masa tu, zumal bentukkan. Ikut suka korang nak bentukkan macam mana yer. Kalau macam zumal buat nie dapat la 10 biji semuanya. Masa nak bentukkan donat tu korang boleh celup tangan dalam tepung untuk elakkan doh tersebut melekat kat tangan.


Panaskan minyak, kemudian gorengkan donut korang dalam api sederhana. Bila dah kuning boleh la angkat yer. Masa goreng nie kejap jer tak perlu goreng lama-lama nanti donut korang terlebih gelap.


Bila siap, korang boleh la letakkan gula aising dan sedia untuk dimakan.  Bagi zumal rasanya memang sedap. Selamat menjamu selera...