Booking.com

31 Oct 2014

RASA


RASA

Sudah azali
Aku senantiasa
Terpinggir
Dipinggir

Sebak
Rasa tak dihargai
Rasa sia-sia

Tapi
Masa kau tiada
Aku lakukan segala
Hingga diri terabai
Hanya untuk kau

Tapi
Setelah kau kembali
Aku tak kau lihat
Tiada sebarang ucap

Tapi
Mereka semua
Kau hargai
Lebih dari ucap

Tiadakah 
Sebarang nilai
Sebarang ucap
Untuk aku
Telah lakukan segala untukmu

Atau
Aku sekadar
Seperti dinding konkrik
Tiada harga
Menanti rebah
Hanya berteman sepi
Terkilan
Sangat terkilan

Tak kupinta
Apa yang kau berikan
Pada mereka
Tapi
Cukuplah sekadar kau ucap

'Terima kasih'

Nukilan hati : Ahmad Zu Mal Md Rayi 

30 Oct 2014

DAH DAPAT BABY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah tengah hari tadi Teh selamat melahirkan 4 cahaya mata. Bertambah la ahli keluarga zumal. Kalau ikut perkiraan jumlah meow yang ada kini 15 ekor. Tapi disebabkan dua ekor yang menumpang dah berjaya keluar dari garis kemiskinan kini jumlah yang zumal bela hanya 13 ekor jew. Apapun pasti meriah rumah zumal tak perlu tunggu raya. Hehe...



29 Oct 2014

Menara Liberty Malaysia Siap 2018

The Project Liberty Tower

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malaysia bakal ada patung liberty pada tahun 2018. Nak jadi New York pula...

I-City bakal membangunkan projek pembangunan gaya hidup ala New York iaitu The Project Liberty Tower. I-City telah mendapat tempahan yang memberangsangkan iaitu dengan 250 unit dalam projek itu telah pun ditempah. The Project Liberty Tower ini dijangka menjadi bandar iconic dan bakal menyumbang pembangunan negara terutama Selangor.

Menara liberty tersebut bakal dibangunkan berhampiran pusat membeli-belah, kedai runcit dan kedai hiburan yang menampilkan gaya hidup New York.

Sesi pra-tonton projek ini bakal diadakan di I-Galeri, I-City pada 1 dan 2 November 2014 ini. Sumber.

#Apa pendapat korang tentang projek ini. Terutama patung liberty tu?

HILANG DALAM TERANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam seharian busy. Hari ni nampaknya still busy. Tapi di sebalik ke-busy-an zumal mencelah gak untuk melepaskan rindu pada blog tercinta nie. Hehe. Sebab tu juga zumal menghilangkan diri sementara.

Selain tu bila terlalu busy, idea untuk blog pun terbantut. Kesian kat blog zumal nie terpaksa dianaktirikan yer. Entah apa zumal nak post. Hanya kerja post surat jew sebab zumal ganti PAP kat ofis nie. Ada dua orang, semua pergi obersea tau. Sorang bercuti, sorang bertugas kat Incheon Korea untuk bawa atlet OKU negara. Terbaik la kawan-kawan zumal. Dengar citer banyak dah kumpul emas. Mesti masyuk la dia lepas nie. Hehe.

Semalam balik rumah terkejut tengok sebakul buah delima kat atas meja. Rupanya Mak Lang belikan untuk tok. Tok memang senyum sampai telinga bila dapat buah delima tu sebab feveret dia. Zumal pun bedal gak sebab dah banyak sangat. Dua bijik zumal makan. Terima kasih Mak Lang. Bagus untuk kesihatan makan delima nie, di samping tu delima juga makanan sunnah.
Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung  dan membaca entri2 merepek di blog zumal nie. Sayang korang semua...

