Booking.com

25 Nov 2014

BILA BANJIR TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama zumal membiarkan blog ini sepi. Al maklum la phone zumal demam. Semalam kalau ikut perancangan memang nak update tapi sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan. JKM tak dapat dipisahkan dengan bencana. Bila ada bencana habis semua skop kerja berubah kepada pengurusan bencana. 

Semalam zumal dan rakan-rakan sekerja bergelumang dengan barang-barang dalam stor. Selain tu ada yang ditugaskan menyediakan makanan untuk mangsa banjir di samping ada yang bertugas di pusat-pusat pemindahan yang dibuka. Ada lebih kurang 15 pusat pemindahan dibuka di kawasan dilanda banjir. Menjelang petang ada pusat pemindahan ditutup kerana banjir kembali surut.

Dalam menguruskan bencana beberapa hari ini, JKM turut dibantu oleh ATM, Malaysian Relief Agency dan beberapa NGO lain serta para sukarelawan. Semasa zumal menaip entri ini masih terdapat mangsa-mangsa di pusat pemindahan dan bantuan terus disalurkan buat mereka. Semoga mereka tabah dalam menempuhi dugaan melanda. Zumal harap keadaan pulih seperti sedia kala.


Buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog zumal Insha Allah settle segala kesibukan nie zumal akan membalas kunjungan korang yer. Wassalam...

33 comments:

  1. Semoga mangsa banjir tabah, sabar dan redha menghadapi musim banjir sekarang. Mujur ada JKM @ Zumal dan lain-lain agensi yang sedia membantu.

    ReplyDelete
  2. kawasan mana tu ya yg terlibat banjir?

    ReplyDelete
  3. salams zumal,

    wah dah start banjir kat sana...perlis tang mana yg kena banjir tu?

    ReplyDelete
  4. perlis pon banjir?
    semoga mereka tabah la :)

    ReplyDelete
  5. moga banjir kembali surut. hujan turun tak menentu.

    ReplyDelete
  6. kesiannya diorang.. moga diorang tabah mghadapi dugaan banjir.. zumal jaga kesihatan juga ye ;)

    ReplyDelete
  7. moga banjir cpt surut , dan semuaa dilindung oleh Allah .aamin :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah banjir dah surut, sebelum nie banjir di Chuping, Arau, Repoh dan Padang Besar jew...

    ReplyDelete
  9. semalam tgk berita air naik..harap2 rumah Zumal tak terlibat dgn banjir lah ye..kawasan mana yg teruk kena banjir tu ye

    ReplyDelete
  10. perlih pun banjir jugak rupanya. lama plak tk baca berita.

    ReplyDelete
  11. Semoga semua mangsa banjir tabah.
    Alhamdulillah kami kat Seremban memang x pernah kena.
    Berkhidmat untuk negara ye,Zumal :)

    ReplyDelete
  12. Salam singgah sini Zu Mal...Alhamdulilah...dengan bantuan macam ni dapatlah meringankan beban mangsa2 banjir itu yer Zu Mal..

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan & selamat semuanya... aamiin.

    ReplyDelete
  14. musim banjir sekarang nie.. kene berhati2.. Zumal buat kerja mcm nie besar pahalanya...

    ReplyDelete
  15. Asalam Zul wah rajin ukuhuwa yang sihat kan minda

    ReplyDelete
  16. kesian mangsa-mangsa banjir
    nasib baik kampung ayah saya tak dinaiki air

    ReplyDelete
  17. saya rasa kerja zumal ni best cuma penat sikit je la kan.

    ReplyDelete
  18. kat sini blum banjir lagi . huuu

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah.. banjir dh semakin surut :)

    ReplyDelete
  20. musim kang sekarang. harap semua baik2 aja. amin.

    ReplyDelete
  21. wah..bagus betul zumal ni..selamat bertugas lah ye..semoga banjir di Perlis semakin surut dan keadaan bertambah baik.

    ReplyDelete
  22. dah agak dah menyepi pasal banjir ... pahala tlg org kena bencana ... insha Allah dipermudahkan .

    ReplyDelete
  23. semoga dipermudahkan segala urusan zumal untuk membantu mangsa2 banjir...

    ReplyDelete
  24. Mesti penat kan Zumal.
    Semoga ceria2 selalu.
    Tok apa khabar? Sihat ke?

    ReplyDelete
  25. Tok zumal agak kurang sihat Doc... Zumal dah tak tahu ikhtiar untuk tok...

    ReplyDelete
  26. Dugaan Allah pasang dan surut, semoga mangsa2 banjir sentiasa tabah...

    ReplyDelete
  27. Waah amalan mulia. Semoga dalam lindungannya :)

    ReplyDelete
  28. skrg dah x banjir dah kot no zumal?

    ReplyDelete