14 Aug 2014

BERHENTI BERHARAP


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah buat semua. Dah hampir dua tahun zumal berkhidmat sebagai pekerja sambilan harian di JKMN Perlis. Dan zumal turut memohon kerja-kerja lain yang lebih stabil dari masa graduate lagi tapi apakan daya masih tiada rezeki di situ. 
Officemate zumal

Selfie dengan officemate

Jalan kerjaya zumal agak terkontang-kanting juga sejak grad dulu. Disebabkan zumal biasa dengan bisnes jadi masa graduate dulu belum dapat kerja jadi zumal pun ambil pendekatan untuk berniaga sendiri hasil pertolongan keluarga. Alhamdulillah. Zumal juga dapat bantuan dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad pada masa tu. Pada korang, jangan sia-siakan peluang yang Allah buka untuk kita dan jangan sia-siakan bantuan yang diberikan tu. Nanti jadi cam zumal. Hehe...

Setelah menghadapi masalah dalam pengurusan perniagaan, zumal beralih pula kepada mencari kerja di serata tempat. Pengalaman zumal pernah juga kerja di luar Perlis seperti Kedah, Klang dan Shah Alam. Lagi satu zumal pernah bergiat dalam MLM yang membawa zumal ke seluruh Malaysia tapi masih mencari kejayaan lebih baik dari itu.

Setelah bertugas di JKM ni zumal ada sedikit kekuatan untuk kembali berniaga kerana zumal minat sangat dalam dunia perniagaan. Zumal juga dah berhenti berharap untuk mendapat jawatan tetap dalam kerajaan. Apa yang zumal plan untuk teruskan biz online dan mencari pendapatan dalam berblog. Moga Allah permudahkan segalanya.

Ok. Bagi korang yang suka membeli-belah online. Jom la ke blog bisnes baru zumal DI SINI. Bisnes kurma zumal kena tunggu Ramadhan tahun depan pula la. Minggu depan ada satu lagi cabang bisnes baru zumal. Nantikan yer... Doakan kejayaan untuk zumal yer. Terima kasih semua ^_^

Klik salah satu untuk support zumal yer.
LINK 1
LINK 2
LINK 3
LINK 4
LINK 5
LINK 6
LINK 7
LINK 8

28 comments:

  1. Alhamdulillah takde rezeki yang tu ada rezeki lain..yg pentinv kita usaha..sekamat menjalankan perniagaan ya Zumal..semoga terus berjaya dlm berblogging dan juga perniagaan.aamin aamin aamin

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah zumal..mungkin rezeki zumal bukan bekerja di bawah orang...Allah swt adalah sebaik-baik perancangan..Teruskan berdoa dan berusaha..mana tau satu hari nanti menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya...insyallah..amin.

    ReplyDelete
  3. akak doakan yang terbaik untuk zumal...all the best in your future undertakings yer...

    ReplyDelete
  4. sabar yer zumal..rezeki ada dmana yg pnting kita rajin usaha je...InsyaAllah..Allah bg yang baik utk zumal...aamiin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Zu Mal..semoga rezeki Zu Mal akan bertambah2 dalam dunia perniagaan..teruskan berusaha..

    ReplyDelete
  6. mungkin Allah dah menetapkan rezeki Zumal dalam bidang perniagaan.. apapun jangan berhenti berusaha.. in shaa Allah akan beri juga rezeki yang sepatutnya zumal terima..

    ReplyDelete
  7. Jangan pernah berhenti berusaha...
    Doa dan tawakal....kesabaran kunci utama kejayaan...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua kerana sudi doakan zumal ^_^

    ReplyDelete
  9. wah. banyak jugak pengalaman zumal ni.. lepasni bole sharing pengalaman zumal tuu.. hehe

    sabar ye, rezeki ade je dimana2.. Allah sebaik2 perancangan :)

    ReplyDelete
  10. takut plak saya.. saya bulan 10 ni grad. tapi tak cari kerja lagi sbb rasa hidup x sesuai kerja pejabat..

    tengah fikir nak buat apa.. bisnes atau teruskan berblog je.. hmmm

    ReplyDelete
  11. Tak perlu takut. Kita redah jer... Dapat pengalaman

    ReplyDelete
  12. gud luck zumal..gud luck 4 me too yg tgh cari kje..

    ReplyDelete
  13. moga ada peluang yg besar menanti buat zumal
    aah keje gomen agak sukar nak masuk..tp budak2 lepasan poli mcm mudah je diserap masuk lepas interview..rezeki buat mereka
    seronoknye ada rakan maya punya bisnes online. teringin nak join jugak tp x cukup masa nak stay lama2 depan internet. inshaallah mana tahu 1 hari ni.
    done klik utk zumal..moga zumal dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan zumal...jangan putus asa tau...

    ReplyDelete
  15. goodluck yer abang zumal, semoga berjaya ^___^

    ReplyDelete
  16. jgn putus asa zumal..rezki tu sntiasa ada..mungkin rezki zumal lmbt sket..hehe..best of luck berbisnes ye! :)

    ReplyDelete
  17. Semoga berjaya dalam apa bidang saja yg diceburi Zumal. InsyaAllah mana tahu rezeki ZUmal dtg dari bisnes. Apa pun yg penting buatlah apa yg Zumal minat nak buat.

    ReplyDelete
  18. Semoga dipermudahkan segala usaha Zumal serta tercapai segala yg dihajatkan... aamiin..

    ReplyDelete
  19. zumal, rezeki ni luas tau, dan ada dimana sahaj, janji kita jangan sesekali putus harap pada Allah, yakin pasti akan ditemui jalannya. Mama doakan semoga Zumal berjaya dengan apa yang dihajati dan segala urusan Zumal dipermudahkan. amin..

    ReplyDelete
  20. good luck dalam mencari pekerjaan yg lebih stabil bro. Memang nak cari keje skang agak tough. wife aku nak tukar keje laen pun sampai skang x dpt2 lagi.

    ReplyDelete
  21. Semoga berjaya dalam bidang perniagaan. Lakukan dengan jujur dan ikhlas. ;)

    ReplyDelete
  22. takpe zumal. ana pon dah 4 tahun kerja masih status kontrak je.. dah byk kali try utk dptkn peluang keje gov tp mmg blm rezeki.. smoga apa juga yg zumal usahakan mndpt keberkatan inshaAllah :)

    ReplyDelete
  23. rezeki Allah ni luas... dalam masa yang sama, kita perlu bersyukur dengan nikmatNya walaupun sedikit. insyaAllah, zumal akan berjaya kelak.

    ReplyDelete
  24. Apa pun rezeki Allah kita kena terima dan bersyukur :) Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita :) Semoga perniagaan Bro Zumal berjaya..amin :)

    ReplyDelete
  25. Apa-apa pun semoga berjaya dalam kehidupan :) FIGHTING~! :D

    ReplyDelete