Booking.com

1 Nov 2014

JAGA CUCU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal belum dapat cucu yer. Ini cerita mengenai cucu Teh iaitu anak Kabu. Seekor anak Kabu telah pergi buat selama-lamanya semalam. Kesian sangat dekat si bulus tu. Kalau korang nak tau Kabu nie tak fokus pun jaga anak. Jiwa muda remaja rasanya. Hanya tahu bergembira sahaja bersama adik-adiknya yang dah besar tu iaitu Boboy dan Net. 

Dua hari lepas Kabu memindahkan anaknya ke dalam kotak yang zumal sediakan untuk Teh dan anaknya. Kabu hanya menjaga anaknya sesekali ja. Tugas menjaga sepenuhnya diberikan kepada Teh iaitu ibunya. Jadi Teh terpaksa menyusukan hingga 8 ekor meow iaitu 4 anaknya dan 4 cucunya. Kesian zumal tengok Teh yang agak tak bermaya. Maklum la tugasnya dah melampaui keupayaannya. Zumal hanya mampu berharap anak-anak bulus tu dapat survive untuk hidup. Ok korang, selamat berhujung minggu k. Wassalam...

17 comments:

  1. Ibu kucing perlukan lebih banyak makanan agar dapat menyusukan anaknya dengan baik.

    ReplyDelete
  2. haha.. apa ni zumal bg semua 8 ekor menyusu. bg botol susu la sikit. hehee

    ReplyDelete
  3. Salam zumal...tahniah sebab
    menang pengomen terbanyak dekat blog saya =)

    sila klik link untuk maklumat lanjut

    pemenang-komen-terbanyak-bulan-oktober.html

    ReplyDelete
  4. tragis lagi dramatik kisah bebulus zumal ni....

    ReplyDelete
  5. Kesiannya.. cabaran hidup kucing kan...

    ReplyDelete
  6. hishh!!...cian neneknya, dah jage anak...jage cucu lak...dilema seekor kucing

    ReplyDelete
  7. ciann teh.. smoga dia tabah laa.. heee

    ReplyDelete
  8. alahai.. siannya la..ada juga mak macam tu... hmm, saya ni pun ada kucing baru. tengah bunting. harapnya pandailah jaga anak.

    ReplyDelete
  9. Kesiannye...
    nampak kucing pon ade nilai kasih syg antra satu same laen...
    Tp nape ade sstgh mnusia tak pikir cmtu..
    Semoga anak and cucu tu selamat semuanya zumal

    ReplyDelete
  10. waaa..kucen..sy suker kuceng..kiutt. tapi tengok gmbar, mcm..waww..banyaknyaa anak kuceng..harap2 semua ssurvive :D

    ReplyDelete
  11. kesiannya...letih dan penat sebenarnya menyusu ni.

    ReplyDelete
  12. Baru saya tahu kucing pun suka enjoy enjoy ye. tapi memang. kucing yang muda muda ni memang jarang nak jaga anak dia.

    ReplyDelete
  13. nampaknya Zumal perlu sediakan makanan berkhasiat buat KAbu agar dia lebih segar , sihat dan bermaya..dapat menghasilkan susu yg byk

    ReplyDelete