28 Oct 2014

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini zumal rasa sedikit sihat untuk kembali bertugas. Syukur sampai je di ofis ada ketenangan. Moga tak macam selalu. Bila tak lihat muka-muka tertentu tiada la sangat tekanan. Zumal faham siapa zumal dan faham siapa dia. Cukuplah mencari kesalahan orang jika masih tak mampu lihat kekhilafan dalam diri sendiri. Cukuplah menilai kerja orang lain lebih afdal fokus kepada tugas masing-masing yang menjadi tanggungjawab 'tuan'. Jangan pula luluhkan semangat zumal untuk mulakan minggu ini dengan lebih sempurna. Apa pun zumal sentiasa lakukan apa yang ditugaskan dalam 'working hour'. Petang nie zumal nak tumpukan kepada persiapan kelengkapan bencana pula. Moga segala urusan mencapai tahap kepuasan 'tuan'. 
Fokus merekod data 

27 Oct 2014

CPUV NUFFNANG #31 TRANSITION OPTICAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah rezeki datang tanpa diduga. Setelah dapat projek Unifi semalam kini dapat rezeki dari Nuffnang pula. Nuffnang bagi CPUV baru kepada zumal iaitu Transition Optical. Terima kasih kepada Nuffnang yang pemurah dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger serta pengunjung setia duniazumal. Terima kasih semua. Sayang korang. Jangan lupa klik iklan Transition Optical yer. Baibai...

OUR DINNER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mesti ada yang menonton episod akhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna kan? Besok ada citer baru kat slot Akasia TV3. Nak tau apa citernya TENGOK SINI

Malam nie meow-meow zumal lapar awal. Sejak akhir-akhir nie 1kg makanan tu tahan untuk 3 hari . Siapa yang bela meow? Meow korang makan macam meow zumal ke? Atau meow zumal jew yang over sangat.
Nanti dah besau lagi 5 ekor dan yang dalam perut Teh tu macam mana la pemakanan dorang yer.
Bila dorang nak besau yer? Geram tengok makhluk cute nie. Mesti meriah bila mereka semua dah besar. Mesti lari sana, lari sini. Dah macam rumah untuk meow jew. Selak meow baru nampak zumal dan tok. Fuh, imaginasi melampau. Moga lepas nie rezeki berblog semakin bertambah. Dapat la support anak-anak yang makin ramai. 

Sebenarnya zumal tak de idea malam nie sebab tu entri nie agak merepek. Orang Perlis cakap melalut. Hehe. Terima kasih atas support korang terhadap blog zumal. #MaafJikaAkuTakSempurna

LAKSA UNTUK LUNCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Makan ape lunch tadi? Zumal makan laksa. Walaupun demam tapi zumal gagahkan diri mencari laksa special telur puyuh kegemaran tok. Tok suka sangat makan laksa nie. Selalu orang ingat laksa kat Kuala Perlis jew. Zumal beli kat Kangar jew. Sedap daripada yang kat Kuala Perlis tu. Siap ada telur puyuh tiga ketul. Hehe. 

Kalau korang datang Kangar nak rasa laksa yang special nie. Korang cari jew di gerai di bawah pokok angsana di Taman Sena Indah. Kat depan deretan kedai tu. Kalau dari Kangar, korang kena straight Jalan Jubli Emas selepas bulatan Jubli Emas korang akan nampak ada rumah kedai kiri dan kanan jalan. Gerai laksa nie ada di sebelah kiri jalan. Lebih familiar orang jual air kelapa tu. Dorang juga yang jual laksa tu. Sedap sehingga menjilat mangkuk yer. Jangan lupa rasa yer. Tata titi tutu...

HUJUNG DUNIA - HANIE SORAYA


Hujung Dunia - Hanie Soraya

Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka 
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia

Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya menangis ketawa
Bersama-sama

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lakui
Menjadikan kita yang hari ini

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku 


Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia

#Korang perasan suara Hanie Soraya sama macam suara Amy Mastura. 

DIA DATANG LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya dia datang lagi. Siapa? Bukan awek, ah long atau tai long tapi demam dan selsema zumal datang kembali. Maklum la zumal nie sorang yang amat sensitif. Bukan saja kesihatan tapi kulit zumal pun amat sensitif. Bila cuaca sejuk sikit dan hujan-hujan zumal pasti akan demam. Semua nie sejak sekolah rendah lagi. Dalam sebulan mesti ada sekali demam dan pernah sampai tiga kali sebulan zumal demam. Kesian arwah tok wan asyik usung zumal ke klinik. 

