Booking.com

31 Aug 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : HARI DINANTI DAH TIBA

Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Alhamdulillah hari dinanti kini menjelma jua. Seperti korang tahu zumal setiap hari duk beraptai jadi hari nie la hari penentunya. Bukan nak jadi pemenang kawad atau perbarisan tapi bagi zumal cukup sekadar berjaya menjadi peserta dalam hari kebesaran negara kita iaitu sambutan hari kemerdekaan. 

Syukur perbarisan pagi tadi berjalan lancar dan cuaca pula sangat cerah. Zumal sampai di perkarangan ofis dalam pukul 6.47 pagi. Setelah sarapan kami warga JKM bergerak ke tempat perbarisan yang hanya di luar kawasan ofis jer. Tapi yang sedihnya kami terpaksa menunggu lama untuk perbarisan dimulakan. Maklum la bukan hanya perbarisan yang menjadi acara sambutan. Sambutan dimulakan dengan doa, sajak serta koir. Tak ada gambar sebab sebagai peserta kita tak boleh berjalan merata tempat. Tunggu dalam baris jer. 

Dalam jam 10.15 pagi baru kontigen JKM bergerak melalui pentas utama dimana DYMM Tuanku Raja Perlis menjadi tetamu diraja. Selain itu Raja Permaisuri Perlis, Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis turut ada bersama selain MB Perlis dan vvip yang lain. Masa lalu depan pentas utama tu kontigen kami melambai ke arah Tuanku dan zumal nampak Tuanku membalas lambaian kami tu. Hehe. 

Kontigen JKM melintasi pentas utama
Gambar oleh Pengarah JKMN Perlis

Kontigen JKM melintasi pentas utama 
En. Syaffrey dan En. Shariman
Adik comel nie berbaju Jalur Gemilang
Bagi zumal hari kemerdekaan ni macam hari raya tau. Nak tau kenapa tak? Sebabnya setiap kali perbarisan kami pakai baju baru. Sebab tu juga semangat nak rai tu pun meluap-luap. Hehe. 
Abam2 JKM
Adik Akak JKM
Hari nie tak banyak gambar lagi zumal tak ambil gambar hari nie. Rasa macam tak berapa nak jelas ambil gambar masa matahari tengah terik memancar.

Bagi korang yang dah baca tu sila klik pautan-pautan di bawah yer. Terima kasih dan jangan lupa datang balik yer.

Pautan 1
Pautan 2
Pautan 3
Pautan 4
Pautan 5
Pautan 6
Pautan 7

2 comments: