Booking.com

30 Sep 2014

SEKITAR PERINGKAT AKHIR PESTA PANTUN TERBUKA PERLIS 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pagi tadi zumal turut sama menyaksikan Program Merakyatkan Seni Budaya Pesta Pantun Terbuka Perlis 2014. Program telah dijalankan di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Kangar.

Program dianjurkan oleh JKKN Negeri Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ia dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta dan tetamu. Zumal hadir bersama dua orang pegawai mewakili JKMN Perlis.

Pesta Pantun ini menemukan 4 pasukan. Pasukan tersebut adalah dari Jabatan Pendidikan Perlis, UiTM Perlis, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis. Pertandingan ini adalah peringkat akhir dan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi untuk memilih tempat ketiga dan keempat serta sesi pemilihan johan dan tempat kedua.

Sesi pemilihan tempat ketiga dan keempat dijalankan dahulu yang menemukan pasukan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Perlis dan pasukan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.
video

Pengacara dan penjaga waktu
Pernah tengok tak pengacara nie
Beliau zumal panggil Cikgu Yaakob
Drama kat utara kalau ada cerita berkaitan cikgu-cikgu. Beliau mesti ada.

Gelagat peserta dari Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis nie paling lucu dan amat menghiburkan 

Pasukan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Perlis

Peserta paling cekap membalas pantun dan paling cepat jawab balas.
Program diteruskan pula dengan sesi pemilihan johan dan tempat kedua. Sesi ini menemukan pasukan Jabatan Pendidikan Perlis dan UiTM Perlis.
video




Setelah selesai pertandingan program diteruskan lagi dengan deklamasi puisi oleh Rejab FI dan pertunjukan awang batil.

Setelah selesai pertunjukan keputusan yang dinantikan telah diumumkan dan johan pesta pantun adalah Jabatan Pendidikan Perlis manakala Cikgu Manaf iaitu peserta lelaki tunggal dalam pasukan tersebut menang sebagai pemantun terbaik. Majlis selesai dalam jam 12.15 tengah hari. 

Inilah kali pertama zumal ke pesta pantun. Memang pengalaman yang menyeronokkan. Terima kasih kepada semua yang sudi baca...

29 Sep 2014

NAMPAK SANGAT MACAM BEBUDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berkaitan entri yang sebelum nie. Tak nak link kan nanti korang scroll la yang mana satu. Haha. Gelak jahat

Kita nie sepatutnya fikir dulu sebelum nak katakan sesuatu. Zumal tak pun. Zumal hanya menumpang teduh jew. Kata-kata tu melambangkan siapa diri kita. Tambah pula kalau kita nie orang nombor dua dalam sesebuah organisasi. Sebagai orang yang ada kuasa dalam organisasi patut jaga sensitiviti dan hubungan dalam organisasi. Bukan kita pula menjadi batu api memecahkan organisasi kita. Nampak sangat ketidakmatangan kita dalam mentadbir. Zumal nie lain, hanya menumpang dan bukan yang utama dalam organisasi tu. Zumal hanya picisan.

Kalau kita perlukan khidmat orang lain, kita kena berbudi bahasa. Jangan tiru zumal. Hormat la yang lebih tua walaupun kita superduper besar pun. Walaupun kita kaya atau besar camne pun. Bila mati kita perlu orang lain juga untuk uruskan jenazah kita. Lain la kalau kita lumat dibom atau ditelan paus.

Kalau korang tanya apa dia cakap baru zumal jawab. Haha Gelak memang jahat.

CPUV NUFFNANG #22 SIME DARBY LPGA 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah bila check akaun Nuffnang hari nie ada pula CPUV baru iaitu SIME Darby LPGA 2014 yang merupakan tournament golf wanita terkemuka. Ia bakal dilangsungkan tak lama lagi. Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang event ini silalah klik pada iklan nuffnang SIME Darby LPGA 2014 yang sedang disiarkan di blog zumal. Apa yang zumal faham bukan sekadar golf yang dipertandingkan tetapi ada pelbagai aktiviti yang sure ohsem...