Kalau bab kulit pula. Terutama pada muka. Jangan la sesekali lupa cuci muka dengan pembersih muka yang biasa zumal guna. Kalau lupa, nanti confirm bengkak sana sini. Dan jerawat bagai akan muncul. Itulah tahap sensitiviti zumal. Hari ini zumal bercuti lagi. Berkotak tisu habis untuk zumal sorang jew. Hehe. Wassalam...

26 Oct 2014

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

- See more at:  http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html

BARU SEHARI DAH RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Firstly sori kepada korang semua sebab zumal belum sempat berblogwalking tau. Habis data semalam pastu pokai sama. Haha. 
Jom minum petang 
Rezeki Allah nie kita tak duga. Tengah hari tadi dapat pula projek. Alhamdulillah, zumal syukur sangat-sangat. Lepas dapat duit jer terus on data balik. Rindu nak berblog semula. Malam nie zumal balas kunjungan yer. Maybe korang tak nampak macam zumal menyepi sebab entri telah diset untuk publish. Zumal pun tak nak la blog nie sunyi jew. Ok la zumal nak minum jap. Lepas maghrib kita bersua kembali. Wassalam...

TERINGIN NAK BERBASIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama zumal tak menunggang basikal. Last masa banjir tahun 2011. Basikal sepupu zumal jew sebab masa banjir tu zumal tinggal di rumahnya. Rumah dia tak kena banjir kerana di kawasan berbukit. Rumah zumal pun tak masuk air tapi dikelilingi air dan terputus hubungan. Kami dinasihatkan pindah untuk elak perkara tidak diingini.

Berbalik kepada topik. Basikal. Dulu zumal ada basikal tapi Pak Long zumal berkenan dengan basikal tu. Arwah tok wan jual dekat Pak Long. Sayang sangat kat basikal tu sebab dah macam-macam ubah suai yang zumal buat tapi nak buat camne arwah tok wan yang beli dan dia berhak untuk jual. 

Sekarang rasa teringin nak beli basikal pula. Rasanya yang ratus-ratus jew la yang mampu. Tapi yang menawan hati tu harganya ribu-ribu. Tengok la dulu.


#entri ini adalah autopublish kerana pada hari entri ini tersiar data internet dah tamat tempoh. Hehe. Kepada rakan-rakan blogger nanti zumal berblogwalking bila data dah renew yer.

KOPI MATA CENROMA

ADVERTORIAL
KOPI MATA CENROMA

Kopi Mata Cenroma

Anda ada masalah begini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal nak tanya korang suka kopi tak? Suka? Samalah kita. Zumal pun penggemar kopi tegar. Ada orang kata minum kopi banyak-banyak nanti tak boleh tidur. Tapi bagi penggemar kopi macam zumal tak ada masalah untuk tidur. Kekadang kalau tak minum kopi yang menyebabkan zumal tak dapat tidur kerana teringat pada kopi. Dahsyat penangan kopi yer...

Pernah dengar tentang Kopi Mata Cenroma? Hari nie zumal nak perkenalkan Kopi Mata Cenroma. Jangan anggap semua kopi tu bawak effect negatif yer. Bukan semua kerana Kopi Mata Cenroma adalah kopi pertama di dunia yang mempunyai kebaikan dan kepakaran tersendiri dalam membantu merawat segala jenis masalah penglihatan seperti katarak, rabun jauh, rabun dekat, silau, migraine, gloukoma dan paling istimewa ia juga dapat menjaga kesihatan jantung, Sarah tinggi dan kencing manis. 

Berminat? Korang ingin nikmati keenakannya?

Jom shopping online Kopi Mata Cenroma di link berikut http://www.kopimata2u.com/sinarmata

MENANG TOPUP DARI MELLYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulan September lalu zumal sertai Sweet September Giveaway by Mellya. Alhamdulillah dalam giveaway tu zumal memenangi top up RM5.00 yang ditaja oleh http://syazdanny2329.blogspot.com/ Syukur sangat-sangat dapat topup free. Senarai pemenang boleh tengok kat sini. Terima kasih kepada Mellya dan Syaz. Maafkan zumal sebab lambat buat entri penghargaan ini.

