Booking.com
Booking.com

8 Nov 2014

UJIAN MELANDA

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Sejak kebelakangan nie terlalu banyak perkara berlaku pada zumal. Selain masalah kesihatan yang amat merumitkan ini ada beberapa masalah lain yang menimpa.

Kalau tak silap zumal beberapa minggu lalu, peti sejuk bermasalah. Nak repair rasanya rugi jer sebab dah pernah repair tapi masalah still berulang juga. Sampai la ada sesuatu yang tidak mungkin dapat direpair lagi. Selain tak sejuk kali ni kaki peti sejuk pula patah. Maybe sebab banyak stok kurma zumal sumbat dalam peti sejuk agaknya. Kena cari yang lebih praktikal untuk berniaga nampaknya. Nasib la zumal dah jarang masak jadi dalam peti memang tiada stok makanan basah.

Televisyen pun dah bunyi lain. Televisyen kotak jew pun. Ini pun ihsan dari Pak Lang sebab televisyen zumal yang asal memang dah lama rosak. Nak repair? Rasanya harga repair pun dah hampir sama dengan televisyen tu. Hehe. Soundnya dah makin sengau pun. Lagi pun kurang sangat menonton televisyen nie. Tok saja yang sentiasa ditemani televisyen nie. Zumal pada hari dan masa tertentu jew memang excited nak menonton televisyen.

Sejak dua hari lepas A850 ni pulak buat hal. Asyik kehabisan bateri. Bila charge tak nak penuh. Inilah benda paling penting bagi zumal. Sebab segala aktiviti online zumal menggunakan phone. Dah hampir setahun dia dah nak buat hal. Bila terlalu banyak perkara berlaku memang membuat air mata berlinangan. Tak pe la zumal redha je la mungkin kifarah terhadap salah silap yang zumal tak sedari.
Mulanya zumal ingatkan masalah bateri phone. Setelah tukar bateri phone pun tetap bermasalah. Bila begitu zumal dah rasa malas nak fikir. 

Masalah rumah pun pelbagai juga. Sejak arwah tok wan zumal ada pun masalah nie telah berlaku. Rumah zumal nie bocor sana-sini. Tapi bagi zumal ia tak terlalu serius kerana kawasan kebocoran bukan ruang yang zumal gunakan selalu. Rasanya memang zumal tak guna pun. Pengguna rumah pun hanya zumal dan tok. Rumah nie terlebih luas untuk guna segenap ruang. Lagi pun rumah nie lebih tua dari zumal iaitu dari tahun 1980. Design rumah jenis nie rasanya dah tak ada lagi. Ada sedikit pelik...

Apa pun zumal redha je la menghadap masalah ini. Moga suatu hari nanti zumal dapat atasi segala masalah ini. Zumal harap dapat berikan keselesaan untuk tok. Moga tok gembira selalu. Wassalam...

18 comments:

  1. Dugaan semua tu zumal. Semoga zumal tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  2. Sabar byk2 ye, Zumal. Memang kadang2 bila semuanya datang serentak/bertimpa-timpa, lelah juga dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. Sabar byk2 ye, Zumal. Memang kadang2 bila semuanya datang serentak/bertimpa-timpa, lelah juga dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. Banyak ye dugaan yang melanda Zumal. kesian zumal... banyak banyak bersabar ye. Allah bagi ujian tu maknanya Allah sayang kat kita.

    ReplyDelete
  5. tabah ye zumal.. tak pe settle pelan2..:)

    ReplyDelete
  6. Banyak2 bersabar dan redha dengan ujian Allah SWT,,.Moga ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku ..

    ReplyDelete
  7. sabar dalam menempuh ujian. moga diberi jalan untuk menempuhinya.

    p/s : sory bro lama tak singgah :)

    ReplyDelete
  8. Kemain lagi keluhan tu zumal..sabar inilah kehidupan..

    ReplyDelete
  9. byk betul masalah dan dugaan Zumal tu..tap tak per..hadaapi dgn tenang ye..kalau ada duit sikit tu tukar dulu mana yg penting..SABAR..in Sha Allah rezeki Allah itu luas..mohon sahaja kepada nya

    ReplyDelete
  10. Jika Zumal menggembirakan hari Tok..Allah akan menggembirakan hati Zumal..kiranya Zumal ni di bawah jagaan Tok dan Tok Wan dari kecik ke

    ReplyDelete
  11. BEGITULAH KEHIDUPAN ZUMAL SENTIASA BERGANTI PAHIT MANISNYA...BERSABAR YA..

    ReplyDelete
  12. Yer JM, zumal dari buka mata memang arwah tok wan dan tok yang jaga...

    ReplyDelete
  13. sesetengah orang langsung takde sesapa kat dunia ni, untung lah Zu Mal masih ade Tok...bersyukur

    ReplyDelete
  14. kt rumah ni ponn ade je masalah.. bile duit makin susuut nt ada je xkene.. sabar jela kan.. dugaan :)

    ReplyDelete
  15. nampaknya nak kena keluarkan lenovo dalam wishlist la camni.

    sabaq na.dugaan. ^^

    ReplyDelete
  16. sabar ye zumal..setiap ujian ada hikmahnya..i'Allah, klau kita nak senangkn org lain, tmbh2 tok Zumal, hiduo Zumal akn dipermudahkan..klau xdpt sekarang, mungkin nanti2 di masa depan..

    ReplyDelete
  17. Masalah sentiasa datang silih berganti,zumal.
    Same goes to me.
    Lepas setelkan satu...suddenly comes another 1.
    Doakan Allah bagi kekuatan n ketabahan kat kita:)

    ReplyDelete
  18. mslh mmg mcm2 dtg dlm hidup ni. ana ni pon dok dgn fmly mcm2 mslh n ujian. tp xpe, redho n hadap je inshaAllah ada jlnnye hehe

    ReplyDelete