Booking.com
Booking.com

5 Sep 2014

TETAP BERKUALITI

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia semua. Korang selalu beli barang dapur kat mana yer? Mesti korang akan pilih tempat yang menjimatkan yer. Zumal pula pelik sikit. Kadang-kadang zumal tak beli kat hypermarket yang jual murah-murah tu. Zumal just beli di kedai runcit berdekatan dengan rumah zumal kerana pemiliknya adalah rakan zumal. Walaupun harga jualannya lebih dari supermarket dan hypermarket tapi apa salahnya kita support kawan-kawan kita yang berniaga.

Selain tu zumal pergi juga ke Kedai Rakyat 1 Malaysia untuk shopping barang-barang tertentu. Bagi korang yang tak membeli-belah di Kedai Rakyat 1 Malaysia kerana faktor tertentu, bagi zumal korang mungkin rugi. Sebabnya kat Kedai Rakyat 1 Malaysia nie harganya memang jimat. Memang bukan semua produk tu kualiti first class tapi korang kena la pandai memilih. 

Kalau dulu zumal beli sabun pencuci pinggan jenama G tetapi sejak zumal try pencuci pinggan 1 Malaysia yang seakan botol produk G ni sungguh tak disangka kualitinya juga terbaik. Kalau nak kata rosak tangan tu memang tak la sebab zumal guna dah hampir dua tahun.
Harga RM2.90 berbanding G RM5.00
Kalau mula-mula dulu zumal guna pencuci pinggan limau sekarang zumal guna yang lemon. Pencuci yang lemon lebih baik penggunaannya. Selain tu zumal juga shopping barang lain seperti tisu, sabun mandi, teh, kopi dan lain-lain. Memang jimat. Jadilah pengguna bijak. Tata titi tutu...

9 comments:

  1. kedai rakyat 1M pun berbisnis juga kualiti brg2 yg dijual.

    ReplyDelete
  2. Ya betul, ada juga pernah beli barang di sana.. tapi memandangkan kedai nih agak jauh dari rumah, maka jarang bertandang ke kedai nih..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah sini Zu Mal...barangan 1Malaysia terbaik dan murah...

    ReplyDelete
  4. kat sini x de kedai satu malaysia ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  5. Murah tapi berbaloi & berkualiti... pilihan yg bijak.

    ReplyDelete
  6. tak dinafikan walau brandingnya tak cantik tp kadang2 ada yg memuaskan hati kita sebagai pengguna kan..:)

    ReplyDelete
  7. Baru tau pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia ni ^^"

    ReplyDelete