Terima kasih kepada pihak nuffnang yang sentiasa memberikan zumal CPUV terbaru dan peluang untuk zumal menambah pendapatan. Jutaan terima kasih kepada rakan2 blogger dan pengunjung kerana sudi datang ke blog zumal. Zumal sayang korang semua. Tata titi tutu ^_^

BILA ON CALL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kira-kira jam 8.00 malam 28 September 2014 zumal telah diminta untuk turut serta bersama Pengarah JKMN Perlis dan pegawai untuk melawat mangsa bencana banjir kilat dan rumah terbakar di RPA Mata Ayer, di Mata Ayer Perlis. Kejadian nie telah berlaku malam sebelumnya dan adalah sedikit kerumitan yang terjadi kepada pegawai terlibat malam tersebut sehingga wujud situasi kurang menyenangkan. Lupakan bab itu, tengok kalau panggil memang zumal akan pergi membantu dengan ikhlas.

Dalam kejadian itu ada 20 keluarga yang terlibat dalam banjir kilat dan 1 keluarga terlibat dalam kebakaran. Tiada kemalangan jiwa tetapi hanya kerosakan harta benda. Banjir kilat berlaku kerana berlaku aliran air bukit yang kini telah tergondol oleh pembangunan Kem Tentera di Oran, Mata Ayer, Perlis. Kawasan pembangunan kem agak tinggi daripada kawasan perumahan jadi itulah masalah kejadian ini. Banjir tersebut membawa lumpur dan menenggelamkan rumah yang berdekatan. 

Dalam kejadian malam itu para pegawai JKMN Perlis bersama Sukarelawan Kebajikan bertungkus-lumus membantu memindah mangsa dan membersihkan rumah mangsa. Dan malam tadi zumal bersama Pengarah dan pegawai disertai juga Sukarelawan Kebajikan melawat mangsa dan memberi sedikit bantuan segera kepada mangsa. Semoga mangsa bencana lebih terbela dan mengurangkan beban mereka.

Bersama ini zumal kongsikan gambar yang sempat diambil semasa lawatan tadi. Apa yang zumal harapkan semua mangsa janganlah berduka kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.
Pengarah (tengah) mendengar penerangan En Shariman (kiri) tentang kejadian yang berlaku 

Antara rumah mangsa banjir

Pengerusi JKKK memberi penerangan kepada kami yang hadir 

Zumal (kiri) mendengar penerangan JKKK kawasan tersebut

Sukarelawan Kebajikan yang sentiasa ada membantu

Sempat posing En Syaffrey atas kenderaan jabatan 

Keadaan rumah mangsa banjir

Rumah mangsa kebakaran

Pengarah melawat ke dalam rumah mangsa 

Sumbangan dari JKM kepada mangsa

Sempat minum, sebelum pulang 
Lebih kurang pukul 12.06 pagi kami tiba di ofis JKM. Kemudian zumal pun bergegas balik kerana tok keseorangan di rumah.

Entri ini zumal mula taip jam 1.00 pagi selepas ambil mood berehat. Moga pagi nanti dapat sambung kerja semula. Terasa begitu cepat masa berlalu. Isnin dah muncul kembali. Selamat tidur semua ^_^

28 Sep 2014

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN 2

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Pertama sekali zumal mohon maaf kerana ini bukan sinopsis kisah Indah Halina musim kedua. Ingat ke tidak? Kerana Terpaksa Aku Relakan pernah top dalam slot Akasia TV3. Zumal pinjam tajuk jew. Boleh yer?

Berkaitan tajuk tu zumal nak kongsi perasaan yang berkecamuk dalam diri zumal nie. Tapi zumal tiada niat untuk mengata, mengumpat atau mengutuk cuma sekadar meluahkan rasa.

Berbelit tak ayat zumal? Ok zumal bukakan ikatan simpul tu agar tak terbelit lagi. Semua kerana kerja sebenarnya. Kerana Terpaksa Aku Relakan lagi, terpaksa bekerja di tempat sekarang nie kerana komitmen zumal yang besar. Tapi kalau ada peluang *tak hingin* kerja lagi. Zumal nak jadi blogger sepenuh masa jew. 

Masih terbelit kan? Nak kata salah, tak kata serabut hingga memigrainkan kepala nie. Ofis zumal ada group whatsapp, zumal hanya jadi silent reader jew. Tapi semalam ada berlaku kes bencana, ayat2 yang dilontarkan oleh mereka kat group tu macam tersangkut juga dengan kerja2 zumal. Kalau betul perlukan bantuan zumal jangan ler duk cakap belakang. Cer contact zumal confirm zumal pergi tapi mereka harus la faham situasi orang lain sama jangan hanya kata belakang.

