13 Oct 2014

ADIK DAH, ABANG BILA LAGI???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tanggal 12 Oktober 2014 adik perempuan zumal Nor Hakimah telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangannya yang bernama Mahsur. Tarikh tersebut dipilih bersamaan tarikh birthdaynya yang ke 29. Ops pecah rahsia dia. 

Majlis mereka telah dilangsungkan di Dewan Bukit Tinggi 2 betul-betul di belakang AEON Bukit Tinggi, Klang. Zumal hadir bersama Tok, Pak Lang, Mak Lang dan sepupu zumal Aizat. Kami sampai pun dah petang dari Shah Alam kerana tok zumal kurang sihat. Malam sebelumnya tok bengkak kakinya dan alami kepenatan yang luar biasa. Mungkin sebab jauh perjalanan dari Perlis sebelum tiba di Shah Alam tu.

Zumal dah agak pasti ada soalan cepucemas untuk zumal bila hadir dalam majlis tu. Misalnya, adik dah kahwin, abang bila lagi? Alamak kalau zumal kahwin habislah peluang nak jadi Presiden Kelab Bujang Lapok. Ops, hanya gurauan. Memang tak ada jawapan. Mungkin adik zumal sendiri boleh agak kenapa zumal tak kahwin. Ha... Camne boleh adik jawab ke soalan yang mengimbau kenangan nie. Ops, sorry just gurau-gurau pedih sikit.

Apa pun dalam entri ini zumal ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Nor Hakimah dan Mahsur. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu... Amin.
Sorry zumal tak ada dalam gambar sebab zumal nie sangat pemalu di majlis perkahwinan. Haha...

17 comments:

  1. singgah malam disini :).... terbaik

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pengantin baru. Ayuni ingat Zumal umur 26 tahun bila tengok gambar. Tidak mengapa, Zumal muda lagi. Jodoh yang baik akan tiba dalam keadaan yang ghaib dari pandangan dan fikiran kita. Kita tidak mengetahuinya sehingga kita belajar untuk memahami dan menghargainya :)

    ReplyDelete
  3. Saya doakan agar Zumal segera bertemu jodoh yang baik. Amin....

    ReplyDelete
  4. thniah dan slamt pengntin bru buat kedua mmpelai..i'allah, gilirn zumal otw tu..^^

    ReplyDelete
  5. selamat pengantin baru nur hakimah...xlama lagi abangnya pula tu...

    ReplyDelete
  6. tahniah dan selamat pengantin baru...
    takpe lah zumal
    insyallah kalau ade jodoh smpai lah saat tu

    ReplyDelete
  7. Ayuni: zumal nampak muda yer? Kikiki ^_^

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin baru adik Zumal...semoga berbahagia hingga ke syurga...aamiin
    Rilek je zumal...insya Allah, ada jodoh zumal, tak ke mana...abang ipar saya pon masih tak khawin lagi walaupun adik2nya dah ramai yang khawin...sabar yer...

    ReplyDelete
  9. tahniah bt adik zumal..
    cantek sgt..
    xpela zumal sabar ye.. inshaallah ade yg terbaik lpas ni :)

    #alamak. tempat nihh btl2 dkt dgn rumah exbf nadyya laaa..hahaha

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah.. slmt pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  11. kalau ada jodoh, takkan ke mana.. jangan tak jemput kitorang, sudah la... hehehe.

    ReplyDelete
  12. wahhh tahniah buat adik Zumal.
    inshaAllah nti2 jodoh abg nye pulak hehe..


    naik cemuih gak dgr soalan cepuCemas tu tiap kali p knduri hahaha

    ReplyDelete
  13. sabau...kalau ada jodoh..lambat laun akan datang gak..cewahh...hehehe =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. tahniah kepada adik. Allah dah atur semuanya. sampai masa pasti giliran zumal pulak. ^_^

    ReplyDelete
  15. adik dh umur 29 tahun tu elok lah kawin...kalau jangkau ke 30's nanti agak susah nk dpt pasangan compre tu lelaki kalau umur 30's still masih menjadi rebutan dan idaman kerana ekonomi dh kukuh so Zumal don worry..in sha Allah ada jodoh Zumal nanti :-)

    ReplyDelete
  16. tahniah kpd adik zumal. zumal cepat sikit kawen. hehe. sorry, soalan tipikal.

    ReplyDelete
  17. tahniah kepada adik bro zumal. moga bahagia ke syurga :)

    ReplyDelete