#entri ini adalah autopublish kerana pada hari entri ini tersiar data internet dah tamat tempoh. Hehe. Kepada rakan-rakan blogger nanti zumal berblogwalking bila data dah renew yer.

25 Oct 2014

MASA HAMPIR TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masa hampir tiba. Itulah yang dapat digambarkan bila melihat Teh yang semakin besar perutnya. Kali nie tak tahu la berapa ekor anak Teh. Bila anak-anak Kabu dan Teh dah besar zumal ingat nak beri kepada sesiapa yang nak. Sebabnya rumah zumal dah crowded dengan para meow. Ada yang minat tak? 

AZAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah buat semua. Hari nie 1 Muharam 1436, tahun baru dan azam baru. Setiap Sabtu dan Ahad ada pasar tani beberapa blok dari rumah zumal. Mulai hari nie zumal berazam nak jalan kaki ke pasar tani. Jimat minyak, dan badan lebih sihat.

Seawal pukul 7.00 pagi, zumal mulakan pergerakan. Rasa nyaman jew sebab suasana berangin dan redup. Laluan pejalan kaki nie ada yang tak sempurna macam sarang monster jew.
Tengok pepohon menyekat laluan. Kalau kat sebelah tepi tu lagi dahsyat la keadaannya. Mungkin kerana bukan kawasan tumpuan.
Bila dah dekat dengan Bulatan Jubli Emas baru keadaan tempat pejalan kaki lebih sempurna dan terjaga. Macam cantik jew.

Dalam 20 minit zumal sampai la ke tapak Pasar Tani Mega Taman Sena Indah. Yang menyedihkan orang berniaga pun belum sampai. Zumal merayau-rayau hingga jam 8.00 pagi baru ada beberapa penjual yang memulakan perniagaan. Zumal beli ubi kayu rebus dan nasi lemak. Feveret tok zumal ubi kayu tu. Kemudian zumal meneruskan perjalanan pulang.
Ubi kayu rebus dengan kelapa parut

Wajah yang tak berapa ceria kan...

Alhamdulillah dalam jam 8.30 pagi zumal dah terpacak depan rumah. Rasa badan lebih segar. Alhamdulillah sesi melaksanakan azam berjaya. Zumal ingat nanti nak cari basikal pula. Boleh pergi kerja dengan basikal. Nak amalkan gaya hidup sihat kononnya... Ok yer semua, berjumpa di lain siaran. Insha Allah...

CPUV NUFFNANG #30

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah buat semua. Sedang melayani perasaan yang tak berapa mengantuk nie tetiba zumal tergerak hati untuk check akaun Nuffnang. Alangkah gumbira rasa hati nie bila dapati ada CPUV baru singgah kat blog zumal nie.
CPUV Nuffnang kali nie adalah Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau. Contest nie adalah anjuran Nuffnang sendiri. Kepada yang suka travel harus la join contest nie. Nak join, korang klik la pada iklan Nuffnang yang berkaitan yer. Sebelum korang meninggalkan blog ini jom cuci mata dengan gambar-gambar Macau.



Terima kasih tak terhingga buat Nuffnang yang sudi memberi CPUV ini dan terima kasih jua buat semua pengunjung dan rakan-rakan blogger yang selalu berkunjung ke blog zumal. Terima kasih...

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Maal Hijrah. Sedar atau tidak kita telah pun tiba di tahun 1436 Hijrah. Syukur Alhamdulillah. Tahun lalu pelbagai dugaan besar menimpa negara kita. Oleh itu pada 1 Muharam 1436 ini marilah kita bertekad untuk jadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Hijrahlah minda dan diri kita ke arah sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Moga Allah memberkati segala usaha kita.

Apakah azam korang tahun ini? Walau apa pun jawapannya, kita perlu berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa. Moga hari-hari mendatang lebih indah dan diberkatiNya. Insha Allah. Zumal masih belum tercapai azam tahun lalu. Tahun ini zumal bertekad agar ia dapat disempurnakan. Amin...

