31 Dec 2014

Segmen Zaman Persekolahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Sebagai penutup 2014 zumal tergerak hati nak join segmen yang sangat ohsem anjuran Cik Balqis nie. Bukannya zumal nak bersaing untuk rebut hadiah tapi zumal teringin bercerita tentang zumal masa sekolah dulu. Tengok gambar kat bawah nie korang rasa zumal yang mana satu?


Camne korang tahu yang mana zumal? Confirm silap teka nanti. Biar zumal bercerita yer. Ciri-ciri zumal masa sekolah dulu terletak kat insan bernombor 19 tu. Zumal bukan la budak pandai atau rajin baca buku tapi zumal nie amat skema. Dari darjah 1 sampai form 6 zumal akan pilih kerusi depan meja cikgu tau.

Masa sekolah dulu zumal sentiasa kena buli dengan rakan-rakan zumal. Selain tu muka zumal la paling tak menonjol dikalangan rakan-rakan. Tapi cikgu mungkin senang ingat sebab zumal la yang selalu usung buku ke bilik guru. Selalu tolong cikgu la katakan. 

Lagi satu zumal nie tak macam kawan-kawan yang selalu tinggal buku di dalam laci meja tu. Tetiap hari usung buku teks banyak-banyak pergi dan balik sekolah. Beg zumal la yang paling besar kat kelas zumal tu. Lagi pun tok wan zumal guru besar pencen, cikgu semua kenal dia. Tok wan pulak jenis suka periksa jadual zumal jadi memang zumal akan sentiasa ikut jadualnya. Al maklum la zumal sememangnya diajar skema dari kecil. Balik rumah bukan dalam waktu ditetapkan pun siap la nanti... Nak tau pasai apa? Confirm kena rotan ok. Jadi zumal sentiasa jaga jadual zumal setiap hari. 

Kat dalam kelas tu, setiap kali cikgu keluar kelas, zumal akan padam papan hitam tu. Memang zumal la yang selalu buat walaupun ada jadual tugas dalam kelas zumal tu. Selain tu zumal juga la yang sapu sampah tetiap pagi. Skema sangat. Teringat masa tu memang tergelak sorang-sorang. Lagi pun kalau zumal tak buat pun kawan-kawan akan suruh zumal buat gak. Skema. Selalu kena buli.

Teringat masa form 1 dulu, kat kelas zumal tu ada sorang kaki buli dalam kelas tu. Memang zumal selalu kena buli dengan dia. Zumal tak pernah pula beritahu cikgu sebab zumal takut ugutan dia. Tapi bila ada orang lain yang jadi mangsa dia baru la perkara tu sampai ke pengetahuan cikgu zumal. Alhamdulillah lepas tu budak kaki buli  dah kena tukar sekolah. Syukur sangat dia dah tak ada. Masa tu baru form 1 zumal belum sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru. Bila dah lebih sebulan baru dapat BFF tau. Tapi setelah besar nie, semua dah hilang contact tau. Sedih gak bila kenangkan masa sekolah, kawan-kawan lama tu tak tau ke mana.

Kalau masa PJ (pendidikan jasmani) pula, kawan-kawan zumal selalu main bola tapi zumal selalu jadi penjaga gol jer. Dorang suka lari-lari kat padang, tinggal zumal sorang tunggu bola. Kalau kena lari pula zumal nie sentiasa kat belakang atau nombor dua dari belakang jew. 

Tentang zumal yang perlu korang tau, masa sekolah dulu kawan-kawan zumal banyak yang laki jew. Zumal nie segan dan pemalu orangnya untuk berkawan dengan orang perempuan tau. Masa kat universiti pun ia masih macam tu tapi bila zumal masuk alam kerja baru la berkawan dengan orang perempuan tau. Jadi kalau kawan sekolah tu perempuan tegur zumal sekarang memang zumal blur tau. Susah nak ingat, sebab tak rapat dengan dorang. Dorang memang la kenal zumal kan sebab satu kelas. Kesian tak? Hehe...

Macam mana kisah zumal? Menarik tak? Moga Cikgu Balqis bagi markah penuh yer... Kalau ada yang join cepat-cepat yer hari nie last day. Selamat tahun baru 2015 semua ^-^

22 comments:

  1. Hai zumal selamat bersegmen...best gak segmen pasal zaman sekolah ni hehe sebab banyak sangat kenangannya...

    ReplyDelete
  2. betul2 skema tu.. dan terlebih rajin heheheheh

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tahniahhh :) zumal salah seorang pemenangnya. dapat pulak hadiah yang saya sponsor. heee :D mintak hantarkan nama dan alamat ke fb saya ye. untuk pos hadiah :D

      Delete
  4. Slmt bersegmen Zumal... good luck.. :)

    ReplyDelete
  5. Zaman persekolahan adalah zaman terindah yang menjadi kenangan manis diingatan. Kalaulah dapat kembali semula ke zaman itu...
    Selamat bersegmen dan semoga berjaya ya! Selamat menyambut tahun 2015!

    ReplyDelete
  6. Selamat bsegmen n hepi new year:)

    ReplyDelete
  7. Menarik nyaa kisah zumal. Sedih pun ada. wuwuwu.

    anyway, happy new year zumal!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
  9. cerita yang menarik.selamat bersegmen.

    ReplyDelete
  10. zumal ni jenis yg ringan tulang . org malas mmg suka mabil kesempatan pd orang macam ni ... semoga berjaya zumal .

    ReplyDelete
  11. hehe skema zumal masa skolah ye? cian zumal kena buli. ish nak kena ni bdk yg buli zumal tu hehe

    ReplyDelete
  12. haha memang baik orang zumal
    rajin buat kerja dan systematic
    MY-Emily

    ReplyDelete
  13. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    ReplyDelete
  14. zumal menang! tahniah. hehehe

    ReplyDelete
  15. Menarik betul kisah zaman sekolah zumal. Suka baca. Kena buli tu biasalah. Sesiapa pun pernah kena buli.cuma teruk tak teruk je. Saya tak anggap zumal skema. Tapi seorang budak.baik.dan mendengar kata. :)

    ReplyDelete
  16. datang singgah bw sini
    budak baik camni memang selalu kena buli kat sekolah, hehehe

    ReplyDelete