29 Nov 2014

KINI DI HOSPITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang korang tahu tok zumal sering tidak sihat. Tapi dalam pukul 7.40 malam tadi tok batuk-batuk hingga mengeluarkan darah. Pada mulanya hanya cecair tapi bila dah lama keluar ketulan merah dan cecair yang agak pekat. Zumal pun dah rasa kurang senang dan makin risau.

Jam 8.30 malam zumal hubungi Mak Lang untuk bawa tok ke hospital. Dalam jam 9.00 malam zumal dah berada di hospital. Selepas mendaftar, tok terus di bawa ke wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah. Agak cepat masa daftar tapi masa untuk menanti tok diperiksa tu agak lama juga kerana terlalu ramai pesakit di bahagian kecemasan.

Masa di wad kecemasan tok asyik batuk berdarah. Naik takut gak zumal rasa. BP tok juga amat tinggi. Setelah diperiksa, doktor nyatakan tok kurang darah. Lepas tu tok dibawa pula untuk di x-ray. Keputusannya doktor suspect tok ada kanser atau pun tibi. Untuk mengesahkan lagi tok terpaksa dimasukkan ke wad. Disamping tu tok juga perlu ditambah darah.
Malam nie Mak Lang temankan tok di wad. Zumal ada di luar wad sahaja kerana kat dalam tak ada orang lelaki. Di kesempatan itu zumal menaip entri ini. Nampaknya program yang dijadualkan pada bulan 12 nanti zumal terpaksa batalkan. Zumal kena jaga tok. Itu lebih penting. Ok la selamat tidur semua... Tata titi tutu...

16 comments:

  1. Semoga tok zumal cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. berapa umur tok zumal skrg..harap2 x de maslah yg berat ye. Semoga Tok Zumal cepat beransur pulih. Aminn

    ReplyDelete
  3. tak mengapalah..yg penting tok kembali sihat..

    ReplyDelete
  4. semoga tok zumal tabah menghadapinya dan dipermudahkan urusannya ... semoga cepat sembuh... aaamin.

    ReplyDelete
  5. Semoga tok cepat pulih sepenuhnya spt sediakala... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Owh...dah dapat jawapan untuk HTF.
    Kesiannya Tok batuk darah (haemoptysis) sampai kene transfuse blood.
    Nanti update perkembangan Tok ye.
    Harap Tok sihat seperti sebelum ni.

    ReplyDelete
  7. smoga tok zumal cpt sembuh..amin

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh tok kepada inche zumal.

    Baru tahu HTF tu Hospital Tuanku Fauziah, hihi

    ReplyDelete