24 Oct 2014

First Giveaway by Zaki! Namaku

Klik Untuk Join
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Ada peminat kek lapis Sarawak tak? Jom kita bersaing untuk mendapatkannya dalam First Giveaway by Zaki! Namaku 
Zumal telah ditag oleh Nadyya dalam giveaway nie. Jom kita tengok siapa yang kena...

Kepada korang yang sedang baca secara paksa korang kena join
bersama insan yang telah ditag ini... Semoga berjaya ^_^

BILA HATI BERBICARA


Drama Bila Hati Berbicara adalah diadaptasikan daripada novel nukilan Antasya Balkis terbitan Buku Prima yang mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang jutawan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia mewar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya  telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania adalah perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnahdan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang terjadi terhadap perkahwinan mereka? Adakah rasa sayang dapat kembali menyatukan Emir dan Tania? Nantikan kisah Bila Hati Berbicara di dalam slot Akasia TV3 setiap Isnin - Khamis pada jam 7.00 malam bermula 28 Oktober ini...

Barisan pelakon: Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Idzham Ismail dan Hanna Aqeela

Drama Slot Akasia Seterusnya...

23 Oct 2014

NOT APART OF IS

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Wajah kat atas bukanlah seorang pejuang IS yang dikehendaki. Tapi IS wujud hanya untuk memperjuangkan hak yang telah ditindas. Ops kenyataan panas tak tu? Zumal bukan menyokong kekejaman tapi sedarkah kita siapa yang kejam selama ini? Siapa yang merampas bumi umat Islam? Siapa yang membunuh umat Islam yang tidak berdosa? IS wujud hanya untuk menuntut bela. Kenapa perlu pejam mata kepada puak yang lebih kejam dan jahat? Renung-renungkanlah...

#hanya sekadar pendapat peribadi tapi zumal tidak memberi sokongan terhadap kekejaman...

CPUV NUFFNANG #29 MGIA PARENT CAMPAIGN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal dah kerja. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang agak baik. Pepagi tadi check akaun Nuffnang rupanya ada CPUV baru yang singgah di teratak zumal ini. Syukur Alhamdulillah...

Kali nie CPUV MGIA Parent Campaign yang membuka tirai rezeki di teratak zumal. Terima kasih kepada pihak Nuffnang. Zumal pasti akan tetap setia padamu. Hehe... Terima kasih jua buat rakan-rakan blogger yang sudi support dan kepada para pengunjung setia blog zumal. Zumal sayang korang...

22 Oct 2014

BAKAL TIMANG CAHAYA MATA LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah menerima cucu beberapa minggu lalu kali ni Teh bakal menimang cahaya mata lagi. Sejak mengandung nie Teh makin garang. Anak-anaknya Kabu, Net dan Boboi sentiasa jadi mangsa tamparan meownya bila berselisih dengan Teh. Nasib la Teh tak garang dengan cucu-cucunya. 

HAPPY DEEPAVALI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Happy Deepavali buat semua yang meraikannya dan selamat bercuti bagi korang yang sedang bercuti...

21 Oct 2014

MASA SEDIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila time sedih atau kecewa zumal suka dengar lagu Jar Of Hearts nyanyian Christina Perri...

Jar Of Hearts

I know I can’t take one more step towards you
Cause all that’s waiting is regret
And don’t you know I’m not your ghost anymore
You lost the love
I loved the most
I learned to live, half a life
And now you want me one more time
Who do you think you are
Runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are
I hear you’re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms
I learned to live, half a life
And now you want me one more time
Who do you think you are
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are
It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you’re back
You don’t get to get me back
Who do you think you are
Runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Don’t come back at all
And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don’t come back for me
Don’t come back at all
Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Jom dengarkan nyanyian lagu Jar Of Hearts versi Maddi Jane 

9 Awesome Blogs Of The Month

Klik Untuk Join 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal mulakan blog dengan segmen 9 Awesome Blogs Of The Month anjuran blogger Suriana a.k.a SueAKGoGeous. Terima kasih Sue kerana jemput zumal. Kepada korang, jom join... Syaratnya sangat mudah... Join jangan tak join ^_^

20 Oct 2014

PERJALANAN

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini hari ketiga zumal bekerja dalam bulan Oktober. Walaupun demam masih belum lega tapi zumal berusaha juga zumal pergi bekerja. 

