Booking.com
Booking.com

9 Nov 2014

OH TELUR IKAN

Sumber chef Google 
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Pada mulanya hari nie zumal nak menyepikan diri kekalau phone zumal ada problem. Tapi zumal tengok ok pula phone zumal pagi nie. 

Jam 12.00 tadi tengok Jalan-jalan Cari Makan atau glamer dengan hashtag #jjcm tu yang dihoskan oleh Naz yang bakal masuk final Liga Lawak Superstar malam ini di TV3 juga. Ceritanya bila tengok bab makanan, zumal turut teruja nak makan. Bila tengok gulai telur ikan kat JJCM tu zumal terkenang masa dulu. Dulu tok suka masak telur ikan macam dalam gambar tu. Tok wan yang rajin mencari telur ikan tu bersama zumal ke serata pasar yang ada. Masa tu zumal memang sentiasa di rumah al maklum la bisnes kat rumah masa tu. 

Sejak arwah tak ada memang dah lama tak makan telur ikan camtu. Yang jadi problemnya zumal tak pernah ambil tahu telur ikan jenis apakah itu. Urusan beli tu hanya tok wan yang tahu. Kat JJCM tadi telur ikan tenggiri tapi rasanya yang tok wan beli dulu telur ikan lain. Telur ikan ni memang susah sangat nak cari kat Perlis nie. Maybe ikan banyak yang membujang macam zumal agaknya.

Fuh rindu gulai telur ikan tu. Tok pun bersara dari dunia dapur. Doakan zumal terjumpa telur ikan tu. Hehe... Tata titi tutu...

19 comments:

  1. perghh..cam sedap jer zumal.. xpernah lg mkn.. yg gmbr tu msti msk asam pedas kan.. bru jer lps mkn td.. huhu

    ReplyDelete
  2. kata orang cina makan telur ikan mudah pelupa...

    ReplyDelete
  3. tak penah cuba makan telur ikan...entah ape rasanye yer...hehe

    ReplyDelete
  4. dah banyak pageview letak la kat pingje . huhuu

    ReplyDelete
  5. fuhh telur ikan... nadyya suka makan.. lg2 masak asam pedas.. fuhhh terliuq sat ;)

    ReplyDelete
  6. macam sedap je telur ikan tu. tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  7. Perghhhhh terliur plak.. ase lame btl xmkn telo ikan.. ayu suke telo ikan goreng bodo2 gituu

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan telur ikan..rasa nak makan lah pulak..

    ReplyDelete
  9. kena cari luar perlis la zumal.. hehe

    ReplyDelete
  10. kena cari luar perlis la zumal.. hehe

    ReplyDelete
  11. hahaha lawak pulak part ikan byk mmbujang tu =P

    sedapnya telur ikan! fuhhhh telioq hehe

    ReplyDelete
  12. Akak suka telur ikan terubuk. Masak gulai lemak :)

    ReplyDelete
  13. feveret telurrr ikannn! yummehhh

    ReplyDelete
  14. alaa..ingatkan Zumal gi mkakan kari telur ikan..nampak menarik sgt rupanya gambar dari google tertipu tau

    ReplyDelete
  15. Wahhh.. saya pernah makan seali je. Mmg best.. sedap. Kat sini susah nak carilah... :(

    ReplyDelete
  16. jarang makan telur ikan ni. tapi rasanya mmg sedap kalau masak ngan kari.. hehhe

    ReplyDelete
  17. Ikan pun membujang ke,zumal?
    Mungkin ada masalah fertility.
    Hehe..macam patient kat klinik.

    ReplyDelete
  18. sedapnya lahai. selalu makan telur ikan yg kecik tu je. sesat kat ikan2 yg dibeli. hehe

    ReplyDelete