Booking.com
Booking.com

11 Nov 2014

SEDIA BERAKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri ini adalah entri autopublish jadi kemungkinan sesuatu yang zumal kongsi ini tertakluk kepada perubahan di luar kuasa zumal. Pelik tak penerangan zumal tu? Kalau korang fikir zumal merancang melakukan sesuatu aksi memang lari jauh la apa yang korang fikir tu. Hari selasa adalah hari di mana rancangan feveret zumal kat tv. Sebab tu zumal nyatakan ia mungkin ada perubahan di luar kuasa zumal. Hari ini banyak drama aksi yang zumal selalu follow terdiri dari Plan B, Marvel Agent of Shield dan Hawaii Five O.

Kalau ikut jadual siaran sebelum ini pukul 10.00 malam di TV3 ada drama Plan B. Drama ini mengisahkan latar hidup 3 orang pemuda lelaki yang berjanji bersaudara sejak kecil. Kini dorang didatangi seorang gadis yang sekepala dengan dorang menjadikan mereka sekumpulan. Mereka dari latar belakang keluarga berbeza tapi punyai hobi yang sama iaitu drift. Pada pandangan zumal aksi yang ditonjolkan tidak la sehebat filem aksi drift. Tapi segala yang ditonjolkan memang tak boleh dijadikan ikutan yer. Tengok aje la bagi yang nak tengok. Hehe.
Kebiasaannya selepas drama bersiri Plan B, akan menyusul pula drama Marvel Agent of Shield. Drama ini akan menyusul jam 11.00 malam di TV3. Dalam drama ini aksinya lebih hebat la kerana drama omputih kan. Drama ini mengisahkan satu unit khas yang hebat dan dilengkapi pelbagai kemudahan yang futuristik. Zumal memang suka drama camni. Kalau korang tengok filem Captain America mesti faham la serta sikit sebab musuh utama agent Shield nie adalah Hydra. Hydra nie telah memporak-perandakan agent Shield nie dengan adanya musuh dalam selimut dalam organisasi mereka. Banyak pembunuhan telah berlaku dan menyebabkan para agent ini tidak tahu siapa sebenarnya musuh mereka.
Kemudian pada jam 12.00 tengah malam zumal akan ubah channel ke TV2 pula untuk ikuti drama Hawaii Five-O. Siri Hawaii Five-O nie memang zumal ikuti dari siri lama lagi. Kini Hawaii Five-O nie dah agak moden. Zumal suka sangat drama bercorak kepolisan dan penyiasatan macam nie. Kalau siri Malaysia zumal suka Gerak Khas. Tapi sekarang siri tu dah lama menyepikan diri. 
Hari selasa aje la paling lama zumal habiskan masa malam di depan televisyen. Kalau televisyen makin sengau sure dah tak best. Hehe... Selamat menonton yer.

#saja buat entri ni awal2 takut phone zumal problem.

14 comments:

  1. ingatkan zumal nak bertukar jadi power ranger ker...cerita rupanya...hihihi

    ReplyDelete
  2. sesekali nonton juga drama aksi ni...

    ReplyDelete
  3. Lya suka citer HAWAII 5 O hehehe

    ReplyDelete
  4. wah Plan B nampak best.. lagi2 ada Shukri Yahaya..huhu

    ReplyDelete
  5. zumal layan ye drama drama tu. saya nak tengok juga Plan B tu tapi bapak saya dah kuasai TV kat rumah. tengok iklan je la...

    ReplyDelete
  6. mlm tadi pun ada tgk Hawai Five O ni my feveret

    ReplyDelete
  7. Handphone saya ni pun slalu buat problem. Belum setawun pun.
    Kalau nak start blogging, awal-awal tu off dulu.

    ReplyDelete
  8. mama takde melayan tv lagi dah sekrang ni.. hihi

    ReplyDelete
  9. xpernah tgk la zumal.. dh jarang tgk tv. hehe

    ReplyDelete
  10. Plan B macam best tapi tak pernah lagi tengok

    ReplyDelete
  11. tiga2 tu ana tgk gak. tp ana lg layan citer Crinimal Mind & CSI Miami hehe

    ReplyDelete