Hari Khamis zumal EL dan hari Jumaat zumal dapat MC kerana masalah kesihatan. Jadi hujung minggu camni zumal gunakan untuk pulihkan semula kesihatan nie. Kalau terpaksa zumal sanggup turun tolong tapi cer contact terus jew kalau orang yang anda maksudkan tu adalah zumal.

Ada faktor tertentu yang zumal tak sukarela pergi kerana masalah hujan lebat, mata yang tak nampak malam2, kesihatan tu semua tahu, tok yang takut duduk sorang kat rumah. Faktor lain, bukan nak berkira tapi memang kalau zumal turun padang luar masa ofis memang tak dapat claim apa-apa sebab zumal staf sambilan jew. Tu sebab zumal jadi silent reader jew. Biar orang-orang tetap yang sihat pergi tolong yer. Zumal bukan tak pernah tolong kerja luar masa ofis, kerap juga jadi jangan anggap zumal berkira. Sini tempat nak luah rasa dan mohon pendapat kekawan jew. Zumal nie patut ke tidak buat macam tu ???

KAWAH GANJIL TERBENTUK DI TANAH MERAH

Seorang pemuda, Raja Andra berani turun ke dalam pembentukan kawah berbentuk Y di Kampung Gobek, Tanah Merah Kelantan.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua. Jangan terlopong luas2 bila baca tajuk tu yer. Kejadian ini berlaku pada 6 Mac 2000. Kiranya ini koleksi terakhir yang dapat zumal kongsikan kerana koleksi lain hilang entah ke mana. Maybe ada alien curik kot. 

Pembentukan kawah ini dipercayai adalah kesan pendaratan UFO. Tetapi kenyataan ini disangkal oleh Jurutera JPS yang menyatakan ia terjadi disebabkan perubahan aliran air selepas tali air yang pernah dibina pada tahun 1983 diabaikan dan tidak diselenggaraan pihak berkuasa.

Wartawan difahamkan bahawa Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kelantan akan dihantar untuk menyiasat kejadian itu. 

Penduduk kampung mendakwa UFO dilihat mendarat di kawasan itu jam tiga pagi dan mengeluarkan cahaya yang sangat terang. 

Sejak berita ini tersiar di akhbar, kampung itu menjadi tumpuan bagaikan pesta. Kawasan itu dipenuhi kenderaan dan orang ramai malah ada gerai makanan dan minuman diwujudkan. 

Walaupun perkara ini dah lama berlaku tapi zumal akan selidik keputusan yang dibuat oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kelantan jika ianya dapat diakses. Zumal juga akan siarkan rumusan berkaitan perkara ini yang telah zumal tulis pada tahun 2005. Sekian, selamat berehat semua...

AKSI TERLAMPAU SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Pagi nie zumal nak hidangkan pelbagai aksi menarik kucing-kucing kesayangan zumal.

Aksi manja

Aksi Ganas

Aksi Terlampau Lapar

Aksi Terkam

Aksi Ibu dan Bakal Ibu 



27 Sep 2014

LIEBSTER AWARD PART 14

Assalamualaikum dan Salam Sabtu semua. Pagi yang dingin nie zumal publish lagi entri Liebster Award. Kali ini Liebster Award ditag oleh Ira atau Syahirah. Terjah la blog Ira DI SINI.

Tanpa membuang masa, jom kita ikuti Q&A Ira dan zumal kat bawah nie.

1.Pada usia berapakah anda merasakan sesuatu yang perlu anda lakukan adalah satu tanggungjawab untuk anda?
Selama nie zumal hanya buat kerja-kerja part time jer dan berniaga di rumah tetapi setelah arwah tok wan pergi buat selamanya zumal rasa kena lebih bertanggungjawab untuk jaga tok dan cari income untuk sara hidup kami berdua. Masa tu pun zumal dah berumur 27 tahun. Kenapa dah tua baru nak rasa tanggungjawab? Sebabnya dulu zumal dapat income untuk sara diri sendiri sekarang kena sara family termasuk kucing. Lagi pun hanya zumal jew yang rapat dengan tok.

2.Pandangan tentang blog saya.
Pada pandangan zumal blog Ira kemas dan cantik. Blog Ira sangat ringan, mudah untuk loading.

