Booking.com

25 Sep 2014

KENAPA ZUMAL SELALU LEWAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Kekadang kita terlalu mudah salah anggap pada orang. Betul tak? 

"Aku nak tanya ko apesal selalu lewat?"

"Maaf encik, jalan jem tadi"

"Alasan ko je tu. Kalau tahu jem datang la awal"

Pernah ke korang alami situasi di atas. Zumal memang selalu la. Tapi bukan alasan jem. Perlis nie kalau awak cakap jem memang bohong sangat la. Bila bos dan pegawai atasan tanya tentu soalan tu perlu dijawab. Tapi bila korang jawab, dia cakap korang bagi alasan. Habis tu apa kita nak jawab? Pening kan? Kalau la dunia tak ada undang-undang mahu jew zumal tarik telinga pegawai tu then cakap

"Kalau ko tak nak aku jawab pehal ko tanya aku?" dengan bangganya terus letak jawatan.

Ada berani kew? Orang Malaysia berbudi bahasa tak kan nak cakap gitu ye tak. Kalau dah kaya no hal la. Kerja? Buat apa kerja kalau dah kata. Jadi fulltime blogger lebih baik. 

Panjang giler intro. Intro jew tu. Berbalik pada tajuk kat atas tew. Kenapa zumal selalu lewat? Kepada orang atasan ni jawapan bukan alasan k. Zumal hanya tinggal berdua dengan tok. Tok zumal perlukan penjagaan 100%. Tok dah tak mampu mengurus diri sendiri. Semua perkara tentang tok memang zumal yang sediakan dan sebab tu zumal kena tahu masak. 

Ingat tau zumal bukan nak makan gaji buta bagi setengah orang anggap gitu. Gaji zumal tak buta. Sebabnya bila zumal tak kerja memang gaji pun tak jalan. Jadi gaji zumal tak buta k. 

Lagi satu, bila kena bawak tok pergi hospital kenapa selalu lewat masuk ofis semula? Jawapannya mudah, zumal tak ada kereta sendiri. Menumpang jew seumur hidup. Tok pula sakit tak boleh langkah naik moto. Tengok moto pun macam nampak jembalang k. Bila dah menumpang, kena la tunggu orang datang ambil. Kalau encik2 pegawai nak tolong tak pe la kan. Kekadang zumal tunggu teksi. Teksi tu kekadang 15 minit ke 1 jam k, baru sampai. Kalau kita call dia datang dari stesennya kita kena bayar sekali ganda. En pegawai nak belanja tak? Jawapannya tak. Tentu tak. Jadi masa akan habis kat situ.

Seterusnya, bila sampai kat rumah. Tok dah lapar, jadi zumal kena sediakan makanan. Kalau nak masak memang lagi banyak masa diperlukan tau. Selalu beli aje. Beli pun kena pergi cari kat kedai bukan kedai tu buat delivery k. Masa kat situ pulak. Bila keadaan dah macam tu memang perlu masa lebih. Sebab tu zumal lewat. Lagi pun jaga orang sakit kena la elok-elok nanti bertambah sakit. Orang sakit suka atau teringin macam2 jadi yang tu pun jawapan zumal gak. Maklum la kena cari sana sini. Selesai la jawapan zumal.

Kemudian sebagai pengkritik bebas zumal nak kata kepada encik2 dan puan2 kalau jadi bos atau orang atasan kena la bertimbang rasa. Ini nak ambil anak kat sekolah pun awak cakap belakang. "Eh dia nie dah tahu anak sekolah, suruh la naik bas sekolah bayar jew tetiap bulan" Awak tak pe gaji 3-5 k sebulan tapi gaji orang yang awak kata tu tak sama macam awak tahu tak. Orang ada anak, awak tu belum ada. Mana tahu kalau awak ada anak nanti lagi teruk dari dia kot.

Setakat ini dulu perkongsian zumal supaya insan bergelar orang atasan lebih prihatin kepada orang bawahan. Nak buat advertorial pulak. Zumal dah balik modal berdaftar dengan advertorial tu tau. Belum daftar? KLIK SINI. Nak belajar SEO dan nak kaji tips SEO sama.

10 comments:

  1. Sabar..sabar...orang tak pernah rasa jadi dia tak tahu :)

    btw saya dan follow blog awak dan awak harap sudi follow blog saya ya :)
    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Orang atasan memang macam tu Zumal. Bukan nak faham orang bawahan sebab mereka rasa mereka besar. Zumal kena cepat cepat cari cara macam mana nak kerja jadi blogger je sepenuh masa. Saya sendiri pun dah takut nak kerja makan gaji lebih lebih lagi bila baca entri Zumal ni. Nak jadi blogger je sepenuh masa.

    ReplyDelete
  3. Sabar ye zumal..InshaaAllah kebaikkan itu akan terbayar.....Berbakti kepada insan yg kita sayang..Moga kehidupan bro akan selalu di rahmati dan diberkati...AMin

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar.. syahdu + sebak baca kesah zumal.. xpelah kalo org atasan ckp cmtu aslkan zumal tahu setakat mana jujurnya zumal bg jawapan kat depa..

    jaga org sakit ni mmg mcm2 la kena korbankan kan.. smoga zumal terus tabah & dipermudahkan segala urusan harian aminn

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan singgah pagi Jumaat Zu Mal....Diana pun pernah mengalami keadaan mcm yg Zu Mal alami...masa tu ayah Diana sakit2...setiap isnin mesti Diana lewat masuk ofis...sampai manager marah2..tapi Diana tetap bersabar....Bnyakkan bersabar ye Zu Mal...

    ReplyDelete
  6. Sabar Zumal... apa yg Zumal lakukan tu mmg besar pahalanya. Tak semua org mampu buat.. klu pegawai2 tu pun boleh jadi tak semua mampu dan faham. Berdoa je lah.. In shaa Allah, akan didorongkan ke jln yg berkat... aamiin.

    ReplyDelete
  7. seharausnya yg jadi pegawai pun kenalah faham masaalah org2 bawahan... kena prihtain , amik berat dan bertolak ansur sedikit...
    awk sabar k..
    jaga kluarga yg sakit, nie besar berkatnya...

    ReplyDelete
  8. Tak semua yang berjawatan besar tu pandang rendah pada yang berjawatan bawahan ni... tapi susah la nak cari..

    sabar ya zumal... pasti ada hikmah... hikmah jaga tok lagi :)

    ReplyDelete
  9. dah pernah rasa. sekarang member sy tengah buat buku. dia pon golongan bawahan jugak. hehe

    ReplyDelete