Pagi tadi hujan tak berhenti-henti, kebetulan pula zumal kena hadiri seminar di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Zumal redah aje walaupun tahu risiko selsema bakal lebih dahsyat. Seminar sepatutnya seharian tapi disebabkan tak dapat menahan kesejukan di dewan seminar tu jadi zumal pun beralah awal. Zumal hadir seminar hingga tengah hari sahaja. Petangnya zumal berada di ofis.

Petang dah tiada hujan. Rasa lega sikit tapi masa nak pulang dari ofis zumal lihat langit mendung je bila-bila masa bumi bakal disimbahi hujan. 

Malam. Setelah pulang beli Nasi Goreng Patayya tetiba hujan mula membasahi bumi Perlis. Zumal selamat dari terkena hujan tapi rasa sejuk tu menusuk ke tulang. Hidung ini rasa ketat sesangat. Berpapan-papan panadol dah mengisi ruang perut. Kerana masalah kesihatan nie zumal susut berat 2kg. Perkara nie zumal suka. Syukur gak sakit camni.
Bukan zumal je yang tak sihat tapi anak-anak bulus zumal pun tak sihat. Semua buat muka seposen jew. Tok pula dengan sakit giginya. Kesian pula kat tok. Terima kasih sudi membaca. Selamat malam semua. Wassalam...

ELAK RASA HEBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam kita dikejutkan kemalangan ngeri di lebuhraya Karak yang mengakibatkan kehilangan nyawa. 

Sebelum ini pernah zumal sentuh pasal elak kemalangan tapi kali ini zumal ingin kongsikan daripada pemerhatian zumal sendiri ketika menggunakan lebuhraya untuk perjalanan jauh. Topik yang zumal ingin ketengahkan adalah elak rasa hebat.

Kekadang ada sesetengah pengguna jalan raya ini merasa hebat dengan kenderaan yang mereka guna di jalan raya dan ada pula rasa hebat kerana skillnya ketika memandu atau menunggang. Kemalangan tidak kenal siapa, pemandu Ferrari pun tetap boleh terlibat dalam kemalangan. 

Pengalaman zumal semasa berada di jalan raya pernah dipotong oleh motosikal yang sedang berkonvoi, ada yang potong sebelah kiri dan ada disebelah kanan bersilih ganti. Perkara ini boleh memgundang kemalangan kerana kita tak dapat jangka apa yang berlaku dihadapan. Tambahan lagi jika kita terlalu laju, sukar untuk elak jika terserempak kemalangan di hadapan.

Jalan raya bukan tempat berseronok. Kita harus berhati-hati setiap masa ketika berada di jalan raya. Paling penting ikutlah undang-undang jalan raya kerana undang-undang diwujudkan bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk menjaga nyawa kita. 

Semoga apa yang zumal kongsikan dapat menjadi panduan kita bersama. Ingatlah orang yang tersayang. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam...

19 Oct 2014

Segmen Saya nak keychain CH #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih buat Siti Zawiah kerana menjemput zumal sertai segmennya... Jom semua sertai bersama zumal, semudah 123 jew yer... Klik banner untuk join. Selamat bersegmen yer...

Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Petang-petang gini kalau korang free apa kata kita join Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh. Jom join ^_^ 

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

KETIKA

KETIKA

Ketika
Aku sunyi
Kau hadir bersama angin lembut
Menyapa hati sepi
Tenang aku bersama deruan ombak
Bahagia aku bersama mu

Tapi
Tatkala bahagia itu pudar
Kini
Kau membadai bagai tsunami
Bersama taufan ganas
Bergelombang memusnahkan impian
Aku kau cemari dengan sarap
Dengan sisa yang bisa
Merubah aku
Menjadi kaku

Ketika itu
Aku resah
Rasa hancur hati ini
Pilu menemani diri
Walaupun kau tetap hadir
Tapi ku tahu engkau bukan yang dulu
Tiada apa yang perlu aku harapkan lagi
Dari jauh ku doakan kau bahagia...