3.Lagu favourite anda.
Zumal suka lagu Terukir Di Bintang nyanyian Yuna.

4.Pernahkah anda merasakan sesuatu yang anda lakukan adalah perkara yang sia-sia?
Sertai pelbagai bisnes MLM dan habis beribu-ribu.

5.Sejak bila start berblogging ?
Zumal start blog duniazumal nie pada hujung tahun 2012.

6.Boleh anda lawat blog saya setiap hari? 
Boleh jew Ira, satu syarat Ira pun kena lawat blog zumal setiap hari juga. Boleh gitu ^_^

7.Apakah perasaan anda apabila mengetahui pasangan anda telah curang / ada orang lain?
Perasaan? Confirm kecewa sangat...

8.Tarikh lahir anda?
2 Januari 1984 ~ orang tua dah 

9.Describe about me.
Camne nak describe yer? Baru jew kenal menerusi alam maya nie. Pada zumal Ira seorang yang baik hati. Hehe...

10.Apakah perasaan anda ketika ini?
Zumal masih terawang-awang fikir masa depan dan planning untuk masa depan...

11.Apakah kenangan manis yang anda tidak dapat lupakan?
Segalanya semasa bersama arwah tok wan adalah cukup manis pada zumal.

#moga Ira berpuas hati dengan jawapan zumal.

CPUV NUFFNANG #21 SENHENG ONLINE STORE ONE...

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua. Alhamdulillah pepagi nie buka akaun Nuffnang rupanya ada satu lagi CPUV untuk zumal.
CPUV ke 21 kat blog zumal ni datangnya dari Senheng. Korang boleh redeem voucher yang menari-nari kat blog zumal nie untuk shopping kat Senheng Online Store. Zumal pun selalu shopping kat Senheng nie. Tapi shopping kat kedai Senheng la. Cuba mohon kad ahli plus one, confirm korang dapat diskaun giler punya.
Kad Plus One Zumal 
Tengok kad tu ada gambar panda lagi. Sebabnya panda yang datang negara China hari tu ditaja oleh Senheng tau.

Terima kasih buat Nuffnang kerana beri CPUV nie. Terima kasih juga pada Senheng yang sudi mengiklan di sini. Kepada korang yang setia datang blog zumal nie jutaan terima kasih zumal berikan. Bagi yang menanti kisah alien kat blog nie, harap maaf zumal tak sempat taip. Hehe... Bye bye...

26 Sep 2014

L'AROME CLEARSKIN

Advertorial
L'AROME CLEARSKIN
PHYTOCELLTEC™ MALUS DOMESTICA

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Anda pernah dengar tentang jenama L'arome Clearskin ? Jenama L'arome Clearskin amat terkenal dengan produk PhytoCellTec™ Malus Domestica yang terbukti dalam mencerah, melembab, menganjalkan kulit, antioksida dan antipenuan.

Khasiat dan Kelebihan L'arome Clearskin 

√Pencerahan kulit, licin dan menyerikan kulit wajah
√Meremajakan kulit dari dalam 
√Antipenuan
√Antioksida 
√Mengurangkan kedutan (kesan seawal 10 hari)
√Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah
√Menegang dan menganjalkan kulit
√Menghalang pigmentasi pada kulit
√Menghilangkan kesan parut jerawat
√Memperbaiki dan pembaharuan sel-sel baru pada kulit dan bertindak dari dalam
√Meneutralkan kembali kulit yang rosak akibat daripada UV, pencemaran dan penuaan
√Membantu menghilangkan / mengurangkan jeragat

Cara Penggunaan 

√Sapu Clearskin pada kulit muka dan leher waktu pagi dan malam
√Boleh disapu pada payudara, bahagian atas dan tepi untuk menegangkan dan menganjalkannya.

