15 Oct 2014

SARAPAN DENGAN KABU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal dan tok tak berapa sihat. Jadi zumal duduk di rumah saja jaga tok. Pagi nie tok teringin makan roti canai telur. Mengidam macam-macam tok zumal nie.
Rupanya ada lagi yang mengidam roti canai telur tu. Kabu menunggu di bawah meja masa zumal dan tok tengah sarapan tadi. Mulanya zumal ingatkan Kabu tak makan roti canai tapi silap tanggapan zumal tu, Kabu makan dengan sangat berselera siap tambah lagi. Bukan la makan sampai sekeping roti canai tu tapi zumal koyakkan sikit demi sedikit untuk Kabu sampailah dia tak minta lagi. 
Tengok muka penggemar roti canai 
Tengok gambar kat atas tu. Macam tu Kabu buat muka masa minta roti canai tadi. Buat muka kesian la kononnya. Teh dan lain-lain tak tahu makan roti canai. Tapi Teh tetap minta walaupun dia tak makan. Geram jer kat Teh tu. Korang sarapan apa pula?

17 comments:

  1. teringin jugak dia nak makan roti telur tu zumal...

    ReplyDelete
  2. Asalam..nie pic kabu dah makan ke lom??napa nampak muka kabu segitiga...ngeee

    ReplyDelete
  3. kucing arwah nenek dulu pon suka makan roti canai...tetiba teringat la pulak...Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  4. Woahh ajibtu!
    :D Adakah dia makan sebab ada telur atau memang dia minat roti canai?
    Kucing aku pernah aku suap dia cheese cake lepas tu dia nak lagi haha.. kelakar pula

    ReplyDelete
  5. alolo cian kabu.. lapa sgt kot zumal.hehe
    td pagi sarapan nsi putih n ikn m. asam pedas.. hehe

    ReplyDelete
  6. Fiza sarapan roti tuna kat opis..tgk roti telur tu mcm sedap la pulak..

    ReplyDelete
  7. wahh, lama tak makan roti canai telur. cik fafa kalau breakfast mesti nasi lemak.haha

    ReplyDelete
  8. biasa kalau sebut kucing mesti sinonim dgn ikan kan..tapi ni..roti canai pun dia mkn :-)

    hijau nye mata dia..mcm pakai contact lens lah

    ReplyDelete
  9. samalah dgn kucing sis . pantang nampak org dok kat meja mkn . sabar lak tu tunggu tuan dia beri ...

    ReplyDelete
  10. lama xmakan roti telur.. kucing skrg semua benda nk mkan

    ReplyDelete
  11. comel jer kabu nie....boleh makan roti canai siap...berselera plak tuhnye.. :D

    ReplyDelete
  12. Kabu nak tmn tok dia jugak la tu kan

    ReplyDelete
  13. hehehe. comel jeee kabu ni. dia pun nk tumpang skali.

    ReplyDelete