Nukilan: Ahmad Zu Mal Md Rayi

THE X FILE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi Ahad ini zumal nak share satu rumusan dan teori zumal tentang makhluk asing dan UFO yang telah zumal buat pada 5 Jun 2005. Zumal telah menyelongkar semua semua kotak dan almari yang ada dalam rumah zumal untuk share kisah-kisah penemuan UFO di Malaysia baru-baru ini. Itu sebenarnya hanya sebahagian tapi selebihnya sudah tak dapat dikesan. Jadi entri ini adalah penutup kisah UFO buat seketika. Betapa poyonya ayat ini.

Ihsan Google: gambar rupabentuk UFO yang pernah ditemui
Seperti mana yang kita ketahui sains dan teknologi telah berkembang pesat dalam koloni manusia sebelum Masihi lagi. Jadi teori zumal mengatakan zaman sebelum itu telah pun maju dan manusia telah mempunyai gaya hidup moden yang mungkin melebihi kemampuan manusia hari ini. Manusia juga pernah ditimpa bencana besar seperti banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S tetapi teori zumal mengatakan bahawa sebelum terjadi bencana itu, sebelum atau selepas itu masyarakat manusia di dalam benua lain di dunia ini telah pun mencipta kenderaan canggih untuk terbang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Keturunan manusia yang terselamat dari bencana banjir itu adalah penduduk bumi pada hari ini tetapi sebelum itu mungkin sudah ada kelompok manusia yang telah berhijrah ke planet lain untuk mengembara. Jadi makhluk asing itu mungkin manusia juga. Mereka mungkin malu atau takut untuk menunjukkan diri.

Bagi menafsir kekeliruan yang muncul tentang penemuan tapak kaki yang tidak serupa manusia itu, teori zumal adalah perkembangan bioteknologi mereka mungkin lebih maju dan canggih dan tapak yang dijumpai tu mungkin tapak kaki haiwan klon dan juga telah mengalami perubahan genetik atau percantuman beberapa jenis haiwan. Siapa tahu?

Kedatangan UFO ke bumi mungkin disebabkan mereka ingin melihat bagaimana perkembangan planet asal mereka atau planet nenek moyang mereka. 

Mereka mungkin ingin kembali ke bumi tetapi takut jika kehadiran mereka tidak diterima kita. Jadi mereka mencari satu kawasan yang jauh dari perkampungan manusia untuk mendirikan penempatan baru mereka di bumi.

Selain itu kemungkinan koloni mereka mempunyai manusia cyborg yang mungkin menggerunkan manusia di bumi jadi mereka takut untuk bersemuka dengan penduduk bumi.

Apa pun yang zumal tafsirkan ini kita kena yakin kekuasaan Allah. Mungkin ada makhluk lain yang Allah ciptakan yang tinggal di alam semesta ini. Atau mungkin mereka adalah golongan yang telah diselamatkan Allah dalam sesuatu bencana dahulu kala.

Ini semua adalah pendapat zumal secara peribadi. Ia bukan untuk menakutkan anda atau menyebarkan fahaman atau memesongkan akidah anda. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian perkongsian zumal. Wassalam...

Berikut adalah entri berkaitan:

Kisah 1
Kisah 2
Kisah 3
Kisah 4
Kisah 5
Kisah 6



18 Oct 2014

HUJAN DAN TIDUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Petang nie hujan agak lebat di Perlis. Sampai sekarang masih hujan. Tapi dah reda sikit. 

Bila hujan camni, segala aktiviti luar anak-anak zumal terpaksa ditangguhkan. Biasa la kalau main hujan nanti demam macam zumal pula. Jadi mereka bermalas-malas kat rumah siap tidur lagi.





Kesian tengok anak-anak zumal nie. Zumal tengok kucing pun kesian tapi ada orang kat orang tak sihat pun dia tak kesian. Siap suruh kerja lagi. Mentang2 la awak besar kan. Zumal nie dah la mc banyak hari dah. Hari kerja pun doc bagi cuti tak kan hari cuti pun kena claim mc. Zumal nie kenderaan tak ada bumbung. Adil ke gitu. Alamak lari tajuk pula bila terima call tadi. Selamat berhujung minggu yer...