Kandungan Dalam L'arome Clearskin PhytoCellTec™

√PhytoCellTech™ Malus Domestica
√Cucurbita Pepo (pumpkin)
√Seed Extract
√Pullulan
√Porphyridium Cruentum Extract
√Ascorbyl Tetraisopalmitate 

Pelbagai Testimonial Dan Pilihan Produk Jenama L'arome Clearskin

L'arome Clearskin

L'arome Clearskin Terbaik

  Testimonial

  Testimonial

Terlajak Slim 

Menyingkir lemak dengan L'arome

  Testimonial

Menarik? Tertarik? Dapatkan segera 
019-261 5839
Atau

____________________________________

Dapatkan review untuk perniagaan anda di laman-laman blog tanah air. Tingkatkan penjenamaan dan jana keuntungan bisnes berkali ganda dengan segera pada kos pengiklanan editorial yang rendah dan berbaloi. Anda berminat? KLIK SINI  

Giveaway by NazaTupperware JOM JOIN!!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Pukul 2.15 petang tadi zumal tengok ada Nadyya tag zumal untuk GA ini.

Mangsa zumal

Nak join klik banner k

HISTORICAL OF ALIEN IN MALAYSIA PART 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Koleksi zumal pada hari ini akan memaparkan penemuan yang sangat menggemparkan.
Di Seremban pada 24 Mei 1999, seorang pelajar mendakwa lihat objek berlegar-legar di udara Kampung Bemban Hilir, Mambau sebelum UFO turun berhampiran rumahnya.

Mohd Fahmi Abu Hassan, 17 tahun (masa itu) berkata UFO itu mengeluarkan cahaya biru terang-benderang sehingga dia sukar melihat UFO dengan jelas.

Dia kemudian ternampak satu lembaga setinggi kira-kira 0.5 meter turun dari udara.

Ketika itu katanya, UFO mengeluarkan cahaya bertambah terang dan sukar untuknya melihat makhluk itu. 

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati terdapat tujuh bekas tapak kaki sedalam 0.5 cm. Tapak kaki itu mempunyai 4 jari dan dipercayai mempunyai kuku yang tajam berdasarkan bekas cengkaman yang jelas kelihatan pada tanah.

Pelajar itu mendakwa UFO dikesan pada kira-kira pukul 4.30 pagi ketika dia sedar dari tidur.

Mohd Fahmi memberitahu, dia terjaga selepas mendapati bumbung zink rumahnya berbunyi kuat seolah-olah ditiup angin.

Katanya, dia tersedar dan mendapati angin bertiup kencang seolah-olah cuaca hendak hujan.

Sebelum ini, dua kejadian yang membabitkan UFO menggemparkan penduduk Baling dan Ipoh.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Nantikan kisah selanjutnya 8.00 pagi esok. Bye bye...

25 Sep 2014

KENAPA ZUMAL SELALU LEWAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Kekadang kita terlalu mudah salah anggap pada orang. Betul tak? 

"Aku nak tanya ko apesal selalu lewat?"

"Maaf encik, jalan jem tadi"

"Alasan ko je tu. Kalau tahu jem datang la awal"

Pernah ke korang alami situasi di atas. Zumal memang selalu la. Tapi bukan alasan jem. Perlis nie kalau awak cakap jem memang bohong sangat la. Bila bos dan pegawai atasan tanya tentu soalan tu perlu dijawab. Tapi bila korang jawab, dia cakap korang bagi alasan. Habis tu apa kita nak jawab? Pening kan? Kalau la dunia tak ada undang-undang mahu jew zumal tarik telinga pegawai tu then cakap

"Kalau ko tak nak aku jawab pehal ko tanya aku?" dengan bangganya terus letak jawatan.

Ada berani kew? Orang Malaysia berbudi bahasa tak kan nak cakap gitu ye tak. Kalau dah kaya no hal la. Kerja? Buat apa kerja kalau dah kata. Jadi fulltime blogger lebih baik. 

Panjang giler intro. Intro jew tu. Berbalik pada tajuk kat atas tew. Kenapa zumal selalu lewat? Kepada orang atasan ni jawapan bukan alasan k. Zumal hanya tinggal berdua dengan tok. Tok zumal perlukan penjagaan 100%. Tok dah tak mampu mengurus diri sendiri. Semua perkara tentang tok memang zumal yang sediakan dan sebab tu zumal kena tahu masak. 

Ingat tau zumal bukan nak makan gaji buta bagi setengah orang anggap gitu. Gaji zumal tak buta. Sebabnya bila zumal tak kerja memang gaji pun tak jalan. Jadi gaji zumal tak buta k. 

Lagi satu, bila kena bawak tok pergi hospital kenapa selalu lewat masuk ofis semula? Jawapannya mudah, zumal tak ada kereta sendiri. Menumpang jew seumur hidup. Tok pula sakit tak boleh langkah naik moto. Tengok moto pun macam nampak jembalang k. Bila dah menumpang, kena la tunggu orang datang ambil. Kalau encik2 pegawai nak tolong tak pe la kan. Kekadang zumal tunggu teksi. Teksi tu kekadang 15 minit ke 1 jam k, baru sampai. Kalau kita call dia datang dari stesennya kita kena bayar sekali ganda. En pegawai nak belanja tak? Jawapannya tak. Tentu tak. Jadi masa akan habis kat situ.

Seterusnya, bila sampai kat rumah. Tok dah lapar, jadi zumal kena sediakan makanan. Kalau nak masak memang lagi banyak masa diperlukan tau. Selalu beli aje. Beli pun kena pergi cari kat kedai bukan kedai tu buat delivery k. Masa kat situ pulak. Bila keadaan dah macam tu memang perlu masa lebih. Sebab tu zumal lewat. Lagi pun jaga orang sakit kena la elok-elok nanti bertambah sakit. Orang sakit suka atau teringin macam2 jadi yang tu pun jawapan zumal gak. Maklum la kena cari sana sini. Selesai la jawapan zumal.

Kemudian sebagai pengkritik bebas zumal nak kata kepada encik2 dan puan2 kalau jadi bos atau orang atasan kena la bertimbang rasa. Ini nak ambil anak kat sekolah pun awak cakap belakang. "Eh dia nie dah tahu anak sekolah, suruh la naik bas sekolah bayar jew tetiap bulan" Awak tak pe gaji 3-5 k sebulan tapi gaji orang yang awak kata tu tak sama macam awak tahu tak. Orang ada anak, awak tu belum ada. Mana tahu kalau awak ada anak nanti lagi teruk dari dia kot.

Setakat ini dulu perkongsian zumal supaya insan bergelar orang atasan lebih prihatin kepada orang bawahan. Nak buat advertorial pulak. Zumal dah balik modal berdaftar dengan advertorial tu tau. Belum daftar? KLIK SINI. Nak belajar SEO dan nak kaji tips SEO sama.

MAAF JIKA AKU TAK KERJA HARI INI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni bukan zumal post entri sinopsis drama slot Akasia yang baru selepas Maaf Jika Aku Tak Sempurna tapi ini adalah kisah zumal.
Tak ramai tapi lambat juga

Selfie Masa Kat Farmasi HTF

Tok pinjam kerusi guard masa nak balik 

Sempat ambil gambar tok 

Pagi tadi zumal teman tok ke hospital. Ingat hari ini zumal nak masuk ofis lepas lunch tapi keadaan kesihatan makin tak stabil. Letih dan sukar bernafas. Zumal rasa bukan hanya kerana letih tawaf dan saie kat hospital nie tapi kerana hal pepagi buta tadi tu buat zumal tidak cukup rehat. Al maklum la zumal nie sangat sensitif bukan hanya perasaan tapi juga kesihatan. Alamatnya kena cuti lagi.

Teringat banner promosi kesihatan di hospital tu suruh kita berjalan 10000 langkah sehari tapi zumal 100 pun tak terlangkah. Kalau masa scout dulu, 40km pun boleh jalan untuk cukupkan syarat kursus manik kayu. Tu pun 2 hari juga. Betul la tok wan pernah cakap jangan seksa badan masa muda nanti dah umur veteran dah tak mampu buat apa dah.

Masa kerja dengan syarikat pemborong produk timur tengah dulu selalu kena buli dengan bos suruh angkut barang selori sorang2. Katanya dia nak tolong tapi balance barang tinggal 2 kotak baru dia datang tolong. Kita nie dah 398 kotak dah angkat. Setiap satu hampir 20 kg tau. Dulu hulk dengan zumal memang macam sedara la. Cuma tak mampu angkat kereta. Kita nasihat suruh dia ambil staf untuk stor nak jimat sangat konon dia boleh buat. Lastly zumal yang berjawatan manager nie kena buat kerja gila tu. Awak jer kaya kita merana tau. Nasib la dapat kerja JKM sekarang nie.

Untuk JKM, zumal hanya boleh kata Maaf Jika Aku Tak Sempurna kerana komitmen kerja tak boleh beri sepenuhnya.