Booking.com
Booking.com

30 Aug 2014

LAGU TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57 : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Semakin dekat semakin mendebarkan bila menanti sambutan hari kemerdekaan tahun ini. Al maklum la zumal pun terlibat dalam perbarisan nanti. Dah tahu apa tema kemerdekaan kita tahun ni? Belum? Sedihnya korang nie. Di sini lahirnya sebuah cinta adalah tema sambutan kemerdekaan ke 57 ini. Jom dengarkan bersama.
video
Pukul 8.00 pagi tadi zumal telah pergi ke sesi taklimat untuk plan B sekiranya berlakunya hujan lebat esok pagi. Kalau hujan lebat maka tiadalah perbarisan tapi majlis sambutan akan tetap dijalankan dan itulah sebabnya taklimat diadakan pagi tadi. Tak best la kalau hujan, mesti dah tak meriah sambutan hari kemerdekaan kita. Macam majlis hari jadi tak ada kek gitu. 

Bagi korang yang tak terlibat mesti akan bercuti panjang hujung minggu ni kan. Alhamdulillah la. Petang ni zumal nak ke Tasik Melati untuk review satu event khas merdeka. Nak tahu? Sentiasalah berkunjung ke sini yer. Bye semua...

3 comments:

  1. salam merdeka jugak Zumal :)

    best jugak lagu tema merdeka ni :D

    ReplyDelete
  2. suka dgr lagu tema tahun ni. baru semangat nak merdeka :)

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan Zumal... merdeka!!!

    ReplyDelete