19 Oct 2014

THE X FILE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi Ahad ini zumal nak share satu rumusan dan teori zumal tentang makhluk asing dan UFO yang telah zumal buat pada 5 Jun 2005. Zumal telah menyelongkar semua semua kotak dan almari yang ada dalam rumah zumal untuk share kisah-kisah penemuan UFO di Malaysia baru-baru ini. Itu sebenarnya hanya sebahagian tapi selebihnya sudah tak dapat dikesan. Jadi entri ini adalah penutup kisah UFO buat seketika. Betapa poyonya ayat ini.

Ihsan Google: gambar rupabentuk UFO yang pernah ditemui
Seperti mana yang kita ketahui sains dan teknologi telah berkembang pesat dalam koloni manusia sebelum Masihi lagi. Jadi teori zumal mengatakan zaman sebelum itu telah pun maju dan manusia telah mempunyai gaya hidup moden yang mungkin melebihi kemampuan manusia hari ini. Manusia juga pernah ditimpa bencana besar seperti banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S tetapi teori zumal mengatakan bahawa sebelum terjadi bencana itu, sebelum atau selepas itu masyarakat manusia di dalam benua lain di dunia ini telah pun mencipta kenderaan canggih untuk terbang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Keturunan manusia yang terselamat dari bencana banjir itu adalah penduduk bumi pada hari ini tetapi sebelum itu mungkin sudah ada kelompok manusia yang telah berhijrah ke planet lain untuk mengembara. Jadi makhluk asing itu mungkin manusia juga. Mereka mungkin malu atau takut untuk menunjukkan diri.

Bagi menafsir kekeliruan yang muncul tentang penemuan tapak kaki yang tidak serupa manusia itu, teori zumal adalah perkembangan bioteknologi mereka mungkin lebih maju dan canggih dan tapak yang dijumpai tu mungkin tapak kaki haiwan klon dan juga telah mengalami perubahan genetik atau percantuman beberapa jenis haiwan. Siapa tahu?

Kedatangan UFO ke bumi mungkin disebabkan mereka ingin melihat bagaimana perkembangan planet asal mereka atau planet nenek moyang mereka. 

Mereka mungkin ingin kembali ke bumi tetapi takut jika kehadiran mereka tidak diterima kita. Jadi mereka mencari satu kawasan yang jauh dari perkampungan manusia untuk mendirikan penempatan baru mereka di bumi.

Selain itu kemungkinan koloni mereka mempunyai manusia cyborg yang mungkin menggerunkan manusia di bumi jadi mereka takut untuk bersemuka dengan penduduk bumi.

Apa pun yang zumal tafsirkan ini kita kena yakin kekuasaan Allah. Mungkin ada makhluk lain yang Allah ciptakan yang tinggal di alam semesta ini. Atau mungkin mereka adalah golongan yang telah diselamatkan Allah dalam sesuatu bencana dahulu kala.

Ini semua adalah pendapat zumal secara peribadi. Ia bukan untuk menakutkan anda atau menyebarkan fahaman atau memesongkan akidah anda. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian perkongsian zumal. Wassalam...

Berikut adalah entri berkaitan:

Kisah 1
Kisah 2
Kisah 3
Kisah 4
Kisah 5
Kisah 6



18 comments:

  1. all about ufo . nanti nak baca kisah2 ufo yg lepas2 tu . nice sgt :D

    ReplyDelete
  2. nice sharing zumal.. nadyya baru tahuu.. hihi..
    msty comel kan.. :)

    ReplyDelete
  3. wow... terbaik la zumal siap kaji.. ternganga mulut bila baca. nice sharing zumal :)

    ReplyDelete
  4. Hehe zaman muda dulu punya cerita ^_^

    ReplyDelete
  5. yup kita kena percaya semua itu adalah kekuasaan Allah :)

    ReplyDelete
  6. Arini duk pakat baca ttg UFO pulak hahaha

    ReplyDelete
  7. mungkin pendapat zumal ada benarnya hanya Allah yg mahatahu....

    ReplyDelete
  8. dorang datang utk "Kedatangan UFO ke bumi mungkin disebabkan mereka ingin melihat bagaimana perkembangan planet asal mereka atau planet nenek moyang mereka"

    waduhh..sakit kepala nk mikir nih

    ReplyDelete
  9. sebenarnya memang ada makhluk lain di planet2 di atas tu :) tusebab kita kena percaya ada makhluk lain kat mukabumi ni... sha cuma pelik bila orang kecoh pasal kehidupan ganjil yang jarang dijumpai.... sedangkan itu kehidupan yang Allah jadikan jugak...

    ReplyDelete
  10. Ya.. tidak dinafikan mmg ada makhluk lain yg tinggal di alam semesta ini. Jin & syaitan pun antara yg terbukti sbg makhluk selain manusia.. pasti ada bnyk lagi... wallahualam..

    ReplyDelete
  11. dahsyat betul teori zumal dan memang logik juga apa yang Zumal cakap.

    ReplyDelete
  12. dah macam researcher pulak. hehe ^^

    ReplyDelete