Booking.com
Booking.com

28 Aug 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : RAPTAI PERBARISAN SIRI 2

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal ada lagi raptai untuk perbarisan kemerdekaan nanti. Kali ni ada dua sesi. Pertama bersama semua kontigen, sesi kedua lepas taklimat di ofis. Alhamdulillah hari ni cuaca baik walaupun pada awalnya nampak macam nak hujan. Syukur.

Hari ni memang betul2 perbarisan disebabkan cuaca mengizinkan. Cuma pihak urusetia meminta kami untuk ulangi semua perbarisan setelah selesai sesi pertama tapi atas nasihat adik2 zumal ni dorang tak sanggup dah. Masa tu dah pukul 11.00 pagi dan ada yang belum makan kot ada yang pengsan. Siapa yang susah. Zumal jugak kan.

Menanti giliran kami mula bergerak

Sedia

Taiko pun teringin selfie 

Sempat lagi whatsapp dengan pakwe yer

Macam2 gaya

Setelah selesai perbarisan, kontigen semua masuk ke padang menanti atur cara seterusnya


Masih bertenaga 

Dorang tengok perbarisan kontigen lain

Pertunjukan depan stage utama 

Hebat

Penerangan kepada ketua kontigen 
Pada pukul 3.00 petang ketua kontigen adakan taklimat khas untuk menerangkan serba sedikit tentang raptai penuh esok dan hari kemerdekaan nanti. Macam yang korang lihat dalam gambar2 kat atas dan dalam entri sebelum ni, hanya 12 orang je yang sertai raptai. Tapi esok jumlah kekuatan kontigen menjadi 40 orang. Maybe la. Sebab tu la ada taklimat. Lagi satu hari ni dapat baju korporat untuk dipakai semasa perbarisan hari kemerdekaan sebenar nanti. Selepas taklimat kami semua berlatih berkawad sekitar ofis dengan kekuatan kontigen yang lebih besar.
Taklimat kat ofis

Jangan suruh zumal cakap 

Sekarang baru ada abam2 JKM 

Kawad keliling ofis

Kiri kanan, kiri kanan 

Laju adik kita sorang ni
Tak sabar tunggu hari kemerdekaan nanti. Apa yang pasti mesti haru biru. Hehe.

Kepada yang rajin tu apa kata korang klik link kat bawah nie... Terima kasih semua...

Terbaik
Ohsem
Tertarik
Hebat
Havoc
Cun
Gojes


12 comments:

  1. Semangat 1 Malaysia...tak sabar nak tunggu hari Kemerdekaan kita 31 August...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

    ReplyDelete
  2. amboi taiko..promote ephyra nmpak..hehe..

    ReplyDelete
  3. seronok la tgk zumal n d geng dpt join aktiviti cenggini
    kat sini xde pun
    selamat hari merdeka zumal

    ReplyDelete
  4. best nye dpt join progrm kemerdekaan...happy merdeka day zumal !

    ReplyDelete
  5. Wahh semangat semuanya.. senyumlah sikit Zumal selfie tu hehee.. :D

    ReplyDelete
  6. Semangat betul berkawad. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  7. wah..lama tak serta perbarisan ni

    ReplyDelete
  8. Bestkan, cantik baju epyhra dia.....;-)

    ReplyDelete
  9. selamat hari merdeka zumal...mama tak join, tengok rehearsal je kat dataran...

    *mama ada tag zumal kat http://mamapapaamir.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html harap sudi2kanlah yer...^_^

    ReplyDelete
  10. salam kemerdekaan zumal!!! semangat!! semangat!!

    ReplyDelete